Tukar bateri kereta mengikut kereta yang anda gunakan
Tukar bateri kereta. Bagaimanakah untuk anda tukar bateri kereta sekiranya bateri kereta yang anda gunakan sekarang telah lemah dan hampir kehabisan atau telah pun kong ?
Banyak pilihan yang boleh anda gunakan untuk tukar bateri kereta. Tukar bateri merupakan pilihan terbaik jika sedang anda mengalami kerosakan (breakdown) kereta di rumah mahupun semasa berada di luar kawasan.
Oleh itu, jika anda agak ragu-ragu untuk pasang bateri sendiri, maka anda boleh menggunakan khidmat tukar bateri kereta. Perkhidmatan tukar bateri kereta ini boleh anda dapati dengan mudah walaupun pada waktu lewat malam.
Tukar bateri kereta 24 jam yang ditawarkan oleh pihak bengkel atau kedai bateri kereta selalunya datang dari kawasan anda berhampiran. Google saja di internet telefon anda mengenai tukar bateri kereta online atau anda boleh menaip tukar bateri kereta near me.
Maka anda boleh dapati nombor telefon tersebut akan sedia membantu anda dengan segera. Walaupun harga tukar bateri kereta itu ada sedikit tinggi, namun setidaknya menjadi penyelamat kepada anda dari tersadai di kawasan tersebut.
Usah risau, servis tukar bateri kereta ini sangat dipercayai. Jika terdapat sebarang penipuan pasti tiada sebarang iklan akan tampil oleh kerana service tukar bateri kereta yang menggugat nama kedai bateri kereta tersebut.
Apa pun jika anda menggunakan perkhidmatan tukar bateri kereta ini, seharusnya anda telah mengetahui nama dan alamat kedai bateri kereta yang tertera pada iklan tersebut sebelum membuat panggilan tukar bateri kereta secara online.
Teruskan pembaca sebelum anda melakukan tukar bateri kereta 24 jam. Jangan silap, tukar bateri kereta 24 jam ini bermaksud bantuan yang datang itu tidak mengira waktu walaupun kereta anda tidak boleh start pada pukul 2 pagi.
Bila perlu tukar bateri kereta ?
Persoalan ini wajib anda ketahui sebelum anda nak sahkan yang bateri kereta anda mempunyai masalah antaranya adalah seperti berikut :
1. Enjin kereta tidak dapat dihidupkan
Kadang-kadang boleh berlaku kepada anda jika anda singgah di R&R untuk ke tandas atau berehat lalu mematikan enjin kereta.
Bila nak start enjin kereta semula, anda dapati tidak boleh start. Walaupun sudah cuba start beberapa kali, enjin kereta anda masih tidak dapat dihidupkan.
2. Tempoh penggunaan bateri kereta
Selepas dapati enjin kereta tidak boleh dihidupkan, anda boleh membuat penilaian dengan cuba mengingati bila last bateri kereta anda ditukar.
Jika penggunaan bateri kereta anda telah melebihi 3 tahun dan ke atas, maka ianya salah satu tanda masalah bateri kereta anda perlu ditukar kepada yang baru.
3. Tiada sebarang nyalaan pada lampu meter kereta anda
Situasi lebih buruk anda dapati pada meter kereta anda tiada satu pun lampu yang menyala sewaktu pertama kali menekan push start button.
Apatah lagi untuk start enjin kereta, langsung tiada sebarang respon untuk enjin itu dihidupkan.
Bila perlu tukar bateri kereta ? Jika salah satu tanda di atas dialami oleh anda, maka barulah sesuai untuk anda membuat keputusan bagi menggunakan servis tukar bateri kereta secara online tadi.
Namun, bagaimana pula jika anda nak mengetahui cara tukar bateri kereta yang betul mengikuti kereta apa yang anda gunakan ?
Baca selanjutnya : Bila perlu tukar bateri kereta
Cara tukar bateri kereta
Setiap kereta mempunyai ciri-ciri cara tukar bateri kereta yang tersendiri. Walaupun secara asasnya ternampak semuanya sama, namun anda boleh dapat bezakan sedikit sebanyak tentang cara betul tukar bateri kereta mengikut kereta yang anda gunakan.
1. Cara tukar bateri kereta kancil
Terdapat dua generasi kereta perodua kancil iaitu kancil lampu petak dan kancil lampu bulat.
Keduanya banyak persamaan di dalam kawasan bonet hadapan. Anda boleh dapati kedua model atau generasi kereta kancil ini mempunyai kedudukan bateri kereta yang sama iaitu di sebelah kanan.
