Jangka hayat bateri kereta
Jangka hayat bateri kereta. Apakah sesebuah ketahanan bateri kereta itu mampu digunakan dalam jangka masa bateri kereta yang sangat lama ?
Tempoh hayat bateri kereta mampu memberikan keyakinan kepada pemilik kereta lebih-lebih lagi yang sering melakukan pemanduan jarak jauh.
Tidak ketinggalan juga pengguna kereta bagi jarak dekat juga memerlukan hayat bateri kereta yang lama agar memberikan penjimatan tanpa perlu
kerapa membeli bateri kereta setiap tahun.
Siapa yang tidak pening jika hayat bateri kereta anda cepat habis. Sudah tentu duit perlu dibelanjakan kerap bagi menggantikan bateri kereta lama
kepada bateri kereta yang baru.
Baca juga : Bateri kereta tahan berapa lama
Jangka hayat bateri kereta kering
Jika anda menggunakan bateri kereta jenis kering, perkara pertama yang anda perlu ketahui adalah anda perlu check bateri kereta anda sebelum menentukan hayat bateri kering kereta.
Kadang-kadang anda boleh terlupa bateri kereta yang sedang anda gunakan itu bateri kereta kering atau basah. Jika betul bateri kereta kering, maka barulah anda boleh menyatakan jangka hayat bateri kering kereta.
Tempoh hayat bateri kering kereta boleh anda tentukan berdasarkan dari tarikh mula anda beli bateri kereta sebelum ini. Terdapat label yang ditulis pada
bateri kereta anda sekiranya anda kurang pasti tarikh tersebut.
Jangka hayat bateri sel kering kereta adalah dalam anggaran 24 bulan atau 2 tahun sehingga 26 bulan atau 3 tahun.
Ini bermaksud jika penggunaan bateri kereta kering anda sudah masuk tahun ke 2, jangka hayat bateri kereta sel kering juga sudah boleh diagak dan bersedia bila-bila ianya akan tamat tempoh.
Namun, jangka hayat bateri sel kering juga boleh menjadi singkat oleh kerana tiada penjagaan yang baik oleh pemilik kereta.
Di samping itu juga, ada terdapat sebab lain lagi yang menyebabkan jangka hayat bateri kering ini terganggu. Antaranya adalah pemasangan aksesori elektronik kereta yang banyak.
Jangka hayat bateri kereta basah
Berapa lama jangka hayat bateri kereta terutamanya jenis bateri basah ini ? Berbeza pula dengan bateri kereta basah, jangka hayat bateri sel basah ini sangat bergantung kepada pemilik kereta yang menggunakan keretanya sendiri.
Seseorang pemilik kereta perlu mengetahui penjagaan bateri kereta basah agak sedikit rumit kerana perlu menjaga takat air bateri kereta. Jadi, jangka hayat bateri basah ini boleh ditentukan 36 bulan atau 3 tahun sehingga 48 bulan atau 4 tahun penggunaan.
Penjagaan yang sangat baik juga boleh mengakibatkan jangka hayat bateri basah kereta anda boleh mencapai sehingga 5 tahun penggunaan bagi sesebuah bateri kereta.
Namun, sebelum anda betul-betul nak memilih bateri kereta basah dengan kelebihan jangka hayat bateri kereta sel basah ini, anda seharusnya ketahui cara penjagaan air bateri kereta dengan baik.
Baca selanjutnya : Jangka hayat bateri kereta basah
Jangka hayat bateri kereta myvi
Mengikut pengalaman sendiri yang pernah menggunakan kereta myvi, jangka hayat bateri kereta myvi akan bertahan lama sehingga mencecah 3 tahun penggunaan.
Namun, jangka hayat bateri kereta myvi ini adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu tiada sebarang aksesori tambahan dalaman berkait rapat dengan peralatan elektronik.
Dari segi penggunaannya juga adalah setiap hari dibawa ulang alik kerja lebih kurang 30km. Jadi, hayat bateri kereta untuk kereta myvi ini adalah mengikut stardard yang bersesuaian.
Jika jarang menggunakan kereta myvi tersebut juga boleh menjadi faktor jangka hayat bateri kereta myvi ini menjadi singkat. Begitu juga jika penggunaannya terlalu berlebihan sehinggakan sehari 100km hingga 200km dan keatas boleh menyebabkan tenaga elektrik dari bateri kereta myvi itu berlebihan.
Jangka hayat bateri kereta bezza
Seterusnya, bagi jangka hayat bateri kereta bezza juga boleh bertahan sehingga 3 tahun penggunaan. Kerap kali bila masuk saja tahun ke 2 anda guna bateri kereta, dah boleh siap sedia untuk tukar bateri kereta yang baru.
Dengan cc enjinnya 1.0cc dan 1.3cc juga membolehkan kadar penggunaan bateri kereta perodua bezza ini jimat dan boleh digunakan sehingga mencapai 3 tahun.
Tiga tahun untuk jangka hayat bateri kereta bezza adalah sangat memuaskan. Hal ini demikian juga jika anda pandai menjaga bateri kereta bezza ini dengan baik dan cermat.
Baca selanjutnya : Jangka hayat bateri kereta bezza
Jangka hayat bateri kereta aruz
Kereta perodua Aruz merupakan kereta bercirikan mpv yang sesuai dengan keluarga yang agak besar.
Dengan kehadirannya memberikan persaingan kepada model dan jenama setanding selari dengan kelebihan yang diberikan.
Jika anda memiliki sebuah kereta aruz, penjagaan bateri kereta aruz ini perlu dilakukan dengan baik agar dapat mengelakkan bateri kereta kong semasa di pertengahan pemanduan bersama keluarga.
Baca selanjutnya : Jangka hayat bateri kereta Aruz
Jangka hayat bateri kereta viva
Begitu juga bagi kereta perodua viva. Apa yang paling penting bagi sesebuah jangka hayat bateri kereta viva itu akan bertahan sebenarnya ?
Bukan sahaja kereta perodua viva ini menjimatkan minyak, namun adakah ianya memberikan penjimatan dari segi bateri kereta viva ?
Baca selanjutnya : Jangka hayat bateri kereta viva
Jangka hayat bateri kereta axia
Sesiapa yang memiliki kereta perodua axia, kereta ini juga semakin canggih dengan kehadiran banyak teknologi yang menggunakan barangan elektronik.
Jika kereta perodua axia anda tidak ditambah aksesori lain, maka jangka hayat bateri kereta axia boleh bertahan hingga tahun ke 3 boleh digunakan.
Jangka hayat bateri kereta century
Penilaian bagi jangka hayat bateri kereta century digunakan selama beberapa tahun oleh aku sendiri mendapati ianya mampu bertahan sehingga 2 tahun 6 bulan hingga 3 tahun.
Jika ianya sudah mencapai 2 tahun 6 bulan pun sudah pasti sangat berpuas hati bagi sebuah bateri kereta yang aku gunakan pada kereta saga vvt 1.3cc.
Tambahan pula, sepanjang aku gunakan bateri kereta century ini, memang tiada sebarang masalah yang berlaku.
Apa yang penting untuk jangka hayat bateri kereta century ini, bila sudah tiba masanya bateri kereta century anda lemah, dinasihatkan terus tukar kepada yang baru bagi mengelakkan masalah bateri kereta kong.
Jangka hayat bateri kereta amaron
Walaupun belum pernah mencuba bateri kereta amaron, aku sendiri pernah bertanyakan pada penggunanya dalam ahli aku sendiri.
Pengalaman menggunakan bateri kereta amaron juga sungguh bagus. Hal ini demikian, jangka hayat bateri kereta amaron mampu bertahan sehingga 3 tahun.
Antara kelebihan jika anda membeli bateri kereta amaron adalah warrantly yang diberikan sehingga 36 bulan.
Namun, ada jenis-jenis bateri kereta amaron sahaja yang ditawarkan untuk 36 bulan warrantly tersebut.
Apakah yang membolehkan jangka hayat bateri kereta menjadi singkat ?
1. Kepala bateri kereta longgar
Sekiranya anda menghadapi jangka hayat bateri kereta yang tempohnya agak singkat, maka pastikan dahulu kepala bateri kereta anda berada dalam keadaan diikat dengan kemas dan baik.
Baca selanjutnya : Kepala bateri kereta longgar
Pingback: Jangka hayat bateri kereta bezza - Mekanikakereta
Pingback: Jangka hayat bateri kereta Viva - Mekanikakereta
Pingback: Jangka hayat bateri kereta Aruz - Mekanikakereta
Pingback: Jangka hayat bateri kereta basah - Mekanikakereta
Pingback: Kepala bateri kereta longgar - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta tahan berapa lama ? - Mekanikakereta