Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jangka hayat bateri kereta kering

Jangka hayat bateri kereta kering. Bilakah sesebuah jangka hayat bateri kereta yang sedang anda gunakan itu akan selalunya sampai tempoh hayatnya ?

Bateri kereta yang baik akan mudah untuk anda jangkakan bila tempoh hayat bateri kereta tersebut akan berakhir.

Bukanlah kita terus dapat tahu waktu yang tepat. Namun jangka hayat bateri kereta terutamanya jangka hayat bateri kereta kering senang untuk anda anggarkan.

Jika sudah dapat tahu anggaran bagi jangka hayat bateri kereta kering, maka anda tidaklah terlalu risau akan bila ianya habis atau kong.

Oleh itu, anda boleh tukar bateri kereta yang baru sebaik sahaja sudah memasuki jangka hayat bateri kereta kering yang diberikan selepas ini.

jangka hayat bateri kereta kering
Jangka hayat bateri kereta kering

Berapa lamakah jangka hayat bateri kereta kering ?

Sesebuah jangka hayat bateri kereta kering yang dimaksudkan dalam artikel ini kita akan fokuskan kepada bateri kereta yang mempunyai 12V sahaja.

Selain dari 12V pasti mempunyai jangka hayat bateri kereta kering yang berbeza dan tidak sama anggarannya.

Jangka hayat bateri kereta kering yang sesuai untuk kereta adalah 2 tahun hingga 3 tahun.

Walau apa pun jenama, jangka hayat bateri kereta kering akan habis dalam tempoh ini. Jika sudah melebihi tahun ke 3 penggunaan, pasti tidak jauh dari tempoh itu untuk anda tukar kepada bateri kereta yang baru.

Apakah keadaan jika masih menggunakan bateri kereta ketika dalam jangka hayat bateri kereta kering yang diberikan ?

Terdapat tiga keadaan yang boleh anda ikuti supaya bateri kereta kong secara mengejut. Ketiga keadaan ini juga boleh anda contohi supaya anda sentiasa berada dalam keadaan bersedia :

1. Terus tukar bateri kereta baru

Tindakan yang anda ambil untuk tukar bateri kereta baru selepas melepasi tahun ke 2 penggunaan bateri kereta sebenarnya adalah wajar.

Hal ini demikian untuk anda yang tidak suka akan masalah bateri kereta kong berlaku secara tiba-tiba.

Jika anda amalkan sikap ini, maka tiada sebarang masalah seperti kereta anda breakdown di tepi jalan akibat dari bateri kereta yang kehabisan.

2. Mulakan monitor jika terdapat tanda tanda bateri kereta kong

Selepas penggunan tahun kedua bateri kereta, anda memilih untuk masih menggunakan bateri kereta yang sama.

Hal ini kerana, anda sudah ketahui jangka hayat bateri kereta kering adalah dalam tempoh 2 tahun hingga 3 tahun.

Jadi, sepanjang tempoh tersebut, anda sudah berada dalam keadaan bersedia sekiranya mempunyai sebarang tanda tanda bateri kereta kong atau lemah.

Bila tibanya tanda bateri kereta lemah berlaku, baru anda tukar bateri kereta kering yang baru.

3. Melakukan cas bateri kereta

Cas bateri kereta untuk bateri kereta kering anda boleh dibuat berdasarkan cara dan panduan yang betul.

Baca selanjutnya : Bateri kereta kering boleh cas

Apakah risiko sekiranya bateri kereta sudah melepasi jangka hayat bateri kereta kering ?

Sepanjang penggunaan bateri kereta perlu anda monitor dari masa ke masa. Jika anda dah buat rujukan dan kenal pasti yang bateri kereta tersebut sudah melepasi 2 tahun, maka anda boleh melakukan tindakan di atas.

Namun, bila sudah melepasi tahun ketiga. Maka dinasihatkan untuk anda tukar bateri kereta baru.

Walaupun belum mempunyai sebarang tanda tanda bateri kereta lemah, ini adalah untuk mengelakkan masalah bateri kereta kong secara tiba-tiba.

Jika anda masih untuk terus menggunakan bateri kereta tersebut, teruskan membuat monitor atau langkah penjagaan terhadap sebarang tanda bateri kereta bakal lemah.

One thought on “Jangka hayat bateri kereta kering

Comments are closed.