Cara tukar bateri kereta kancil amatlah mudah kerana ianya tidak melibatkan banyak wiring atau barangan elektronik yang digunakan.
2. Cara tukar bateri kereta viva
Begitu juga dengan cara tukar bateri kereta viva. Kereta perodua viva mempunyai seakan sama dengan cara tukar bateri kereta kancil.
Tukar bateri kereta viva anda boleh dilakukan mengikut turutan dengan mencabut wayar hitam atau negatif terlebih dahulu, kemudian baru cabut wayar merah atau positif.
Seterusnya bila nak pasang bateri viva yang baru, perlu didahului dengan wayar merah kemudian wayar hitam.
3. Cara tukar bateri kereta axia
Cara tukar bateri axia juga tiada banyak bezanya. Namun, anda perlu perhatikan betul-betul sama ada generasi manakah yang anda gunakan sekarang.
Jika anda gunakan perodua axia generasi lama, tukar bateri kereta axia boleh dipasang seperti biasa.
Manakala jika generasi terkini, perlu guna cara tukar bateri kereta axia yang lebih mementingkan penjagaan peralatan elektronik supaya tidak mendatangkan masalah seperti litar pintas.
4. Cara tukar bateri kereta myvi
Begitu juga cara tukar bateri myvi, ianya berdasarkan apakah teknologi yang sedang digunakan oleh kereta myvi anda sekarang.
Cara tukar bateri kereta myvi baru boleh digunakan dengan cara tukar bateri kereta myvi yang lama, tetapi ianya juga atas dasar nasib.
Tukar bateri kereta myvi yang melibatkan generasi terbaru agak berisiko kerana teknologi elektroniknya yang semakin terperinci.
Disebabkan itu juga harga tukar bateri kereta myvi juga turut berbeza kerana bateri kereta jenis m42 digunakan, bukan tukar bateri myvi jenis lama.
5. Cara tukar bateri kereta bezza
Tiada bezanya juga bagi cara tukar bateri kereta bezza. Mana-mana model kereta bezza boleh anda tukar sendiri baterinya.
Namun, jika sudah melibatkan banyak teknologi dengan penambahan aksesorinya, anda wajib berhati-hati dalam cara tukar bateri kereta bezza ini.
6. Cara tukar bateri kereta alza
Gunakan teknologi seperti portable car battery supaya cara tukar bateri kereta alza anda berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Jika sudah berlaku litar pintas pada bahagian sistem dalaman kereta, segera rujuk pusat servis perodua agar ianya dapat dibaiki. Tetapi ianya memerlukan kos yang agak tinggi.
7. Cara tukar bateri kereta aruz
Perodua aruz bila anda nak tahu cara tukar bateri keretanya perlu merujuk pihak yang lebih arif.
Hal ini kerana, peralatan seperti portable car battery sangat penting semasa tukar bateri kereta aruz dilakukan.
Jika anda sudah memiliki peralatan ini baru boleh anda lakukan cara tukar bateri kereta aruz sendiri. Disebabkan itulah jika kereta anda breakdown di luar, anda boleh gunakan servis tukar bateri kereta secara online kerana mereka lengkap dengan peralatan.
8. Cara tukar bateri kereta saga blm
Model proton saga blm boleh anda lakukan cara tukar bateri kereta seperti biasa. Cabut wayar merah terlebih dahulu kemudian baru wayar hitam.
Untuk pasang bateri saga blm semula, gunakan teknik terbalik seperti cabut tadi. Penting anda mengikuti aturan cara tukar bateri kereta saga blm ini supaya aliran dalaman bateri kereta anda tidak terganggu.
9. Cara tukar bateri kereta persona
Bagi cara tukar bateri kereta persona juga sama. Teknik tukar bateri kereta persona boleh saja digunakan tanpa portable car battery.
Namun, atas dasar keselamatan dan penjagaan dalaman kereta anda, ianya sangat digalakkan untuk digunakan.
10. Cara tukar bateri kereta exora
Ada dua generasi exora yang lama dan terkini. Kedua ini membezakan jenis bateri kereta yang digunakan.
Pastikan terlebih dahulu bateri kereta exora yang betul sebelum anda membeli jika anda hendak pasang sendiri bateri kereta exora baru.
Jika anda tukar bateri kereta 24 jam secara online, pastikan anda check dulu jenis bateri kereta exora yang berada dalam bonet hadapan kereta anda agar bantuan datang dengan membawa bateri kereta exora yang betul.
11. Cara tukar bateri kereta preve
Tukar bateri preve memerlukan bateri kereta yang betul mengikut kodnya. Dapatkan kod saiz seperti 55D23L semasa pembelian bateri kereta preve anda.
Ikuti cara tukar bateri kereta preve sama seperti kereta-kereta lain dengan kendalian dan aturan cabut dan pasang bateri kereta preve dengan baik.
Cara tukar bateri kereta auto
Maksud cara tukar bateri kereta auto merupakan perbezaan dari segi transmisi atau gear yang digunakan oleh anda.
Walaupun berbeza kereta, apakah terdapat beza dalam cara menukar bateri kereta sekiranya anda menggunakan gear manual atau automatik ?
Jawapannya ada. Ikuti artikel lebih lanjut di Cara tukar bateri kereta auto
Cara tukar kepala bateri kereta
Kepala bateri kereta berperanan sebagai pemegang antara wayar bateri kereta merah dan hitam kepada terminal bateri kereta anda.
Kepala bateri kereta juga perlu diikat dengan kemas agar sambungan antara wayar dan bateri kereta tidak terbuka lalu aliran elektrik terputus.
Namun, sebelum anda nak tukar kepala bateri kereta, pastikan beberapa masalah seperti terminal bateri tidak dipenuhi habuk karbon serta skru pada kepala bateri kereta telah pun rosak.
Anda juga boleh saja menukar skru pada kepala bateri kereta sahaja, namun kedai di luar akan menjual satu set kepala bateri kereta bersama skru yang baru.
Jadi, tukar kepala bateri kereta juga amat perlu agar tidak berlaku lagi kelonggaran pada sambungan wayar dan bateri kereta anda.
Dalam cara tukar kepala bateri kereta yang betul, anda perlu menggantikan klip kopper dan kepala bateri kereta yang baru. Ikat dengan kemas klip kopper pada kepala bateri kereta anda. Kemudian, pasang kepala bateri kereta pada terminal bateri kereta anda dan ketatkan skru supaya ianya tidak tertanggal.
Tukar bateri kereta alarm bunyi
Mengapa apabila anda tukar bateri kereta kemudian alarm kereta berbunyi ? Kenapa perkara ini boleh terjadi ?
Alarm kereta akan berbunyi semasa pasang bateri anda dilakukan. Perkara ini sangat mengganggu anda dan orang sekeliling jika ianya berlaku.
Elakkan alarm berbunyi sewaktu anda tukar bateri kereta dilakukan.
Ikuti artikel Tukar bateri kereta alarm bunyi untuk penjelasan dengan lebih terperinci.
Selepas tukar bateri kereta
Jika anda menggunakan khidmat tukar bateri kereta secara online, pastikan anda menyimpan kad warrantly yang diberikan selepas tukar bateri kereta selesai dilakukan.
Kad warrantly bateri kereta adalah diberikan berdasarkan jenama bateri kereta yang anda gunakan.
Antara sebabnya anda tidak dapat ke bengkel berdasarkan kedai bateri kereta yang telah melakukan service tukar bateri kereta anda tadi adalah jaraknya terlalu jauh.
Walaupun ada sebarang masalah pada bateri kereta anda dalam masa warrantly yang diberikan, anda boleh merujuk pada kedai bateri kereta terdekat yang sama jenama bateri kereta anda gunakan.
Adakah boleh tukar bateri kereta semasa enjin hidup ?
Ada situasi dibenarkan dan tidak dibolehkan bagi tukar bateri kereta semasa enjin hidup.
Teknik yang betul untuk tukar bateri kereta semasa enjin hidup perlu diterapkan dengan baik agar tidak menimbul masalah seperti short circuit pada bahagian dalaman sistem komputer kereta anda.
Baca selanjutnya : Tukar bateri kereta semasa enjin hidup
Tukar bateri kereta berapa lama ?
Untuk yang ingin mengetahui tukar bateri kereta berapa lama, anda perlu mengetahui langkah-langkah dari mula membuka hingga pemasangan bateri kereta baru.
Jika segala peralatan lengkap dan anda sudah biasa menjalankan aktiviti tukar bateri kereta, maka ianya tidak memakan masa yang lama untuk diselesaikan.
Bagi anda yang tukar sendiri di rumah, proses tukar bateri kereta mengambil masa dari 20 minit sehingga 1 jam setengah. Manakala, jika di kedai bateri kereta akan diselesaikan oleh pekerja dalam masa 5 minit hingga 15 minit sahaja.
Pingback: Tukar bateri kereta semasa enjin hidup - Mekanikakereta
Pingback: Bila perlu tukar bateri kereta ? - Mekanikakereta
Pingback: Cara tukar bateri kereta auto - Mekanikakereta
Pingback: Cara tukar bateri kereta - Mekanikakereta
Pingback: Tukar bateri kereta berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai - Mekanikakereta