Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta kering boleh cas ?

Bateri kereta kering boleh cas ? Pasti perkara cas bateri kereta, kereta itu boleh cas atau tidak ini bermain di fikiran dan minda anda waktu sekarang.

Adakah ianya masih boleh diselamatkan lagi dengan cara mencuba mengecas bateri kereta sel kering tersebut ?

Kebanyakkan pemilik kereta bila menghadapi masalah kehabisan bateri kereta akan terus membeli dan menukar kepada bateri kereta yang baru.

Tahukah anda bahawa bateri kereta masih boleh di cas dan mampu bertahan sehingga 6 bulan secara maksimum sebaik sahaja cas dilakukan.

Namun, adakah bateri kereta kering boleh cas ? Bagaimana anda nak kenali sama ada bateri kereta yang sedang anda gunakan itu sel kering atau sebaliknya ?

Bagaimana sekiranya anda nak tahu bateri kereta kering masih lagi boleh cas atau tidak ?

Jika bateri kereta kering boleh cas, apakah manfaat yang bakal anda sebagai pemilik kereta akan dapat ?

Sudah tentu bila kita cakap mengenai manfaat ia membawa kebaikan. Namun, ada ke keburukan sekiranya bateri kereta kering boleh cas ?

Cara kenali bateri kereta sel kering

Bagi permulaan, anda seharusnya mengenal pasti bateri kereta apakah yang sedang anda gunakan. Bagaimana anda mudah nak kenali bateri kereta kering yang sedang anda gunakan itu ?

Caranya adalah mudah. Mula-mula buka bonet hadapan kereta. Kemudian cari dimanakah bateri kereta anda terletak dalam kawasan bonet depan kereta tersebut.

Selalunya bateri kereta akan diletakkan pada bahagian sebelah kanan jika anda menghadap pandangan dari arah hadapan.

Bila dah dapat tahu dimana bateri kereta anda diletakkan, mulakan kenal pasti bateri kereta anda merupakan sel kering atau tidak.

Lihat pada permukaan atas bateri kereta anda. Perhatikan adakah ianya terdapat banyak skru berupa plastik yang sama rata dengan permukaan bateri kereta anda. Ianya berbentuk “+” bagi memudahkan ianya dibuka.

Jika tiada, maka pasti anda sedang menggunakan bateri kereta kering.

Baca selanjutnya : Jangka hayat bateri kereta kering

Adakah bateri kereta sel kering boleh cas atau tidak ?

Persoalan bahawa bateri kereta sel kering boleh cas atau tidak adalah keutamaan di dalam artikel ini.

Seperti yang kita boleh lihat, anda telah pun kenal pasti bateri kereta yang anda gunakan adalah bateri kereta kering.

Namun, bolehkah bateri kering di cas ? Bateri kering boleh cas tak ?

Bateri kereta kering sebenarnya boleh anda cas. Pengecasan bateri kereta kering boleh anda buat di kedai bengkel kereta yang menyediakan cas bateri kereta dan kedai yang keutamaannya menjual bateri kereta.

Sekarang sudah terjawab bagi persoalan battery kering boleh cas ke atau sebaliknya.

bateri kereta kering boleh cas
Bateri kereta kering boleh cas

Apakah tanda yang perlu anda tahu sebelum bateri kereta sel kering ini masih boleh dicas ?

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti dahulu tanda-tanda bateri kereta anda sebelum ianya akan lemah.

Tiada orang yang nak cas bateri kereta jika tiada sebarang tanda bateri kereta tersebut akan kong.

Perkara yang paling ditekankan sekali adalah anda lihat tarikh pada bateri kereta anda. Di atas permukaan bateri kereta anda telah tertulis tarikh bila anda beli bateri kereta tersebut.

Bila dah dapat tahu tarikh anda beli bateri kereta, mulakan buat kira-kira hingga sekarang waktu anda gunakan bateri kereta tersebut.

Tempoh terbaik untuk bateri kereta kering boleh anda hantar cas adalah sekiranya sudah melebihi 2 tahun dan ke atas ianya digunakan.

Tapi sebelum itu, kenal pasti dulu tanda yang kedua ini. Bila anda start enjin kereta pada waktu pagi, akan menyala lambang bateri kereta pada paparan meter kereta anda.

Kedua-dua perkara ini merupakan tanda kuat untuk anda menghantar bateri kereta kering ini di cas. Jangan tunggu lama-lama sehingga ianya habis. Sementara ia masih boleh diselamatkan, lakukannya segera.

Adakah terdapat kebaikan cas bateri kereta sel kering ?

Sudah tentu membawa kebaikan jika anda mengecas bateri kereta kering ini. Antaranya ialah anda boleh menjimatkan wang buat seketika. Anda tidak perlu membeli bateri kereta yang baru buat masa sekarang.

Selain itu, anda boleh menangguhkan tempoh penggunaan bateri kereta yang sekarang paling lama maksimum boleh mencapai 3 hingga 6 bulan.

Agak lama juga masa tersebut walaupun baru sekali sahaja bateri kereta anda dihantar untuk pengecasan.

Langkah yang perlu diambil sebaik sahaja cas bateri kereta kering telah dilakukan

Sebaiknya bateri sel kering boleh cas hanya untuk sekali sahaja. Bila pengecasan sudah dibuat, maka selepas itu anda sudah boleh bersedia untuk ganti dan beli bateri kereta baru.

Hal ini kerana, cas bateri kereta hanya akan membantu menambah tempoh masa buat seketika sahaja. Namun, cara cas bateri kereta sel kering bukan setiap kali bateri kereta lemah anda boleh cas.

Apakah keburukan jika bergantung pada bateri kereta kering boleh cas ini?

Walaupun bateri kering boleh cas dan anda sudah kerap kali buat pengecasan pada bateri kereta yang sama, namun ianya tidak akan bertahan lama.

Lebih-lebih lagi jika anda hendak gunakan kereta bagi perjalanan yang jauh. Perjalanan yang jauh akan bergantung kepada bateri kereta yang mempunyai cas elektrik yang agak banyak dan optimum.

Jika masih anda teruskan, ada kemungkinan besar kereta anda akan berlaku kerosakan yang akan memberi masalah kepada anda sendiri.

2 thoughts on “Bateri kereta kering boleh cas ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *