Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta saga blm

Saiz bateri kereta saga blm. Apakah saiz bateri kereta yang tepat atau sesuai untuk sebuah kereta proton saga blm yang ingin menggantikan bateri lama kepada bateri yang baru ?

Pengetahuan tentang bateri kereta adalah merupakan asas lebih-lebih lagi tentang saiz bateri kereta untuk kereta anda. Tidak perlu pun anda nak tahu kesemuanya.

Yang penting anda tahu saiz bateri saga blm anda secara betul supaya mudah ketika anda nak berurusan semasa di kedai bateri kereta. Jika anda nak pasang sendiri di rumah pun tiada masalah.

Pembelian bateri kereta saga blm yang betul memudahkan urusan anda agar tidak tersilap dalam memilih bateri yang anda inginkan.

Bukan sekadar saiz bateri saga blm

Setiap pemilihan yang menjadi keutamaan semestinya saiz bateri kereta saga blm. Namun, ianya bukan sekadar mendapatkan saiz yang tepat seperti dimensi panjang, tinggi dan lebar.

Kualiti sesebuah bateri kereta agak sukar untuk dijangka. Akan tetapi anda boleh bezakan manakah bateri kereta yang berkualiti mahupun tidak. Oleh itu, melalui saiz bateri saga blm anda boleh membuat penilaian sendiri.

Bacaan aH pada saiz bateri saga blm merupakan caranya untuk anda lakukan pemilihan sesuai dengan budget anda. Lebih tinggi maka lebih bagus bagi bekalan tenaga elektrik yang di simpan pada sesebuah bateri kereta.

saiz bateri kereta saga blm

Berapakah saiz bateri kereta saga blm ?

Rujukan pada saiz bateri kereta saga blm boleh anda lihat melalui kod bateri kereta yang tertera pada bateri kereta. Anda akan lihat pada label bateri kereta yang akan menyatakan bacaan kuasa, lebar, panjang serta tinggi bateri kereta.

Saiz bateri saga blm yang sesuai yang boleh anda beli di pasaran adalah seperti berikut :

  1. NS60
  2. NS60R
  3. 46B24R
  4. 48B24R
  5. 55B24R

Berdasarkan kod bateri di atas, nombor 1 dan 2 merupakan kod asas yang menandakan ianya sesuai dengan kereta proton saga blm anda. Namun, ianya tidak cukup untuk mengetahui jumlah kuasa bekalan yang terdapat dalam bateri kereta yang ingin anda beli.

Oleh itu, teliti pada setiap bateri kereta yang anda ingin beli melalui kod bateri seperti nombor 3, 4 dan 5. Ianya lebih jelas menyatakan kuasa bekalan tenaga elektrik yang diberikan.

Lebih tinggi jumlah bacaan di hadapan maka lebih tinggi sedikit budget yang perlu anda belanjakan untuk memiliki saiz bateri kereta saga blm yang anda inginkan.

One thought on “Saiz bateri kereta saga blm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *