Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara tukar bateri kereta auto

Cara tukar bateri kereta auto. Bagaimanakah caranya untuk anda tukar bateri kereta yang menggunakan transmisi atau gear automatik ?

Setiap kereta mempunyai cara berbeza bagi mengendalikan sesuatu perkara. Di artikel ini, anda akan mengetahui cara tukar bateri kereta auto yang boleh anda gunakan.

Walaupun cara tukar bateri kereta tampak mudah, namun ianya akan menjadi susah sekiranya anda tidak berapa biasa dengan kerja-kerja tukar bateri kereta ini.

Justeru, disarankan untuk anda mengikuti artikel ini sehingga habis supaya anda mempunyai manfaat tentang cara tukar bateri kereta auto dengan baik.

Peralatan yang diperlukan dalam cara tukar bateri kereta auto

1. Spanar untuk cara tukar bateri kereta auto

Penggunaan spanar hidup adalah sangat digalakkan bagi melaras pengikat wayar bateri kereta anda. Spanar ini digunakan wewaktu membuka dan mengetatkan wayar bateri kereta kepada terminal bateri kereta.

cara tukar bateri kereta auto
Cara tukar bateri kereta auto

2. Sarung tangan bagi cara tukar bateri kereta auto

Sarung tangan digunakan bagi mengelakkan aliran elektrik terkena pada tangan anda sewaktu mencabut bateri kereta lama dan memasang bateri kereta baru.

Di samping itu, gunakan sarung tangan jenis getah atau kain yang berperanan sebagai penebat kepada aliran tenaga elektrik.

Cara tukar bateri kereta auto mengikuti urutan yang betul

Berikut merupakan cara tukar bateri kereta yang menggunakan gear automatik yang mudah anda ikuti sekiranya melakukannya hanya di rumah.

  1. Buka bonet hadapan kereta.
  2. Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda.
  3. Pastikan gear kereta anda berada pada “P” iaitu parking.
  4. Walaupun enjin kereta anda hidup atau tidak, pastikan gear kereta anda berada pada “P”.
  5. Pastikan anda mematikan penggunaan aircond kereta dan radio kereta sewaktu cabut dan pasang bateri kereta dilakukan.
  6. Buka wayar negatif dan seterusnya positif pada bateri kereta lama.
  7. Ambil bateri kereta baru, dan pasang wayar positif terlebih dahulu kemudian wayar negatif.
  8. Ikat skru wayar pada terminal bateri kereta dengan kemas.
  9. Selesai.

Artikel berkaitan : Cara tukar bateri kereta

Kesan jika salah dalam cara tukar bateri kereta automatik

Ada dua larangan dalam cara tukar bateri kereta yang menggunakan transmisi automatik ini.

  1. Menghidupkan aircond kereta ketika tukar bateri kereta automatik.
  2. Wayar positif dan negatif pada terminal bateri kereta dipasang secara salah.

Kedua larangan di atas akan membawa kesan kepada gangguan dalam sistem wiring kereta atau dikenali sebagai short circuit atau berlaku litar pintas.

Malah lebih teruk jika berlaku litar pintas ini berlaku kepada kereta-kereta yang semakin canggih yang memerlukan tenaga elektrik hampir sepenuhnya.

Beza cara tukar bateri kereta auto dan cara tukar bateri kereta manual

Hanya terdapat satu perbezaan ketara dalam cara tukar bateri kereta auto dan cara tukar bateri kereta manual adalah kedudukan gear sewaktu cabut dan pasang bateri kereta.

Kedudukan dalam cara tukar bateri kereta auto adalah wajib berada dalam keadaan P. Manakala, kedudukan dalam cara tukar bateri kereta transmisi manual adalah pada kedudukan Neutral.

2 thoughts on “Cara tukar bateri kereta auto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *