Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta wira

Harga bateri kereta wira. Berapakah harga bateri kereta yang perlu diketahui oleh anda yang ingin membeli bateri kereta wira yang baru untuk menggantikan bateri yang lama ?

Dalam pemilihan bateri kereta sewajarnya anda tidak serahkan sepenuhnya kepada kedai bateri kereta. Hal ini kerana, pihak kedai bateri kereta akan menjual berdasarkan stok yang mereka ada yang sesuai dengan kereta wira anda.

Namun, dengan sedikit asas ilmu pengetahuan akan memastikan anda memilih bateri kereta yang bukan sekadar harga bateri kereta wira yang betul, namun mempunyai fungsi yang tepat sesuai dengan kereta wira anda.

Bukan apa, berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah tukar dan beli bateri kereta ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda sedikit hala tuju. Tidak semestinya bateri kereta wira harga murah akan tahan dan sebaliknya.

Faktor yang mempengaruhi harga bateri kereta wira

1. Jenama bateri kereta

Pastikan anda membuat pilihan jenama bateri kereta yang dipercayai. Ada orang memang suka guna jenama bateri kereta yang sama hingga tidak peduli akan harga bateri kereta proton wira yang mahal.

Namun, anda juga boleh mencuba jenama bateri baru untuk kereta wira anda. Yang paling penting anda perlu utamakan nilai warrantly yang ditawarkan.

Harga bateri kereta wira

2. Pilihan jenis bateri kereta wira

Harga bateri wira lebih murah sekiranya anda memilih bateri kereta wira basah. Kebanyakkan yang memiliki kereta wira pasti tidak kisah akan menambah air bateri kereta yang memberikan ketahanan kepada bateri kereta wira.

Bateri kering kereta wira adalah lebih mahal tetapi ianya lebih kepada memberi kemudahan kepada anda. Anda tidak perlu menambah air bateri kereta wira. Gunakan sahaja hingga ianya lemah atau habis/kong.

3. Pilihan bateri wira baru atau secondhand

Pendapat aku sendiri, ada baik dan burukknya anda memilih bateri kereta secondhand. Kelebihannya adalah sudah tentu dari segi harga bateri kereta wira itu menjadi lebih murah disamping dapat menggunakan jenama bateri yang dipercayai.

Namun, tiada sebarang jaminan atau warrantly untuk anda yang membeli bateri secondhand. Anda tidak tahu bilakah ianya bakal lemah atau habis. Bila-bila sahaja bateri kereta wira secondhand yang dibeli akan habis.

Mungkin esok, minggu depan atau bulan depan. Jika bernasib baik anda dapat menggunakan bateri kereta secondhand selama 1 tahun pun sudah cukup bagus.

4. Saiz bateri kereta wira

Harga bateri kereta wira yang murah atau mahal bukanlah berdasarkan pada dimensi saiz bateri kereta wira anda. Namun, pada saiz bateri wira anda boleh menentukan sama ada harga bateri kereta wira yang manakah menjadi pilihan anda.

Berapakah harga bateri kereta wira ?

Harga bateri kereta wira 1.3 dan harga bateri kereta wira 1.5 boleh ditentukan berdasarkan faktor-faktor di atas. Berikut merupakan anggaran harga bateri kereta proton wira berdasarkan jenama bateri kereta :

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta wira
CenturyRM190
AmaronRM222
HitachiRM255
BoschRM200
CamelRM188

Anda boleh lihat dari segi harga bateri wira berdasarkan jadual di atas. Sudah pasti anda akan memilih jenama bateri kereta wira yang paling murah. Namun, tahukah anda ada satu lagi maklumat yang perlu diambil kira sebelum anda menentukan harga bateri kereta wira manakah sesuai dengan anda.

Pada saiz bateri kereta wira yang tertera pada setiap jenama bateri kereta di atas akan mempunyai jumlah bekalan kuasa elektrik yang tersimpan dalam bateri kereta tersebut.

Berdasarkan dua harga bateri kereta wira yang termurah di atas, bateri jenama camel di atas mempunyai 45aH, dan bateri century mempunyai 55aH. Pada awalnya pasti anda akan memilih bateri jenama camel disebabkan harganya yang lebih murah. Namun, apabila sudah tahu bateri manakah yang mempunyai kuasa bekalan yang lebih sudah pasti anda akan beralih kepada bateri jenama century.

2 thoughts on “Harga bateri kereta wira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *