Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Wayar bateri kereta longgar

Wayar bateri kereta longgar. Apakah kesan sekiranya wayar bateri kereta longgar dibiarkan tanpa berbuat apa-apa ?

Gandingan kereta bersama bateri kereta dalam melakukan pergerakkan adalah diperlukan sama sekali.

Penghubung kepada kereta dengan bateri kereta adalah merupakan wayar yang berasal dari kereta anda sendiri.

Jika wayar bateri kereta longgar, maka akan terdapat perkara yang bakal menganggu sejak dari awal perjalanan anda.

Kepala bateri kereta longgar

Secara asasnya kepala bateri merupakan wayar penyambung kepada terminal bateri kereta.

Jika kepala bateri kereta longgar, sudah pasti akan terdapat masalah kepada sistem kereta anda.

Teruskan pembacaan bagi mengetahui mengapa wayar atau kepala bateri kereta longgar.

wayar bateri kereta longgar
Wayar bateri kereta longgar

Terminal bateri kereta longgar

Perkara ini sangatlah jarang sekali berlaku. Jika bateri kereta anda masih baru, rujuk kedai bateri kereta yang anda beli tersebut bagi mendapatkan bateri kereta baru menerusi warrantly.

Namun, setiap warrantly memerlukan sedikit masa berdasarkan sebab yang kuat terminal bateri kereta longgar tersebut.

Manakala, jika bateri kereta anda sudah lama digunakan dan sudah melepasi tempoh warrantly yang ditetapkan, maka disarankan untuk anda membeli bateri kereta yang baru atas sebab keselamatan.

Kenapa wayar bateri kereta longgar atau tertanggal ?

Ada beberapa sebab kenapa wayar bateri kereta longgar berlaku kepada kereta anda :

1. Terdapat serdak pada terminal bateri kereta


Serdak pada terminal bateri kereta membuatkan ikatan wayar dari kereta anda sama ada positif atau pun negative semakin ketat.

Mengikut pada permukaan terminal bateri kereta anda, bentuk terminal dihasilkan seperti bentuk menara.

Dari bawah ia besar dan di hujungnya semakin mengecil. Serdak-serdak yang terhasil akan memenuhi ruang ikatan wayar pada terminal.

Semakin lama, serdak itu sendiri akan menolak keluar wayar positif atau negatif anda keluar dari ikatan tersebut.

2. Ikatan pada terminal bateri kereta


Semasa pemasangan wayar positif dan negatif pada bateri kereta, terdapat skru yang boleh mengikat wayar pada terminal bateri kereta.

Kadang-kadang dalam tidak sedar, skru tersebut tidak diikat dengan kemas. Jika anda melalui kawasan seperti jalan berlubang atau bumper, kemungkinan besar wayar tersebut boleh tertanggal.

Kesan wayar bateri kereta longgar

1. Enjin kereta tidak dapat dihidupkan

Kesan semasa memandu tidak dirasai sehingga anda ingin menghidupkan enjin seterusnya. Enjin kereta anda tidak boleh start dan pada paparan meter kereta tiada sebarang lampu kerana wayar bateri kereta longgar.

Paling tidak pun pasti enjin kereta anda seperti berasa lemah ketika start enjin kereta.

2. Gangguan terhadap sistem dalaman kereta

Antara gangguan yang anda boleh rasai adalah lampu kereta terasa malap. Kemudian, semasa anda ingin tekan minyak secara drastik, terdapat sedikit kejutan pada kereta anda sebelum ia memberi respon.

Apakah langkah menghadapai masalah wayar bateri kereta longgar ?

1. Mengetatkan semula kepada wayar bateri kereta yang longgar

Sudah pasti selepas anda mengikat semula skru dengan kemas, masalah enjin kereta anda tidak boleh start sudah tidak terjadi lagi.

Buat pemeriksaan berkala dalam masa yang singkat bagi anda menjaga kekemasan ikatan pada wayar bateri kereta yang longgar tadi.

2. Membersihkan serdak pada terminal bateri kereta

Pembersihan serdak pada terminal bateri kereta dan antara wayar bateri kereta yang longgar dilakukan dengan teliti sehingga ianya tidak kelihatan lagi.

Kemudian, ikat semula wayar bateri kereta longgar tadi sehingga kemas bagi mengelakkan serdak yang baru hadir di antara wayar dan terminal bateri kereta.

2 thoughts on “Wayar bateri kereta longgar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *