Bateri kereta Kancil dan info lengkap
Bateri kereta kancil. Di artikel ini terdapat perkara-perkara yang perlu anda dalami tentang bateri kereta bagi perodua kancil. Lebih-lebih lagi kepada anda yang masih menyimpan mahupun menggunakan kereta perodua kancil ini.
Tidak disangkal lagi ketika dahulu kereta kancil menjadi pilihan rakyat dinegara kita dengan catatan terjual dalam ratusan ribuan. Ini sudah pasti membanggakan setiap pemilik kereta kancil ini.
Ianya juga diiringi dengan bateri kereta perodua bagi kancil yang menjadi permintaan tinggi kesan dari penggunanya yang ramai. Sehingga sekarang jika anda belum memiliki kereta kancil atau pernah satu ketika memilikinya, pasti akan mencari semula untuk dijadikan sebagai kegunaan harian untuk jarak dekat.
Malah, ada yang ingin menjadikan koleksi oleh kerana permintaan tinggi sehingga kini. Tidak hairanlah bateri kancil juga masih dicari dan dicatatkan sebagai antara kereta ekonomi terbaik sama seperti dahulu.
Bateri kereta kancil dan modelnya
1. Bateri kereta kancil 660
Untuk anda yang menggunakan kereta kancil cc enjin 660, bateri kancil 660 yang anda gunakan tidak perlu begitu banyak jika dalam bacaan mAh dalam bateri kereta tersebut.
Ada yang mengatakan bateri kereta kancil 660 tidak sama dengan model lagi satu. Malah, ada juga berpendapat sama sahaja. Namun, segala pendapat tersebut merupakan dapatan umum sahaja.
2. Bateri kereta kancil 850
Begitu juga dengan bateri kancil 850, ianya boleh menggunakan minimum bateri kereta yang berada di pasaran seperti 12V sudah cukup memadai bagi kegunaan harian anda.
Bila anda telitikan adakah bateri kereta kancil 850 ini sama dengan seterunya 660 ? Berikut merupakan ciri-ciri yang boleh anda telitikan bagi menentukan antara kedua bateri kereta kancil ini.

Saiz bateri kereta kancil
Manakala, lebih spesifik lagi, anda perlulah mengetahui tentang saiz bateri kancil. Saiz bateri kancil 850 dan juga saiz bateri kancil 660 adalah sama kerana ianya disediakan dengan tapak bateri kereta yang sama.
Namun, saiz bateri kereta kancil bukan sahaja bergantung kepada tapak bateri kereta kancil anda semata-mata.
Setiap saiz bateri kereta yang dijual di kedai bateri kereta adalah tidak sama. Ada pelbagai pilihan yang mungkin akan memeningkan anda jika anda terus datang ke kedai bateri kereta tanpa mengetahui saiz bateri kancil yang anda inginkan.
Justeru, dengan mengetahui apa yang anda inginkan tidak menampakkan anda berasa kekok dengan terus meminta saiz bateri kancil dalam keadaan yakin.
Saiz bateri kereta kancil adalah berdasarkan kod bateri kereta. Kod inilah akan menentukan saiz bateri kancil anda betul atau sebaliknya. Kod bagi saiz bateri kereta kancil tersebut adalah NS40, NS40ZL, 38B19L , 38B20L dan juga 40B20L.
Bacaan saiz bateri kereta kancil melalui kod ini memudahkan anda walaupun anda meminta pihak kedai bateri kereta memasang bateri kereta yang baru mahupun anda membeli bateri kereta kancil dan memasangnya sendiri.

Bolehkah untuk menukar jenama bateri kereta lain tetapi mempunyai saiz bateri kereta kancil yang sama ?
Penukaran jenama bateri kereta kerap kali menjadi persoalan daripada orang ramai. Ada pemilik yang berasa takut untuk menukar jenama bateri kereta atas faktor akan memberi kesan negatif kepada kereta kancil tersebut.
Namun, adakah betul jenama bateri kereta boleh menyebabkan kesan negatif tersebut ? Jawapannya adalah tidak benar. Seseorang pemilik kereta kancil sudah pasti mempunyai jenama bateri kereta yang telah dipercayai sejak dari dahulu lagi.
Jadi, penukaran kepada jenama bateri kereta yang lain tidak menjadikan kesan apa-apa. Apa yang penting anda perlu mencari saiz bateri kereta kancil yang sama dan bacaan AH yang sama dan juga lebih tinggi.
Contohnya, jenama bateri kereta A menggunakan saiz bateri kancil 38B19L, maka jika anda menukar jenama bateri kereta lain, pastikan anda menggunakan kod yang sama atau yang lebih baik dari itu seperti 45B20L.
Kelebihan mengetahui saiz bateri kereta kancil lebih awal
Melalui saiz bateri kereta kancil turut dapat mengelakkan anda dari membayar harga bateri kereta kancil yang salah. Harga bagi saiz bateri kancil tidaklah terlalu mahal, dan juga tidak terlalu murah.
Selain itu, anda juga boleh menentukan saiz bateri kancil berdasarkan cc enjin anda. Jika anda ingin mendapatkan saiz bateri kancil 850, maka buat pilihan berdasarkan bacaan (AH) hadapan yang lebih besar seperti 40B20L.
Lebih besar bacaan hadapan, maka lebih besar kapasiti yang bakal dibekalkan dari bateri kereta kancil kepada kereta anda. Namun, ianya terdapat had berdasarkan saiz bateri kancil.
Oleh yang demikian, anda juga boleh terus membuat pemasangan bateri kereta kancil yang baru tersebut dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.
1. Saiz bateri kereta kancil 660
Penggunaan saiz bagi sebuah kereta kancil 660 adalah sangat mudah dicari dikedai-kedai bateri kereta. Bila datang saja kedai bateri kereta, sebut nak beli bateri untuk kancil 660.
Kereta kancil 660 berbeza dengan kancil 850 kereta kuasa yang diperlukan dari enjin kereta ini adalah lebih kecil dan sangat sederhana.
Jadi, saiz seperti ns40zl dengan kod seperti 38B19L atau 38B20L adalah sangat berbaloi untuk digunakan kerana sesuai dengan kereta kancil 660 anda.
Ianya dikira antara saiz bateri terkecil ada dijual dipasaran. Walau bagaimanapun, ianya dikata sesuai kerana bakal memberikan ketahanan yang lebih lama dibandingkan kereta kancil 850 dengan menggunakan bateri yang sama.
2. Saiz bateri kereta kancil 850
Secara asasnya kod bagi saiz bateri kereta kancil 850 yang mudah anda ketahui pada jenama-jenama bateri sedia ada adalah NS40ZL.
Akan tetapi itu adalah secara luaran sahaja yang bermaksud fizikal pada bateri tersebut yang boleh digunakan oleh kereta perodua kancil 850.
Contohnya ukuran bateri ns40zl yang boleh digunakan kancil 850 tersebut mempunyai bacaan seperti B19L atau B20L.
Namun, jika sedikit teliti, anda boleh melihat dengan lebih utama adalah kuasa yang dibekalkan dari jenama bateri yang berbeza adalah tidak sama.
Contoh saiz bateri kereta kancil 850 yang paling minima ada di pasaran adalah seperti 38B19L atau 38B20L. Saiz bateri kancil 850 ini boleh saja digunakan tetapi ketahanannya juga adalah minima.
Antara pilihan saiz bateri kancil 850 yang digalakkan adalah seperti 40B19L atau 40B20L. Ada juga pilihan dipasaran menjual saiz bateri perodua kancil 850 seperti 46B20L, namun, ianya juga dibolehkan bergantung kepada anda sebagai pemilik kereta.

Jenis bateri kereta kancil
Seterusnya, pemilihan jenis bateri kereta kancil perlu anda membuat keputusan antara :
- Bateri kereta kering kancil
- Bateri kereta basah kancil
Kedua bateri kancil 850 dan bateri kancil 660 mempunyai 2 pilihan bagi jenis bateri kereta kancil di atas. Ciri-cirinya anda boleh kenal pasti berdasarkan aspek-aspek yang anda inginkan.
Harga bateri kereta kancil mengikut model
Berikut merupakan harga bateri kereta bagi kereta kancil berdasarkan model yang dikeluarkan oleh perodua :
Harga bateri kereta kancil 660
Ramai yang agak keliru bagaimana ini mengetahui harga bateri kancil 660 ini. Adakah bateri kereta kancil harga ini mempunyai spesifik jumlah yang tertentu ?
Ada juga yang berpendapat harga bateri kereta kancil 660 ini sama dengan harga bateri kancil ns40 ? Anggaran bagi harga bateri kereta kancil 660 ini adalah diantara RM150 hingga RM230 sahaja.
Keluaran kereta perodua kancil mempunyai dua model dan salah satunya adalah kancil 660. Kereta kancil 660 ini menandakan cc enjinnya yang terdapat pada kereta ini adalah maximum sebanyak 660cc sahaja.
Ini berkait rapat juga dengan penggunaan bagi barangan dalam kereta kancil 660 ini adalah lebih dapat dijimatkan salah satunya adalah bateri kereta kancil 660 ini.
Dengan kemampuan tersebut anda mampu menggunakan bateri kereta kancil 660 dengan lebih lama sekiranya menggunakan kereta ini secara cermat dan tidak membebani sesuai dengan 660cc kereta kancil ini.
Jadi, pemilihan bagi bateri kereta kancil yang diperlukan sebenarnya tidak memerlukan tenaga yang begitu besar. Kesannya, harga bateri kancil 660 lebih murah dibandingkan dengan model kancil 850.
Berapakah harga bateri kereta kancil 660 berdasarkan brand yang terdapat di pasaran negara kita ?
Harga battery kancil yang berpatutan serta kualiti yang terdapat pada bateri amaron kancil menjadikan ianya paling diyakini pada masa sekarang.
Pilihan bagi bateri kereta yang sesuai dengan bateri kancil 660 sangatlah banyak. Jika dilihat satu persatu boleh membuatkan anda pun tidak pasti yang manakah yang paling terbaik.

Untuk anda mendapatkan pilihan bateri kereta kancil 660 terbaik bukanlah berdasarkan harga bateri kancil 660 yang murah sahaja.
Ianya perlu dipertimbangkan berdasarkan kualiti dan jenama yang dipercayai dan juga tawaran seperti warrantly yang sebenar.
Jika harga bateri kereta kancil 660 murah, belum tentu lagi boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Oleh itu, pastikan anda tidak bergantung dengan harga yang berpatutan namun memberikan fungsi yang baik terhadap kereta perodua kancil 660 anda.
Berikut merupakan jenama atau brand serta harga bateri kereta kancil 660 yang boleh anda dapatkan di pasaran :
| Jenama bateri kereta | Harga bateri kereta kancil 660 |
| Amaron | RM200 |
| Century | RM180 |
| Varta | RM190 |
| Bosch | RM200 |
| Camel | RM210 |
Harga bateri kereta kancil 850
Manakala, bagaimana pula dengan harga bateri kancil 850 ? Jika battery kancil harga mahal, apakah terdapat pilihan lain bagi mendapatkan harga bateri kancil yang lebih murah ?
Harga bateri kereta kancil 850 sebenarnya amat berpatutan. Namun, adakah semakin mahal harga bateri kancil 850, maka semakin bagus dan tahan untuk tempoh yang lama ?
Manakala, jika anda memiliki kereta kancil 850, ianya memerlukan tenaga yang lebih sedikit dibandingkan kancil 660. Pemilihan bateri kereta kancil yang berbeza akan memberikan harga bateri kancil 850 lebih mahal.
Jika anda menggunakan bateri kereta kancil 660 untuk kereta kancil 850, kesannya adalah kepada ketahanan bateri kereta kancil anda. Tempoh penggunaan bateri kancil anda akan menjadi lebih pendek.
Anggaran bagi harga bateri kereta kancil 660 dan harga bateri kereta kancil 850 adalah sekitar RM150 hingga RM210 sahaja.
Kenapa harga bateri kereta kancil 850 agak tinggi ?
Walaupun anda menggunakan cc enjin 850cc, harga bateri kereta kancil 850 akan terasa tinggi oleh kerana bateri kereta yang ditawarkan di pasaran.
Harga bateri kereta kancil 850 yang ditawarkan sebegitu kerana saiz bateri kereta tersebut merupakan paling minima.
Anda tidak mempunyai pilihan lain kerana harga bateri kereta adalah tertakluk mengikut pasaran semasa.
Pasti anda akan rasa ianya mahal kerana bateri kereta saiz ini juga boleh digunakan oleh kereta seperti myvi dan bezza.

Apa beza harga bateri kereta kancil 850 beli di perodua dan di kedai bateri kereta ?
Sememangnya terdapat beza jika anda tukar bateri kereta kancil di pusat servis perodua dengan kedai bateri kereta di luar sana.
Jika anda sudah biasa tukar bateri kereta kancil di pusat servis, anda boleh buat survey terlebih dahulu dengan harga bateri kereta kancil 850 di kedai luar.
Jika harga bateri kereta kancil 850 terdapat beza terlalu banyak, pilihan adalah di atas tangan anda.
Ada orang sudah biasa dan yakin dengan pusat servis bukan sebab harganya, tetapi disebabkan jaminan dan etika kerjanya.
Namun, bukan bermakna juga kedai bateri kereta di luar tidak bagus. Banyak sahaja kedai bateri kereta yang memberikan servis bagus 24jam datang ke tempat kereta anda breakdown disebabkan kehabisan bateri kereta.
Adakah terdapat beza harga bateri kereta kancil 850 mengikut jenama bateri kereta ?
Semestinya ada juga beza mengikut jenama kereta. Berikut merupakan senarai contoh yang telah aku lakukan servey terhadap harga bateri kereta kancil 850 mengikut saiz 40 yang sama :
| Jenama bateri kereta(kering) | Harga bateri kereta kancil 850 |
| Century | RM190 |
| Yokohama | RM185 |
| Amaron | RM188 |
| Bosch | RM183 |
Data di Jadual 1 aku dapatkan sendiri melalui survey pada 2 buah kedai. Dapatan adalah seperti di Jadual 1 mendapati harga bateri kereta kancil 850 hanya membezakan sedikit sahaja.
Namun, pilihan adalah di atas tangan anda sendiri. Digalakkan untuk anda t

Harga bateri kancil ns40
Untuk anda yang mencari harga bateri kancil ns40 yang murah, pastikan harga battery kancil tersebut selari dengan kod bateri kereta. Contoh kod bateri kereta yang boleh kenal pasti adalah seperti 38B20L dan juga 40B20L serta 42B20L.
Ketiga-tiga kod tersebut adalah di dalam kod ns40 yang sama tetapi berbeza kuasa mAh. Semakin rendah bacaan mAh, maka harga bateri kancil ns40 anda adalah lebih murah.
Adakah harga bateri kereta kancil bergantung juga kepada jenis bateri kereta kancil ?
Antara 2 jenis bateri kereta kancil pasti akan memberikan harga bateri kereta kancil yang berlainan. Harga bateri kereta kancil basah adalah lebih murah dan sekitar anggaran RM150-RM190.
Manakala, harga bateri kereta kancil kering pula agak mahal sedikit kerana ianya bersifat free maintenance dan anggarannya adalah sekitar RM190 hingga RM230.
Berapakah harga bateri kereta kancil jika dibeli secara secondhand ?
Pembelian terhadap bateri kereta kancil secara secondhand amat jarang sekali, namun tetap ada dijual di kedai-kedai menjual barangan sparepart. Anggaran bagi harga bateri kereta kancil secara secondhand adalah bermula dari RM80 hingga RM100 sahaja.
Semasa pembelian anda digalakkan untuk meminta pihak kedai untuk check bacaan baki bateri kereta terlebih dahulu. Anda tidak boleh menjangkakan bateri kereta kancil tersebut boleh bertahan lebih lama kerana ianya adalah secondhand dan hanya dicas semula sahaja.
Bateri amaron kancil
Antara kesukaan bagi pemilik kereta perodua kancil adalah mendapatkan bateri kancil murah. Ini bukan bermakna pemilik kereta kancil sahaja. Semua pemilik kereta lain inginkan perkara yang salah.
Contohnya, bateri kancil harga bagi bateri amaron kancil amat berbaloi untuk anda gunakan. Antaranya sebabnya adalah kerana warrantly yang diberikan mengalahkan pilihan jenama bateri kereta yang ada di pasaran.
Cara pasang bateri kereta kancil
Pemansangan bateri kereta kancil yang baru boleh dibuat dengan menukar bateri kereta kancil baru di kedai bateri kereta dan juga boleh dilakukan sendiri di rumah.
Sebelum anda berhasrat melakukan sendiri, pastikan anda sudah mengetahui tips-tips penting dalam cara pasang bateri kereta kancil sebaiknya.
Kepala bateri kancil
Apabila sudah melebihi 15 tahun dan ke atas keluaran kereta perodua kancil ini akan mula sedikit bermasalah dari segi kepala bateri kancil. Ada segelintir juga tidak menemui masalah pada kepala bateri kancil dan ianya bergantung kepada bagaimana anda menjaganya.
Tukar kepala bateri kancil anda boleh dibuat di kedai bateri kereta. Penukaran ini adalah penting bagi menghubungkan aliran elektrik dari bateri kereta kancil kepada komponen dalaman kereta anda.
Jika ianya mempunyai masalah dan tidak berfungsi dengan baik, maka perjalanan anda turut akan terganggu.
Untuk mengetahui lanjut secara lebih terperinci tentang segala permasalahan, anda digalakkan untuk membuat rujukan pada bateri kereta.
Punca bateri kereta kancil cepat habis / kong
Secara umum kita semua boleh tahu bateri kereta cepat kong disebabkan punca-punca yang biasa kita dengan. Berdasarkan kajian saya sepanjang pernah menggunakan kereta kancil petak, ini adalah puncanya secara spesifik :
1. Wayar pada terminal bateri kancil longgar
Wayar yang mengikat terminal bateri kereta kancil kerap kali longgar. Apabila wayar tu dah longgar, secara tak langsung aliran elektrik kadang-kala bersambung atau pun tidak.
Ianya biasa terjadi dan boleh menyebabkan kegagalan kereta kancil anda untuk gagal dihidupkan apabila memerlukan.
2. Kekotoran pada terminal bateri kancil
Apabila dah lama gunakan sesebuah bateri kereta, kekotoran seperti kerak putih (sulfation) boleh berlaku dan ini menyebabkan aliran elektrik dari terminal bateri kereta ke wayar bateri gagal dihubungkan.
Kes ini kerap terjadi lebih-lebih lagi anda gunakan bateri kereta jenis kering (MF) kerana ianya jarang dimaintain.
3. Wayar penghubung yang sudah lama
Kehadiran kereta perodua kancil sudah mencapai 2 dekat. Jadi, wiring kereta ini juga turut sudah berusia. Ini merupakan salah satu mengapa kerap kali berlaku masalah kebocoran arus elektrik (leaking) pada bateri kereta kancil.
4. Penambahan aksesori kereta
Teknologi sekarang tidak menghalang untuk kereta kancil menambah aksesori terutamanya multiplayer android bagi tujuan hiburan.
Dengan penggunaan bateri bersaiz ns40zl, ianya pasti mengganggu jangka hayat bateri kereta kancil secara tak langsung.
Bukan sekadar pada bateri, malah alternator yang kecil juga tidak dapat menampung penambahan aksesori jika ianya terlalu berlebihan.
Rujuk artikel bateri kereta kong untuk mengetahui punca lain mengapa ianya boleh cepat habis.

Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri kereta kancil - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta kancil - Mekanikakereta