Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Waja

Saiz bateri kereta Waja. Apakah yang menjadi keutamaan semasa anda ingin memilih bateri kereta waja ? Apakah saiz bateri kereta untuk kereta proton waja yang sebenarnya ?

Ada beberapa aspek yang menjadi perhatian sekiranya anda mengalami kejadian seperti enjin kereta tak boleh start. Antaranya adalah dari segi bateri kereta lemah atau hampir nak habis atau kong.

Setiap kereta akan dibekalkan dengan tenaga elektrik yang disimpan dalam tempat penyimpanan yang dikenali sebagai bateri kereta. Sebuah proton waja juga turut tidak tertinggal dengan kehadiran bateri kereta.

Berikut merupakan beberapa maklumat yang boleh anda jadikan rujukan ketika ingin memilih bateri kereta waja anda.

Bateri kereta proton waja

Bateri proton waja berperanan memberikan kereta anda untuk menjalankan fungsi yang antaranya seperti alarm kereta waja, lampu kereta (lampu depan, signal dan juga lampu brek). Paling penting adalah memberikan bantuan utama ketika ingin menghidupkan enjin kereta waja anda.

Spec-spec bagi kereta untuk proton waja yang terdiri daripada campro dan juga mmc dimana keduanya masih menggunakan enjin 1.6 dan menggunakan bateri kereta waja yang sama.

Namun, ada juga berpendapat bateri proton waja bagi kedua spec ini tidak sama. Bagi pendapat aku sendiri tidak sama itu adalah dari segi kuasanya. Bateri waja mmc memerlukan lebih banyak kuasa dibandingkan bateri waja campro.

Hal ini adalah disebabkan kedua ini mempunyai enjin yang sama, namun dibekalkan dengan kuasa kuda yang berbeza. Tiada sebarang masalah sebenarnya, namun jika anda memilih kuasa bateri yang lebih besar adalah lebih baik. Namun, masih perlu bersesuaian dengan keperluan kereta anda.

Apakah saiz bateri kereta waja sebenarnya ?

Antara pemilihan bateri kereta waja adalah berdasarkan saiz bateri kereta waja.. Dalam pemilihan saiz bateri kereta proton waja, ada beberapa ciri-ciri yang boleh anda jadikan rujukan dari awal sebelum anda mendapatkannya yang baru.

Contohnya saiz bateri kereta waja adalah seperti NS60LS atau 55B24LS. Kedua kod bateri kereta ini boleh anda jadikan rujukan sebagai saiz proton waja yang sangat sesuai anda gunakan.

Berikut merupakan penjelasan terhadap kod yang tertera pada 55B24LS :

  1. 55 adalah bacaan tenaga elektrik (aH)
  2. B adalah saiz lebatxtinggi bateri kereta (kod A,B,C,D)
  3. 24 adalah panjang bateri kereta (cm)
  4. LS adalah saiz terminal pada bateri yang bermaksud terminal positif terletak di sebelah kiri bateri dan saiz terminal merupakan saiz standard/besar.

Namun, anda pasti akan mempunyai beberapa pilihan lain yang pasti akan menjadi persoalan bagaimana untuk menggunakan bateri kereta waja yang membekalkan lebih tenaga kepada spec kereta yang lebih tinggi.

saiz bateri kereta waja

Cara membaca saiz bateri kereta waja

Caranya adalah memilih saiz bateri waja berdasarkan kod yang boleh anda rujuk yang tertera pada bateri kereta. Contohnya kod bateri 55B24LS. Anda boleh mendapatkan bacaan yang lebih tinggi pada kod bahagian depan seperti 65B24LS atau 70B24LS.

Bacaan depan mewakili jumlah 65aH dan juga 70aH menunjukkan ianya membekalkan lebih tenaga elektrik. Namun, anda sangatlah tidak menggalakkan untuk memilih saiz bateri waja dari segi bacaan aH yang lebih rendah.

Contohnya kereta waja mmc boleh anda gunakan saiz bateri waja mmc berdasarkan kod 65B24LS (jika ada) dan manakala, saiz bateri waja campro menggunakan kod bateri 55B24LS.

Namun, dalam masa yang sama kod bateri dibahagian tengah dan belakang tidak boleh anda ubah kerana ianya telah ditetapkan berdasarkan tapak saiz bateri waja anda.

Jika ianya tidak sama, maka kesukaran ketika meletakkan bateri waja anda pada tapak akan berlaku sama ada terlalu kecil akan mengakibatkan longgar, dan jika terlalu besar tidak akan memuatkan tapat yang telah disediakan.

One thought on “Saiz bateri kereta Waja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *