Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Apakah harga bateri kereta kancil 850 yang sesuai ?

Harga bateri kereta kancil 850. Berapakah harga bateri kereta kancil yang menggunakan kuasa enjin atau cc enjin sebanyak 850cc ?

Siapa yang tidak kenal kereta keluaran tempatan iaitu perodua kancil. Dari dahulu hingga sekarang menjadi pilihan lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak dekat.

Kesesuaian kereta perodua kancil sangat bermanfaat kerana penjimatan minyaknya yang sangat efektif. Kalau dalam seminggu isi full tank RM30 sudah mencukupi pergi dan balik kerja.

Namun, adakah penggunaan bateri kereta kereta kancil 850 cc juga memberi penjimatan kepada setiap pemiliknya ?

Berapa harga bateri kereta kancil 850 ?

Ada dua variasi atau jenis bateri kereta yang akan anda pilih sama ada bateri kereta kering atau bateri kereta basah.

Keduanya mempunyai peranan masing-masing yang wajib anda ketahui sebelum membuat pilihan yang tepat dan bersesuaian mengikut ciri-ciri yang diberikan.

Harga bateri kereta kancil 850 bagi jenis kering bermula dari RM190 hingga RM230 sahaja.

Manakala, untuk harga bateri kereta kancil 850 pula bermula dengan RM170 hingga RM210 sahaja.

Kenapa harga bateri kereta kancil 850 agak tinggi ?

Walaupun anda menggunakan cc enjin 850cc, harga bateri kereta kancil 850 akan terasa tinggi oleh kerana bateri kereta yang ditawarkan di pasaran.

Harga bateri kereta kancil 850 yang ditawarkan sebegitu kerana saiz bateri kereta tersebut merupakan paling minima.

Anda tidak mempunyai pilihan lain kerana harga bateri kereta adalah tertakluk mengikut pasaran semasa.

Pasti anda akan rasa ianya mahal kerana bateri kereta saiz ini juga boleh digunakan oleh kereta seperti myvi dan bezza.

harga bateri kereta kancil 850
Harga bateri kereta kancil 850

Apa beza harga bateri kereta kancil 850 beli di perodua dan di kedai bateri kereta ?

Sememangnya terdapat beza jika anda tukar bateri kereta kancil di pusat servis perodua dengan kedai bateri kereta di luar sana.

Jika anda sudah biasa tukar bateri kereta kancil di pusat servis, anda boleh buat survey terlebih dahulu dengan harga bateri kereta kancil 850 di kedai luar.

Jika harga bateri kereta kancil 850 terdapat beza terlalu banyak, pilihan adalah di atas tangan anda.

Ada orang sudah biasa dan yakin dengan pusat servis bukan sebab harganya, tetapi disebabkan jaminan dan etika kerjanya.

Namun, bukan bermakna juga kedai bateri kereta di luar tidak bagus. Banyak sahaja kedai bateri kereta yang memberikan servis bagus 24jam datang ke tempat kereta anda breakdown disebabkan kehabisan bateri kereta.

Adakah terdapat beza harga bateri kereta kancil 850 mengikut jenama bateri kereta ?

Semestinya ada juga beza mengikut jenama kereta. Berikut merupakan senarai contoh yang telah aku lakukan servey terhadap harga bateri kereta kancil 850 mengikut saiz 40 yang sama :

Jenama bateri kereta(kering)Harga bateri kereta kancil 850
CenturyRM190
YokohamaRM185
AmaronRM188
BoschRM183
Jadual 1

Data di Jadual 1 aku dapatkan sendiri melalui survey pada 2 buah kedai. Dapatan adalah seperti di Jadual 1 mendapati harga bateri kereta kancil 850 hanya membezakan sedikit sahaja.

Namun, pilihan adalah di atas tangan anda sendiri. Digalakkan untuk anda tidak melihat hanya pada harga bateri kereta sahaja, malah turut perlu meneliti kelebihan yang diberikan.

One thought on “Apakah harga bateri kereta kancil 850 yang sesuai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *