Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai
Bateri kereta. Bateri kereta adalah komponen penting yang memastikan sistem elektrik dalam kenderaan berfungsi dengan baik. Di Malaysia, bateri kereta digunakan untuk menghidupkan enjin serta menyokong sistem elektronik seperti radio dan lampu.
Terdapat pelbagai jenama bateri yang popular di pasaran, antaranya Amaron, Century, dan Motolite. Setiap jenama menawarkan pelbagai pilihan bateri dengan kapasiti dan ketahanan yang berbeza mengikut keperluan kenderaan.
Selain jenama, saiz bateri juga memainkan peranan penting dalam memilih bateri yang sesuai untuk kereta. Pemilik kenderaan perlu memastikan saiz bateri adalah tepat agar ia dapat dipasang dengan sempurna dan berfungsi secara efisien.
Harga bateri kereta di Malaysia berbeza bergantung kepada jenis, jenama, dan kapasiti. Oleh itu, penting bagi pengguna untuk membuat perbandingan harga dan memilih bateri yang memberi nilai terbaik mengikut bajet dan keperluan kenderaan mereka.

Bateri kereta mengikut jenama kereta
1. Bateri kereta Perodua
Bateri kereta Perodua direka khusus untuk memenuhi keperluan kenderaan jenama ini, seperti Perodua Myvi, Axia, Bezza dan banyak lagi. Umumnya, bateri yang digunakan adalah jenis basah (flooded) dan mempunyai kapasiti yang cukup untuk menghidupkan enjin dan menyokong sistem elektrik kereta Perodua. Bateri ini mempunyai daya tahan yang baik dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia.
2. Bateri kereta Proton
Proton menggunakan bateri yang serupa dengan jenama lain di pasaran, tetapi ia mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menyokong sistem elektrik kenderaan Proton seperti Proton Saga, Persona, dan X70. Bateri kereta Proton ini juga biasanya jenis basah dan mempunyai keupayaan menyokong sistem elektronik yang lebih canggih pada model-model baharu.
3. Bateri kereta Honda
Honda, dengan kenderaan seperti Civic, CR-V, dan City, memerlukan bateri yang berkapasiti tinggi dan tahan lasak. Bateri kereta Honda lebih dikenali dengan ketahanan dan keupayaannya untuk berfungsi dengan baik dalam cuaca ekstrem, sama ada panas atau sejuk. Model-model terbaru Honda sering menggunakan bateri jenis kering atau AGM (Absorbent Glass Mat).
4. Bateri kereta Toyota
Toyota mempunyai pelbagai model seperti Corolla, Vios, dan Hilux, yang memerlukan bateri dengan kapasiti yang cukup besar dan kebolehan untuk menyokong pelbagai peralatan elektronik dalam kereta. Bateri kereta Toyota biasanya mempunyai jangka hayat yang panjang dan dilengkapi dengan teknologi tahan lama untuk kenderaan moden.
5. Bateri kereta Nissan
Nissan, dengan model seperti Almera, X-Trail, dan Navara, juga memerlukan bateri dengan ketahanan tinggi. Bateri kereta Nissan biasanya lebih sesuai untuk cuaca panas, dengan teknologi yang memastikan ketahanan dan kebolehpercayaan dalam menghidupkan enjin walaupun selepas jangka masa panjang.
6. Bateri kereta Naza
Bateri kereta Naza digunakan untuk kenderaan seperti Naza Citra dan Naza Ria. Bateri yang digunakan biasanya standard, iaitu jenis basah dan mudah didapati di pasaran. Namun, ia juga memerlukan penjagaan dan pemeriksaan berkala untuk memastikan prestasinya.
7. Bateri kereta Ford
Ford menggunakan bateri dengan kapasiti tinggi untuk model-model seperti Fiesta, Focus, dan Ranger. Bateri untuk kereta Ford sering kali mempunyai jangka hayat yang lama dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, memberikan prestasi yang stabil.
Baca lebih lanjut : Bateri kereta Ford
8. Bateri kereta Mitsubishi
Bateri untuk kereta Mitsubishi seperti Lancer, Outlander, dan Triton direka untuk memberikan prestasi yang optimum, dengan ketahanan yang baik dan penggunaan tenaga yang efisien. Bateri kereta Mitsubishi biasanya tahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh.
9. Bateri kereta Suzuki
Suzuki, seperti model Swift dan Vitara, memerlukan bateri yang kompak dan berdaya tahan untuk menyokong penggunaan harian serta kecekapan bahan api. Bateri yang digunakan dalam kereta Suzuki seringkali adalah jenis basah atau AGM untuk kecekapan yang lebih baik.
Maklumat lanjut : Bateri kereta Suzuki
10. Bateri kereta Mazda
Jenama unggul daripada negara terbit matahari iaitu mazda merupakan antara jenama kereta yang berdaya saing sengit pada masa kini.
Pastikan anda membuat rujukan bateri kereta mazda sebaiknya sebelum nak memiliki salah satu dari model kereta ini.
11. Bateri kereta Jaecoo
Terdapat beberapa model dari jenama kereta Jaecoo antaranya adalah Jaecoo J5, Jaecoo J5 EV, Jaecoo J7, Jaecoo J7 Phev, Jaecoo J8. Model dari jenama ini turut dilengkapi dengan bateri 12v/auxiliary battery.
Jaecoo J5 full petrol dan EV menggunakan saiz bateri LN2 EFB. Manakala, Jaecoo J7 full petrol menggunakan saiz bateri LN3 EFB dan Jaecoo J7 Phev menggunakan saiz bateri LN0/DIN40. Manakala saiz bateri bagi Jaecoo J8 pula menggunakan LN3.
12. Bateri kereta Isuzu
Bateri kereta Isuzu D-Max
Isuzu dmax merupakan sebuah trak pikup atau 4×4 yang sangat dikenali di negara ini. Pilihan lain bagi kenderaan off road dan juga on road isuzu dmax ini mempunyai peminatnya tersendiri sejak dari ianya mula dilancarkan generasi pertama pada tahun 2005 hingga 2012. Generasi kedua bersambung pada tahun 2013 hingga 2019 dan generasi ketiga pada tahun 2021 hingga kini.
Saiz bateri kereta Isuzu Dmax
- Generasi pertama Isuzu Dmax menggunakan saiz bateri dengan kod NS70L/D26L/NX110-5L.
- Generasi kedua Isuzu Dmax gunakan kod saiz bateri NS70L/D26L/NX110-5L.
- Generasi ketiga Isuzu Dmax gunakan saiz bateri LN3L (DIN66 atau DIN70 atau DIN74 atau DIN75).
Harga bateri kereta Isuzu Dmax
Generasi pertama dan kedua menggunakan kod bateri yang sama,jadi harga bateri untuk adalah sekitar RM250 hingga RM550. Manakala, harga bateri untuk isuzu dmax generasi ketiga adalah sekitar RM300 hingga RM1000.
Harga bateri isuzu dmax ini akan bergantung kepada jumlah Ah (ampere hour), jenis bateri pilihan anda dan juga tawaran jenama bateri yang berbeza.
13. Bateri kereta Hyundai
1. Bateri kereta Hyundai Starex
Kereta hyundai starex atau nama spesifik grand starex royale dibawa masuk ke negara ini mulai generasi ke dua (TQ) yang bermula dari tahun 2008 hingga 2021/2022.
Mpv berkeluasan besar sesuai dengan 11 tempat duduk ini menjadi pilihan lebih-lebih bagi sebuah keluarga yang besar. Ianya sangat sesuai dengan muatan yang ramai, ianya dilengkapi dengan enjin 2.5 turbo diesel.
Saiz bateri kereta Hyundai Starex
Dengan segala muatan dan enjin turbo diesel yang digunakan, saiz bateri kereta starex juga agak besar sesuai dengan keperluan kereta ini.
Saiz bateri kereta starex (12V) yang digunakan adalah menggunakan kod N70Z atau D31R atau NX120-7R bagi menyokong peralatan elektrik dan elektronik dalaman kereta starex.
Harga bateri kereta Hyundai Starex
Bila dah tahu saiz bateri hyundai grand starex royale anda, maka mudahlah untuk anda membuat survey terhadap pelbagai jenama bateri yang mempunyai kod bateri starex.
Harga minima yang boleh anda dapatkan untuk menggantikan bateri baru starex adalah bermula dari RM280 sahaja. Tapi ini adalah minima spec dan jika anda nak spec yang lebih berkuasa dan tahan boleh dapatkan harga sekitar RM400 hingga RM550 sahaja.
2. Bateri kereta Hyundai Staria
Hyundai staria merupakan pilihan daripada sambungan kereta starex yang telah dihentikan secara global. Hyundai staria membuat kemunculan pertama pada tahun 2021 dibawa masuk secara CBU/Recond.
Enjin kereta hyundai staria ini juga menggunakan 2.2 turbo diesel. Sedikit rendah dibandingkan starex dan begitu juga kapasiti maximum tempat duduknya juga hanya 10 tempat duduk.
Saiz bateri kereta Hyundai Staria
Mengikut spesifikasi saiz kod bateri asal untuk kereta hyundai staria, ianya menggunakan DIN80R AGM/LN4R AGM. Ada juga yang menggunakan DIN80R sahaja tanpa AGM iaitu merupakan jenis biasa ianya masih dibolehkan tetapi tiada ketahanan yang diperlukan oleh kereta staria anda.
Harga bateri kereta Hyundai Staria
Untuk harga bateri kereta hyundai staria boleh didapatkan dengan bermula sekitar RM550 hingga RM700 sahaja untuk jenis bateri kering biasa.
Permulaan harga bateri hyundai staria yang merupakan dari jenis AGM/spec original pula sekitar RM950 hingga RM1500 sahaja.
3. Bateri kereta Hyundai Sonata
Kereta hyundai sonata merupakan sebuah kereta sedan segmen D yang agak mewah. Ramai yang meminati dan mengetahui keselesaan kereta ini akan memilikinya.
Ada beberapa generasi kereta hyundai sonata mendapat perhatian oleh kami iaitu bermula dari generasi ke 6 hyundai sonata (YF) secara global dari tahun 2010 hingga 2014. Sterusnya generasi ke 7 hyundai sonata (LF) dilancarkan pada tahun 2015 hingga 2020. Manakala, hyundai sonata generasi ke 8 (DN8) bermula dari tahun 2020 hingga 2023 sahaja.
Saiz bateri kereta Hyundai Sonata
- Generasi ke 6 hyundai sonata (YF) menggunakan kod bateri kereta NS70L atau D26L.
- Generasi ke 7 hyundai sonata (LF) menggunakan saiz bateri NS70L atau D26L.
- Generasi ke 8 hyundai sonata (DN8) pula sedikit berbeza iaitu menggunakan kod saiz bateri LN3L (DIN66,DIN70 dan DIN75).
Harga bateri kereta Hyundai Sonata
Untuk hyundai sonata generasi ke 6 dan ke 7 harga bateri boleh anda dapati di pasaran bermula dari RM240 sahaja. Harga maximum pula boleh mencapai sehingga sekitar RM600.
Manakala, untuk hyundai sonata generasi ke 8, harga bateri paling murah boleh anda dapati dengan bermula minima RM300 sahaja dan had maximum mampu mencapai hingga RM1000 sahaja.
4. Bateri kereta Hyundai i10
Kereta hyundai i10 mula dibawa masuk dari tahun 2008 hingga 2017. Kereta ini memberikan pilihan kepada sesiapa yang berminat nak guna kereta yang kecil dan comel untuk kemudahan seharian.
Hanya ada dua jenis enjin diperkenalkan di negara kita bagi kereta hyundai i10 iaitu 1.1 dan 1.2 kappa. Dua jenis enjin ini sudah memadai bagi sebuah kereta hatchback serba lengkap ini.
Saiz bateri kereta Hyundai i10
Kedua-dua versi hyundai i10 sama ada menggunakan enjin 1.1 mahupun 1.2 kappa menggunakan kod saiz bateri kereta NS40ZL atau B19L/B20L.
Ini menjadikan pemilihan bagi saiz bateri hyundai i10 mudah dan satu kelebihan untuk dicari sekiranya bateri 12v yang digunakan kong atau habis dimana-mana kawasan dalam negara kita walaupun hingga ke hujung pekan.
Harga bateri kereta Hyundai i10
Begitu juga dengan harga bateri hyundai i10, anda tak perlu risau sebab banyak pilihan dengan pelbagai jenama bateri dan tawaran yang diberikan.
Harga bateri kereta hyundai i10 boleh bermula dari serendah RM150 sahaja untuk bateri baru. Manakala, untuk yang nakkan bateri lebih berkuasa dan tahan, pilihan bateri sedikit mahal hanya sekitar RM170 hingga RM200 sahaja.
5. Bateri kereta Hyundai Matrix
Kereta hyundai matrix dibawa masuk ke negara ini sejak dari tahun 2002 dan bertahan agak lama iaitu hingga tahun 2009/2010.
Sehingga kini, kita boleh sendiri nampak ramai yang masih menggunakan kereta ini di atas jalan raya walaupun dah hampir 2 dekad ianya mula dilancarkan.
Ada dua versi enjin kereta hyundai matrix ini iaitu 1.6 dan juga 1.8 . Sama ada anda sedang gunakan, baru beli mahupun berhasrat untuk memiliki kereta ini perlu ketahui salah satu peralatan penting iaitu bateri kereta hyundai matrix wajib gunakan.
Saiz bateri kereta Hyundai Matrix
Kod bateri yang kereta hyundai matrix gunakan adalah LN2L. Kod bateri LN2L termasuk antara pilihan sama ada DIN55, DIN60 atau DIN62.
Galakkan mengikut enjin seperti hyundai matrix 1.6 minima menggunakan kod DIN55. Manakala, untuk yang gunakan kereta hyundai matrix 1.8 pula minima adalah DIN60 untuk mendapatkan ketahanan lebih baik.
Harga bateri kereta Hyundai Matrix
Dalam pasaran bateri kereta, paling murah bagi menggantikan bateri hyundai matrix anda boleh didapati dengan permulaan harga sekitar RM240 sahaja.
Harga bateri hyundai matrix adalah dikira berpatutan kerana pilihan sudah banyak dari segi pelbagai jenis dan juga jenama bateri kereta tawarkan.
Jadi, tak perlu anda risau untuk dapatkan bateri baru untuk hyundai matrix walaupun kereta ini sudah lama berada di pasaran, salah satu kelebihan memiliki kereta ini adalah kos maintain bagi bateri 12V adalah murah dan berbaloi.
6. Bateri kereta Hyundai Getz / Inokom Getz
Kereta hyundai getz awalnya masuk ke negara kita secara CBU/import dari korea selatan yang dikenali sebagai hyundai getz dari tahun 2003 hingga 2005 dengan dua enjin berbeza iaitu 1.3 dan 1.6.
Selepas dari tahun 2006 hingga 2011, hyundai getz telah ditukar menjadi inokom getz kerana pemasangannya CKD di negara kita dengan hanya 1 enjin iaitu 1.4 .
Saiz bateri kereta Hyundai Getz/Inokom Getz
Penggunaan saiz bateri kereta bagi hyundai getz dan juga inokom getz adalah sama iaitu LN2L. Dalam kod LN2L anda mempunyai pilihan sama ada menggunakan bateri kod DIN55 atau DIN60 atau DIN62.
Galakkan untuk menggunakan bateri asas seperti DIN55 sesuai untuk hyundai getz 1.3 dan inokom getz 1.4 . Manakala, untuk hyundai getz 1.6 digalakkan minima menggunakan DIN60 kerana sesuai dengan keperluan enjin yang lebih besar.
Harga bateri kereta Hyundai Getz/Inokom Getz
Untuk harga bateri kereta hyundai getz mahupun inokom getz ini minima paling murah boleh dapati bateri baru sekitar RM240 sahaja.
Paling standard bateri yang lebih berkuasa anda boleh sediakan budget sekitar RM300 hingga RM350 bagi setiap 1 biji baru mengikut jenama bateri.
7. Bateri kereta Hyundai Elantra
Kereta hyundai elantra merupakan sebuah sedan segmen C. Kita mulakan dengan generasi kelima (MD) secara global dari tahun 2012-2016 dengan 2 enjin iaitu 1.6 dan 1.8 .
Seterusnya, hyundai elantra generasi keenam (AD) dari tahun 2017 hingga 2020 dengan 2 enjin iaitu 1.6 dan 2.0 . Dan, hyundai elantra generasi ketujuh (CN7) bermula dari tahun 2020 hingga 2023 pula dengan hanya 1 enjin sahaja iaitu 1.6 .
Saiz bateri kereta Hyundai Elantra
Hyundai elantra bagi generasi kelima (MD), keenam (AD) dan ketujuh (CN7) ini adalah sama iaitu LN2L (DIN55 atau DIN60 atau DIN62).
Amat mudah sebenarnya sekiranya anda yang memiliki salah satu atau ketiga-tiga generasi hyundai elantra ini dalam penjagaan bateri 12V.
Ada saja yang setiap beberapa tahun yang tukar kepada kereta baru dari hyundai elantra generasi kelima kemudian keenam seterusnya ketujuh.
Harga bateri kereta Hyundai Elantra
Dalam budget harga bateri hyundai elantra pun dah boleh agak lebih-lebih lagi yang dah pernah gunakan kereta dari generasi kelima secara berturut.
Minima harga bateri hyundai elantra adalah RM240 boleh anda dapati di pasaran. Untuk yang nakkan ketahanan bateri bagi kereta elantra, harga bermula dari RM350 sahaja.
8. Bateri kereta Hyundai Atos/Inokom Atos
Kereta hyundai atos yang dibawa masuk secara CBU dan kemudian inokom atos yang dipasang di negara kita secara CKD merupakan sebuah kereta dari tahun 2000 hingga 2008.
Sepanjang tempoh yang agak lama juga ini, hyundai atos atau inokom atos mempunyai 2 versi enjin iaitu 1.0 dan 1.1 .
Saiz bateri kereta Hyundai Atos/Inokom Atos
Sesiapa yang nak mencari ganti kepada bateri 12V kereta hyundai atos atau nak buat sedikit survey sebelum nak memiliki kereta ini perlu tahu yang saiz kod bateri yang digunakan adalah NS40ZL sahaja.
Justeru, ini merupakan pilihan yang bijak kerana dalam nak maintain bateri kereta ini tidak memerlukan budget yang tinggi kerana hanya spesifikasi bateri yang minima diperlukan.
Harga bateri kereta Hyundai Atos/Inokom Atos
Begitu juga dengan harga bateri hyundai atos ini, ada banyak pilihan dari segi jenama bateri dan juga pilihan Ah (ampere hour) yang pelbagai memberikan kelebihan harga dari yang murah hingga berpatutan.
Harga bateri hyundai atos boleh anda dapati bermula dengan RM150 sahaja dan yang paling mahal boleh mencecah RM300 sekiranya anda memerlukan bateri yang tahan lasak dan berkualiti.
14. Bateri kereta Kia
1. Bateri kereta Kia Carnival
Kereta kia grand carnival (YP) mula memasuki negara kita pada tahun 2017 (CBU) dan 2018 (CKD) bagi generasinya yang ketiga hingga tahun 2021 dengan 2.2 turbo diesel (2199cc).
Kemudian kia carnival generasi keempat (KA4) mula dibawa masuk pada tahun 2021 (CBU) dan 2023 (CKD) secara meluas dalam negara dengan enjin 2.2 turbo diesel (2151cc).
Saiz bateri kereta Kia Carnival
Penggunaan saiz bateri kia carnival yang betul sangatkan penting bagi menyediakan sokongan utama terhadap kereta ini ketika dalam keadaan enjin tidak hidup mahupun ketika ingin menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah.
Generasi ketiga kia carnival menggunakan saiz bateri dengan kod D31L atau N70ZL atau NX120-7L. Ketiga-tiga kod ini adalah sama sesuai dengan ukuran fizikal bateri yang diperlukan.
Manakala, untuk generasi keempat kia carnival gunakan kod saiz bateri DIN80L atau LN4L. Galakkan menggunakan jenis EFB supaya dapat menyokong dan memberi ketahanan lebih lama sesuai dengan teknologi baru kia carnival KA4.
Harga bateri kereta Kia Carnival
Sesuai dengan kod yang digunakan oleh kia carnival generasi ketiga, harganya boleh bermula sekitar RM300 dan boleh mencapai RM600 sahaja.
Untuk generasi keempat kia carnival pula, harga boleh bermula dari RM370 bagi jenis biasa dan RM560 untuk jenis EFB dan boleh mencapai harga maksima sekitar RM850 sahaja.
2. Bateri kereta Kia Optima
Dua generasi yang kita akan utamakan untuk kia optima iaitu generasi ketiga kia optima k5 (TF) dari tahun 2012 hingga 2017 dan kia optima gt (JF) dari tahun 2017 hingga 2020.
Hingga kini dua generasi kia optima ini masih digunakan di atas jalan raya kerana kualitinya yang terbaik dan dipercayai para pemiliknya.
Saiz bateri kereta Kia Optima
Generasi ketiga kia optima k5 (TF) menggunakan kod saiz bateri LN3L (DIN66, DIN70,DIN75) sesuai dengan enjinnya 2.0 dan teknologi yang semakin canggih.
Manakala, untuk generasi keempat kia optima gt (JF) pula menggunakan kod bateri kereta juga turut mengekalkan LN3L (DIN66,DIN70,DIN75) secara minima untuk enjin 1.7 diesel dan 2.0 turbo. Bagi yang nakkan ketahanan lebih lama boleh memilih bateri jens LN3L EFB.
Harga bateri kereta Kia Optima
Paling murah harga bateri kia optima berdasarkan jenis bateri kering iaitu LN3L (DIN66L Dry) minima bermula RM300 sahaja. Manakala, harga bateri bagi jenis EFB LN3L pula bermula sekitar RM490 sahaja.
Paling mahal untuk kuasa bateri lebih bagus LN3L EFB boleh mencapai harga sekitar RM900. Ada pilihan untuk LN3L AGM tetapi jenis EFB adalah lebih digalakkan kerana sesuai dengan cuaca di negara kita.
3. Bateri kereta Kia Forte
Kereta kia forte merupakan dari usahasama di bawah Naza Forte yang bermaksud diedarkan oleh Naza Kia sejak ianya mula memasuki negara kita.
Hanya 1 generasi sahaja kia forte (TD) ini dibawa masuk dari tahun 2009 hingga tahun 2013 dengan 2 varian enjin 1.6 dan 2.0 .
Saiz bateri kereta Kia Forte
Kod bagi saiz bateri kereta kia forte gunakan adalah menggunakan kod D23L. Kod ini adalah mencukupi dari segi saiz fizikal dan keperluan elektrik yang diperlukan.
Sekiranya anda nakkan ketahanan maka gunakan saiz fizikal yang sama seperti D23L tetapi jenisnya berbeza iaitu dengan kod D23L EFB atau dikenali sebagai Q85 EFB.
Harga bateri kereta Kia Forte
Untuk menggantikan bateri baru kereta kia forte anda, harga permulaan bateri kereta yang boleh anda dapatkan adalah sekitar RM240 sahaja.
Manakala, bagi yang nakkan keyakinan bateri lebih lama dapat digunakan sekitar 3 hingga 4 tahun, maka harga bateri kia forte Q85 standard dari pebagai jenama bateri adalah RM400 hingga RM500 sahaja.
4. Bateri kereta Kia Cerato
Penerus kepada generasi selepas dari kia forte iaitu kia cerato (YD) yang merupakan penyambung kepada model ini bermula dari tahun 2013 hingga 2021 di negara kita dengan 2 jenis enjin iaitu 1.6 dan juga 2.0 .
Kereta kia cerato K3 (YD) ini mendapat sambutan baik hingga kini walaupun generasi ini telah berhenti pengeluarannya dengan pembelian secara secondhand.
Saiz bateri kereta Kia Cerato
Penggunaan saiz bateri kereta kia cerato adalah berdasarkan kod bateri LN2L. Kod ini merupakan saiz original dan terbahagi kepada pilihan sama ada kod DIN55L atau DIN60L atau DIN62L mengikut pilihan anda.
Ada juga yang upgrade bateri kia cerato ini kepada kod LN3L yang terdiri daripada DIN65L atau DIN70L atau DIN75L yang memberikan kuasa elektrik bagi ketahanan lebih lama.
Harga bateri kereta Kia Cerato
Untuk yang menggunakan bateri LN2L bagi kereta kia cerato, harga permulaan bermula dari sekitar RM250 sahaja (jenis bateri basah) dan RM260 (bateri kering/MF).
Manakala, untuk yang berhasrat nak upgrade kepada bateri LN3L untuk kereta kia cerato, harga bateri secara asas permulaan adalah sekitar RM350 hingga RM450 bagi berbeza jenama bateri.
5. Bateri kereta Kia Picanto
Kereta kia picanto merupakan sebuah kereta segmen A hatchback yang digunakan diatas jalan raya hingga kini. Secara global ianya bermula dengan generasi kedua kia picanto (TA) dari tahun 2013 hingga 2017.
Kemudian kereta kia picanto datang dengan generasi ketiga (JA) dati tahun 2018 hingga tahun 2020 sahaja. Kedua generasi kia picanto ini datang dengan 1 versi enjin iaitu 1.2 kappa.
Saiz bateri kereta Kia Picanto
Bateri 12V yang digunakan oleh kia picanto sama ada generasi kedua (TA) mahupun generasi ketiga (JA) menggunakan kod saiz NS40ZL atau B19L/B20L.
Kod saiz bateri bagi kia picanto ini paling berbaloi dan sesuai untuk ianya digunakan bagi urusan seharian (daily drive) seiring dengan keperluan kereta ini.
Harga bateri kereta Kia Picanto
Paling murah dalam pasaran bagi harga bateri kia picanto adalah bermula dari RM150 sahaja untuk jenis bateri basah (Wet/Conventional). Sekiranya anda lebih suka menggunakan bateri kering (MF/Dry), harga bateri bermula hanya sekitar RM170 sahaja.
Keperluan untuk menggunakan jumlah Ah (Ampere hour) lebih besar boleh dimanfaatkan untuk kereta kia picanto sekiranya anda inginkan ketahanan bateri lebih lama dan harga setiap biji bateri boleh mencapai hingga RM300 sahaja mengikut jenama bateri yang ada dipasaran.
6. Bateri kereta Kia Sportage
Sebuah kereta kia sportage secara global mula dilancarkan di negara kita sejak dari tahun 1990 lagi. Namun, kita akan mulakan dari generasi keempat kia sportage (QL) yang mula dilancarkan dari tahun 2016 hingga 2024 dengan 1 jenis enjin iaitu 2.0 .
Manakala, generasi kelima kia sportage (NQ5) dari tahun 2024 hingga sekarang dengan dua versi enjin iaitu 2.0 dan 1.6 turbo.
Saiz bateri kereta Kia Sportage
Kod bagi saiz bateri kereta kia sportage generasi keempat (QL) gunakan adalah LN2L. Ini bermakna anda mempunyai pilihan sama bermula dari DIN55L, DIN60 ataupun DIN62.
Manakala, kod saiz bateri kereta kia sportage generasi kelima (NQ5) gunakan pula adalah LN3L iaitu sama ada DIN65L, DIN66L, DIN70L atau DIN75L.
Harga bateri kereta Kia Sportage
Minima bagi harga bateri kereta kia sportage (QL) boleh dapatkan adalah sekitar RM250 sahaja dan purata bagi harga bateri standard sekitar RM350. Ada lagi bateri lebih mahal sesuai dengan tawaran ketahanan yang lebih tinggi.
Manakala, harga bateri kereta kia sportage (NQ5) pula minimanya adalah RM350 dan secara standard dari pelbagai jenama bateri di pasaran boleh didapati sekitar RM450 sahaja.
7. Bateri kereta Kia Sorento
Kia sorento merupakan sebuah SUV pilihan penggemar kereta yang lasak. Ada 4 generasi kereta kia sorento yang masuk ke negara ini :
- Generasi pertama kia sorento (BL) dari tahun 2003-2009 dengan enjin 2.5 turbo diesel dan 3.5 petrol.
- Generasi kedua kia sorento (XM) dari tahun 2010-2015 dengan enjin 2.4 petrol.
- Generasi ketiga kia sorento (UM) dari tahun 2016-2022 dengan enjin 2.2 turbo diesel dan 2.4 petrol.
- Generasi keempat kia sorento (MQ4) dari tahun 2023-2025 dengan enjin 2.2 turbo diesel dan 2.5 petrol.
Saiz bateri kereta Kia Sorento
Berikut merupakan saiz bateri kia sorento gunakan mengikut generasi :
- Generasi pertama kia sorento (BL) gunakan kod bateri D31R/N70R/NX120-7R.
- Generasi kedua kia sorento (XM) menggunakan saiz bateri NS70L/D26L/S95L EFB.
- Generasi ketiga kia sorento (UM) gunakan kod saiz bateri LN5L (DIN88/DIN90L/DIN92L/DIN100L).
- Generasi keempat kia sorento (MQ4) pula menggunakan kod saiz bateri LN3L (DIN66L/DIN70L/DIN75L).
Harga bateri kereta Kia Sorento
Memandangkan ada 4 generasi kia sorento yang masih digunakan di atas jalan raya di negara kita, pencarian bateri paling murah boleh didapati bagi generasi kedua kia sorento iaitu bermula dari sekitar RM230 sahaja. Antara sebabnya juga adalah kod ini banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenama bateri.
Manakala, untuk harga permulaan paling mahal untuk dicari ganti adalah kepada kia sorento generasi ketiga kerana kod ini paling besar harga dalam pasaran pun tidak banyak pilihan jenama bateri dengan bermula dari RM500.
15. Bateri kereta Peugeot
1. Bateri kereta Peugeot 208
Kereta peugeot 208 merupakan sebuah hatchback yang hanya generasi pertama (MK1) sahaja yang pernah dibawa masuk dari tahun 2013 hingga 2020.
Terdapat 3 versi enjin dari peugeot 208 ini iaitu 1.2 puretech turbo, 1.6 dan juga 1.6 turbo (manual) yang merupakan hingga kini digunakan oleh pemilik asal dan dicari oleh pemilik baru.
Saiz bateri kereta Peugeot 208
Sedikit pemerhatian perlu dilakukan oleh anda sebelum menukar kepada bateri baru untuk kereta peugeot 208 ini kerana ianya mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Ada 4 pecahan bagi kod saiz bateri kereta peugeot 208 iaitu :
- Peugeot 208 1.2 puretect/turbo menggunakan kod saiz bateri LN3L EFB.
- Peugeot 208 1.6 biasa menggunakan saiz bateri LN2L.
- Peugeot 208 1.6 GTi manual (Pre-facelift) dari tahun 2013-2016 menggunakan saiz bateri LN2L.
- Peugeot 208 1.6 GTi manual (Facelift) dari tahun 2017-2020 menggunakan kod saiz bateri LN2L EFB.
Keperluan mengikut jenis bateri EFB pada model peugeot 208 1.2 turbo dan peugeot 208 1.6 GTi facelift adalah syarat minima kerana ianya dilengkapi dengan sistem auto start-stop.
Harga bateri kereta Peugeot 208
Minima permulaan harga bateri peugeot 208 adalah dari saiz LN2L jenis basah (WET/Conventional) yang berharga RM250 sahaja dah boleh dapat bateri yang baru.
Manakala, berbeza pula untuk LN2L EFB bermula dengan harga sekitar RM480 dan LN3L EFB pula bermula dari sekitar RM500 hingga boleh mencapai RM1,000.
Jenama bateri kereta
1.Bateri kereta Amaron
Bateri kereta Amaron terkenal dengan bateri yang tahan lama dan prestasi yang stabil. Ia menawarkan teknologi tanpa penyelenggaraan dan mempunyai kapasiti yang tinggi untuk kebanyakan jenis kenderaan. Amaron adalah pilihan popular di kalangan pengguna kereta di Malaysia.
2.Bateri kereta Century
Bateri kereta Century memberikan prestasi yang hebat dengan pilihan untuk bateri basah atau kering. Ia direka untuk memberikan ketahanan dalam cuaca yang ekstrem dan mempunyai hayat penggunaan yang panjang.
3.Bateri kereta Camel
Bateri kereta Camel merupakan jenama yang terkenal dengan harga yang berpatutan dan ketahanan yang baik. Bateri Camel sesuai untuk penggunaan harian dan memberikan nilai yang baik bagi wang yang dibayar.
4.Bateri kereta Motolite
Motolite adalah jenama yang berasal dari Filipina dan terkenal di Asia Tenggara. Ia menawarkan bateri dengan teknologi yang tahan lama dan keupayaan untuk bekerja dalam pelbagai keadaan cuaca.
5.Bateri kereta Bosch
Bosch adalah jenama yang sangat dikenali dalam dunia automotif. Bateri Bosch menawarkan ketahanan tinggi dan prestasi stabil, sesuai untuk kereta moden dengan pelbagai sistem elektrik.
Saiz dan jenis bateri kereta Bosch
Saiz untuk jenama bateri kereta bosch ada di pasaran seperti saiz asas iaitu Bosch 5M Mega Power NS40ZL (42B20) , NS60 (46B24,64B24) , D23 (55D23, 115D23L) , LN2, LN3.
Gunakan pilihan saiz bateri kereta Bosch ST Hightec EFB (M42 , LN2 EFB, LN3 EFB , LN5 AGM) untuk nakkan ketahanan yang lebih lama dan berbaloi.
Harga bateri kereta Bosch
Harga bateri untuk jenama bosch tidaklah murah, tetapi masih berbaloi dengan jenama dan kualiti bateri ini. Pilihan standard adalah harga bateri bosch 5M Mega Power yang bermula dari RM190 dan nak lebih berkuasa tetapi sedikit mahal adalah harga bateri kereta bosch ST Hightec bermula sekitar RM290.
6. Bateri kereta Panasonic
Panasonic terkenal dengan produk elektronik berkualiti, dan bateri kereta mereka tidak terkecuali. Bateri Panasonic mempunyai teknologi yang mengurangkan kerosakan dan meningkatkan ketahanan untuk jangka hayat yang lebih lama.
Kebanyakkan jenama bateri kereta panasonic dibawa masuk dari pasaran Thailand yang merupakan pengilang dari sana. Namun, ianya tetap buatan dari Japan yang dipercayai ramai hingga kini.
Saiz bateri kereta Panasonic
Pelbagai saiz bateri kereta di tawarkan oleh jenama panasonic secara global. Bateri panasonic yang sesuai dengan kod bateri 12V di negara kita juga dibawa masuk.
Antara saiz bateri asas oleh panasonic dikenali secara MF standard (Panasonic 3 Star). Manakala, untuk bateri lebih besar dikenali MF high spec (Panasonic 4 Star dan Panasonic DIN).
Untuk kereta anda yang memerlukan kuasa lebih atau ada fungsi auto start-stop/eco-idle system boleh memilih jenis EFB pula. Ada pilihan bateri panasonic seperti panasonic coas blue EFB dan panasonic circla blue EFB.
Kelebihan bagi kereta hybrid juga ada spesifik bateri panasonic hybrid atau dikenali bateri panasonic caos blue hybrid.
Paling tinggi spec bateri panasonic tawarkan dikenali sebagai panasonic MF Tough yang boleh digunakan oleh kereta yang memerlukan saiz bateri NS70 atau D26 dan N70 atau N31.
Harga bateri kereta Panasonic
Bagi harga bateri panasonic adalah berbeza boleh anda dapati di setiap kedai bateri kereta atau secara online. Range harga bateri kereta panasonic sebenarnya tidaklah murah dan boleh dikatakan pada kadar sederhana tinggi.
Paling murah boleh anda dapatkan untuk panasonic 3 star bermula sekitar RM250 sahaja dan paling mahal seperti mf tough hingga mencapai RM1500 ke RM1700.
7.Bateri kereta Astra
Bateri kereta Astra adalah pilihan popular di kalangan pemilik kereta yang mencari bateri yang berpatutan. Ia menawarkan bateri yang boleh diharap dan cukup tahan lama untuk kebanyakan jenis kenderaan.
8.Bateri kereta Yokohama
Yokohama, lebih terkenal dengan tayar kereta, juga mengeluarkan bateri kereta yang mempunyai prestasi yang baik. Jenama bateri kereta yokohama ini memberikan nilai yang baik dengan harga yang kompetitif.
9.Bateri kereta Yokobatt
Yokobatt adalah jenama bateri tempatan yang menawarkan pilihan berpatutan dengan kualiti yang baik. Ia mudah didapati dan sesuai untuk kebanyakan kenderaan di pasaran Malaysia.
10. Bateri kereta GS
Jenama bateri GS merupakan di bawah syarikat induk GS Yuasa yang meningkat naik jualannya dan dikenali di negara kita.
Bateri kereta GS kebanyakkannya digunakan oleh keluaran kereta perodua lebih-lebih kereta keluar dari kilang/kereta baru.
Jika anda perasan bateri GS digunakan untuk model kereta perodua yang mempunyai auto start-stop function atau eco-idle seperti perodua Ativa dan perodua Aruz serta perodua Myvi.
Saiz bateri kereta GS
Antara saiz bateri kereta GS yang sering kita lihat dan boleh dapatkan di pasaran adalah seperti 44B19/NS40ZL,55B20/M42, 55B24/NS60 , 65D23 , 75D23/NS70 dan juga 105D31/N70.
Tawaran saiz bateri Gs sedikit terhad mungkin kerana ianya banyak fokus kepada keluaran kepada pihak perodua.
Harga bateri kereta GS
Untuk harga bateri kereta GS ini adalah sedikit tinggi dibandingkan dengan jenama lain. Ianya adalah sekitar RM210 hingga RM450 bagi saiz yang telah dinyatakan.
Biasa pemilik yang ada pengalaman baik dengan jenama bateri ini akan terus menggunakan bateri GS oleh kerana sudah sebati dengannya.
11. Bateri kereta Energizer
Jenama bateri energizer sudah pasti sangat dikenali di negara kita. Bukan sekadar bateri kecil, malah untuk bateri kereta 12v juga dihasilkan dari jenama ini.
Uniknya disini, bateri kereta energizer jika dilihat di kedai-kedai bateri agak susah sedikit nak dapat. Kecuali jika anda ke kedai bateri kereta besar dan mencarinya secara online pasti akan menjumpainya.
Saiz bateri kereta Energizer
Dari segi saiz bateri energizer tawarkan pula agak terhad juga sebenarnya. Berdasarkan kajian saya secara online, antara kod saiz bateri yang bateri energizer ada secara asas macam jenama lain adalah seperti NS40ZL/42B20L, M42/60B20 (EFB), NS60L/55B24L, 55D23L, 115D23 (Q85 EFB), DIN60/LN2 , NS70/80D26 , N70/95D31/NX120-7.
Terdapat juga kod unik yang jarang dijumpai oleh jenama dikenali dinegara kita fokuskan tetapi ada pada jenama bateri kereta energizer iaitu seperti N55/80B24 (EFB) , LN6/DIN100, LN6/DIN105 (AGM).
Harga bateri kereta Energizer
Manakala, dari segi harga bateri energizer tawarkan adalah sedikit tinggi. Minima harga bateri kereta energizer bagi kod paling rendah adalah bermula dari sekitar RM250.
Paling tinggi harga bateri kereta energizer adalah sekitar RM1,600 dengan jenis AGM. Rumusan ini boleh dilakukan sesiapa yang dah yakin dengan sesebuah jenama bateri seperti bateri kereta energizer, tidak salah untuk keluarkan lebih untuk mendapatkan kepuasan dalam pemakai.
12. Bateri kereta Varta
Bateri varta merupakan antara pilihan bateri kereta yang mula mendapat kepercayaan para pemilik kereta lebih-lebih lagi bagi kereta yang memerlukan kuasa tinggi.
Keperluan terhadap bateri 12v yang ditawarkan oleh jenama varta juga agak banyak dan sesuai untuk pelbagai kereta juga.
Saiz bateri kereta Varta
Pilihan saiz bateri varta yang asas sebenarnya sudah ada dan keistimewaan jenama ini lebih fokus kepada kualiti dengan memberikan jumlah Ah (ampere hour) yang lebih tinggi dibandingkan jenama bateri lain.
Antara saiz bateri asas yang ditawarkan jenama varta (Blue Dynamic) adalah NS40ZL, M42, NS60, D23, NS70, LN1, LN2, dan LN3.
Manakala, saiz bateri yang agak rare atau jarang dijumpai oleh jenama lain tetapi ditawarkan oleh varta (Silver Dynamic) seperti N55,Q85, S95, LN2, LN3 , LN4, LN5 dan LN6 dari jenis EFB dan AGM.
Harga bateri kereta Varta
Bateri varta juga turut ada tawarkan bateri murah (Black Dynamic) tetapi agak susah nak dapat dibandingkan bateri standard atau pertengahan (Blue Dynamic) bermula dari sekitar RM230 (NS40ZL) dan paling mahal hingga RM500 (LN3).
Manakala, bateri varta premium (Silver Dynamic) pula bermula dari harga RM290 (M42 EFB) hingga boleh mencapai harga (LN6 AGM) berjumlah RM1700.
13. Bateri kereta ABM
Jenama bateri kereta abm sebenarnya tidak begitu dikenali. Tetapi ianya berasal dari negara Malaysia dan menjadi pembekal utama bagi kereta perodua yang model utamanya adalah seperti axia dan bezza yang tidak menggunakan sistem eco-idle.
Saiz bateri kereta ABM
Keluaran saiz bateri bagi abm juga sebenarnya adalah terhad jika anda nak cari di mana-mana kedai bateri kereta. Jika ada pun boleh jumpa secara online dan pilihan saiz yang tidak banyak pilihan.
Jadi, kebanyakkan dari pemilik kereta axia dan bezza susah untuk mendapatkan bateri original dari kilang perodua sediakan dan akan bertukar kepada bateri jenama lain.
Antara saiz bateri kereta abm boleh didapati secara online adalah seperti 55B24, 80D26/NS70 dan juga DIN74/LN3.
Harga bateri kereta ABM
Untuk harga yang ditawarkan oleh bateri ABM sebenarnya macam tak percaya bila melihatnya. Kadang rasa tak masuk akal pun ada sebab terlalu murah.
Untuk saiz B24, harga bermula dari RM170 sahaja. Manakala, bagi bateri NS70 pula bermula dengan RM230, Dan bateri yang agak besar seperti DIN74 pula bermula dari RM270 sahaja.
14. Bateri kereta Osima
Bateri jenama osima merupakan produk keluaran Malaysia. Kalau kita lihat ada saja pilihan bateri ini di pasaran bateri kereta.
Macam tak percaya dari awal tapi ternyata banyak juga bateri kereta berasal dari tempatan/local. Produk Malaysia juga antara jenama yang diyakini dengan kualiti sebenarnya.
Saiz bateri kereta Osima
Antara saiz bateri kereta osima yang dihasilnya dijual di pasaran adalah seperti 40B19L (NS40ZL), 46B24LS (NS60LS), 75D23L, 75D26L (NS70L),90D31R dan 95D31R (N70R), DIN55L dan DIN55R (LN2), DIN66L (LN3L) dan DIN100 (LN5), N100, N120, N150 dan N200. Ini merupakan campuran antara saiz dan jenis bateri osima kering dan juga basah.
Manakala, terdapat juga tawaran bateri EFB dan AGM oleh jenama osima ini iaitu 55B19 (M42 EFB), 105D23L (Q85 EFB,115D26L (S95 EFB), VRL 3 70 H6 (AGM) , VRL 4 80 H7 (AGM) dan VRL 5 92 H8 (AGM).
Harga bateri kereta Osima
Untuk harga bateri kereta osima sememangnya berbaloi untuk dimiliki kerana tawaran yang diberikan adalah berpatutan. Ini bermakna harga tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.
Bateri paling murah boleh dapat untuk saiz paling kecil 40B19 iaitu sekitar RM150 sahaja. Manakala, tawaran antara paling tinggi untuk sebuah bateri osima paling berkuasa seperti bateri N200 adalah sekitar RM900 sahaja.
15. Bateri kereta Rocket
Bateri kereta jenama rocket berasal dari korea selatan. Uniknya bateri ini mempunyai kebenaran sirim yang memberikan keyakinan ketika hendak memakai. Bateri ini hanya dijual di website mereka dan di kedai bateri mereka yang utama. Mereka juga ada beberapa cawangan di sekitar lembah klang. Jenama-jenama lain juga turut mereka ada jual selain bateri jenama rocket. Setakat ini jualan secara online selain website mereka juga ditemui.
Saiz bateri kereta Rocket
Tawaran bagi pelbagai saiz bateri oleh jenama rocket adalah banyak. Untuk bateri standard dikenali sebagai bateri rocket smf. Manakala, untuk yang agak rare dikenali sebagai bateri rocket premium, EFB dan juga AGM.
Antara saiz asas bateri yang jenama rocket ini ada adalah seperti NS40ZL, NS60, NS70, D23 dan banyak lagi sebenarnya.
Harga bateri kereta Rocket
Untuk harga bateri kereta adalah masih berbaloi untuk dibeli dengan permulaan harga bateri rocket smf sekitar RM200 hingga RM250 sahaja. Manakala, harga bateri premium rocket adalah bermula sekitar RM300 hingga RM340 sahaja.
14. Bateri kereta Road Master
Jenama bateri kereta road master mungkin jarang didengari oleh anda, tapi bila ianya dibawah jenama utama century bateri, maka bateri road master terus mendapat kepercayaan penuh.
Kelebihan pada bateri road master ini adalah tawaran warranty yang diberikan adalah sekitar 16 bulan. Dibandingkan bateri century hanya 12 bulan sahaja.
Saiz bateri kereta Road Master
Banyak juga pilihan saiz bateri road master ini bermula dari NS40ZL hinggalah N200 yang merupakan permintaan yang sangat tinggi dipasaran.
Jenis bateri road master hanya fokus kepada jenis kering atau maintenance free (MF/Dry) sahaja dengan mengutamakan kualiti.
Harga bateri kereta Road Master
Dari segi harga bateri road master pula, ianya tidaklah terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Paling murah harga boleh didapati sekitar RM200 dan paling mahal pun sekitar RM600.
Ianya masih menjaga kualiti dan standard harga sesebuah bateri kereta di pasaran negara ini dan yang paling penting adalah harga lebih berbaloi seiring dengan tawaran warranty.
15. Bateri kereta Munster Robust
Sekiranya anda nampak jenama bateri kereta munster robust dijual secara online, maka ketahuilah ianya merupakan antara syarikat OEM pembekal bateri kereta yang agak meluas di negara kita.
Warranty juga disediakan selama 1 tahun yang merupakan asas kepada mana-mana jenama bateri berikan kepada bateri baru.
Saiz bateri kereta Munster Robust
Berdasarkan pemerhatian secara online, fokus jenama ini adalah pada bateri jenis kering atau maintenance free (MF/CMF) secara asas. Ada juga jenis EFB tetapi memang tak banyak pilihan lebih-lebih lagi saiz lebih besar.
Saiz asas seperti NS40ZL, NS60, D23, LN2, LN3, D26/NS70 dan N70 turut ada. Manakala, bagi jenis EFB bateri M42 juga turut ada.
Harga bateri kereta Munster Robust
Untuk harga bateri yang jenama munster robust ini tawarkan agak rendah sebenarnya dalam kalangan bateri jenis kering (Dry/MF).
Anda boleh dapatkan bateri NS40ZL dengan harga minima RM190 sahaja dan untuk jenis EFB saiz sama dengannya dengan harga RM310 sahaja.
Manakala, bagi antara kod bateri paling besar seperti N70 ditawarkan dengan harga sekitar RM400 sahaja. Harga ini sebenarnya berada di tahap pertengahan dalam kalangan jenama-jenama besar tawarkan.
16. Bateri kereta MF12
Sekiranya anda melihat jenama bateri kereta yang tertera nama MF12, ianya merupakan salah sebuah keluaran dari jenama bateri ternama iaitu Century.
Jadi jika terjumpa bateri jenama MF12, maka ianya sudah tentu dipercayai dan mempunyai kualitinya tersendiri hasil dari jenama bateri yang kukuh di negara kita.
Kelebihan bateri kereta MF12 adalah sesuai untuk cuaca di negara kita yang panas dan lembab. Ada masa cuaca panas dan ada masa hujan lebat.
Selain itu, bateri MF12 ini direka khas untuk kalis gegaran dan hentakan yang boleh memberikan ketahanan bateri.
Saiz bateri kereta MF12
Pilihan saiz bateri kereta MF12 juga turut banyak sebenarnya. Nak cari yang paling kecil seperti NS40ZL pun ada dan paling besar pun ada seperti DIN100.
Semuanya adalah saiz bateri MF12 yang asas untuk jenis bateri kering atau maintenance free (Dry/MF) sahaja. Tiada jenis bateri yang lain ditawarkan oleh jenama ini.
Kebanyakkan jenama bateri kereta MF12 amat mudah didapati di kedai yang mempunyai signboard jenama Century Battery.
Kedai-kedai bateri yang besar juga turut ada tetapi saiznya akan terhad atau tak banyak pilihan. Pilihan bagi nak beli bateri jenama MF12 salah satunya juga boleh dibeli secara online.
Harga bateri kereta MF12
Untuk harga bateri kereta MF12 yang ditawarkan adalah sedikit tinggi sebenarnya. Kemungkinan besar disebabkan faktor kelebihan yang tawarkan oleh bateri ini.
Harga bateri paling kecil seperti NS40ZL boleh didapati dengan harga permulaan RM300 sahaja. Manakala, harga paling mahal yang diberikan bagi saiz seperti DIN100 pula adalah mencapai hingga RM700 sahaja.
17. Bateri kereta Tachi
Bateri kereta tachi sebenarnya berasal dari Jepun boleh anda lihat banyak dijual secara pasaran online. Pilihan beberapa saiz dan jenis boleh didapati tetapi ia sebenarnya agak terhad.
Namun, ianya tetap memberi warranty atau jaminan 1 tahun kepada setiap pemilik yang membeli bateri baru ini.
Saiz bateri kereta Tachi
Antara pilihan bateri saiz bateri tachi yang boleh dilihat di pasaran dalam talian adalah seperti 40B20L (NS40), 60B24 (NS60) untuk jenis kering atau free maintenance (MF) dan NS60 dan NS70 untuk bateri jenis basah atau conventional (WET).
Antara yang sering menjadi pertanyaan dan permintaan bagi kereta yang menggunakan sistem eco-idle atau auto start-stop function turut ada disediakan iaitu bateri EFB M42 atau kod 65B20.
Harga bateri kereta Tachi
Sedikit keunikan pada bateri kereta tachi ini adalah dari segi harganya yang agak sangat murah. Ada yang sangsi tetapi dengan kelebihan yang disertakan warranty 1 tahun memulihkan keyakinan semula ditambah dengan review sebenar dari pembeli pada jualan kedai online tersebut.
Harga bateri NS40 yang baru boleh anda dapati dengan harga bermula dari RM150 sahaja bagi jenis kering. Manakala, untuk bateri EFB M42 boleh didapati bermula sekitar RM230 sahaja.
18. Bateri kereta Voltec
Bateri kereta jenama voltec merupakan keluaran dari syarikat baterihub yang merupakan salah satu syarikat menjual bateri kereta tempatan sejak dari tahun 2011 lagi.
Bateri voltec dilancarkan sejak dari tahun 2025 dan mula mendapat tempat dan kepercayaan dihati pemilik kenderaan.
Jika anda lihat sendiri mereka mempunyai website sendiri dan untuk membeli bateri ini secara dalam talian juga boleh dapati secara terus dari syarikat baterihub.
Ini bermaksud syarikat ini menjual secara online di website, lazada, dan shopee oleh syarikat mereka sendiri. Keyakinan lebih boleh diperoleh secara tinggi kerana apa-apa berkaitan bateri voltec anda berurusan secara terus dengan mereka.
Saiz bateri kereta Voltec
Terdapat banyak pilihan saiz dan jenis bateri voltec ini. Hampir kesemua kod bateri ianya ada sebenarnya.
Dari asas seperti NS40ZL, NS60, D23, NS70, D31 pun juga turut ada. Manakala, bateri jenis bateri voltec juga turut pelbagai antaranya maintenance free/kering (MF), hybrid/basah (WET), EFB dan juga AGM.
Kelebihan pelbagai pilihan turut diberikan dengan pembahagian kategori ketahanan iaitu bateri voltec PRO dan Hybrid WET untuk biasa dan bateri voltec EVO, EVO EFB dan EVO AGM untuk ketahanan lebih kuat dan lama.
Harga bateri kereta Voltec
Merujuk harga bateri kereta voltec secara online, anggaran bagi permulaan bateri saiz paling kecil seperti bateri voltec PRO NS40ZL (42B19) adalah sekitar RM265 sahaja dan bateri voltec hybrid wet NS40ZL (42B20) pula bermula RM235 sahaja dan lebih kuasa bateri voltec EVO NS40ZL (50B20) pula bermula RM305 sahaja.
Daripada saiz bateri paling kecil ini mudah untuk anda anggarkan saiz-saiz bateri yang lebih besar daripada berbeza jenis bateri voltec sediakan.
Pendapat kami ianya sedikit mahal namun tetap memberi kelebihan dari segi kepelbagaian pilihan dan juga pilihan warranty minima 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan, 15 bulan dan maximum adalah 18 bulan.
Adakah setiap kereta wajib tukar bateri jenama yang sama dengan yang sebelum ini?
Jawapannya ada tidak wajib. Mungkin anda terfikirkan mengenai keberkesanan sesebuah bateri kereta itu perlu dikekalkan dengan menggunakan jenama bateri yang sama.
Namun, sebenarnya ia adalah antara salah satu faktor kecil sahaja yang dari dulu memberikan kepercayaan hampir kepada setiap orang untuk lakukan perkara ini,
Lebih-lebih lagi bagi anda yang baru sahaja beli kereta sekitar 2 -3 tahun dan nak tukar jenama bateri yang keluarga atau rakan atau pihak kedai bateri sarankan.
Jenama bateri kereta yang ada di negara kita ibarat tumbuh bagai cendawan. Dengan tawaran saiz dan jenis bateri yang sama, jenama-jenama bateri yang sudah terlalu banyak ini boleh memeningkan pemilik kereta.
Akan tetapi kelebihan pada banyaknya jenama bateri kereta sebenarnya membawa kepada persaingan secara sihat dalam memberikan kualiti terbaik kepada setiap penggunanya.
Jadi, sekiranya anda ingin mencuba sesebuah jenama bateri kereta, ianya sangatlah digalakkan. Namun dalam masa yang sama perlulah mengikuti spec yang sama terutamanya dari segi ukuran fizikal bateri untuk kereta anda.
Yang penting bukanlah melihat pada jenama bateri kereta sebagai keutamaan, tetapi melihat pada bacaan kod pada bateri kereta lama anda sebagai rujukan asas contohnya seperti ns40zl atau ns60.
Harga, Jenis dan Saiz bateri kereta
Sebelum anda membeli bateri, pastikan anda tahu jenis,saiz (kod bateri) dan harga yang diperlukan. Kami telah mengumpulkan data lengkap untuk lebih 50+ model kereta di Malaysia dalam satu panduan khas. Semak senarai harga dan saiz bateri terkini di sini : Harga, jenis & saiz bateri kereta
Bateri kereta kong
Bateri kereta kong merujuk kepada keadaan bateri yang sudah tidak berfungsi dengan baik, biasanya disebabkan oleh pengecasan yang tidak mencukupi atau usia bateri yang sudah tua. Apabila bateri kong, ia tidak dapat memberikan kuasa yang diperlukan untuk menghidupkan enjin kereta, menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan. Tanda-tanda bateri kereta kong termasuk cahaya dashboard yang malap, enjin yang sukar dihidupkan, atau bunyi “klik” apabila cuba menghidupkan enjin. Untuk mengatasi masalah ini, pemilik kereta perlu menggantikan bateri dengan yang baru atau memastikan sistem pengecasan berfungsi dengan baik agar bateri tidak cepat rosak.
Bateri kereta tahan berapa lama
Bateri kereta tahan berapa lama umumnya mempunyai jangka hayat antara 2 hingga 5 tahun, bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis bateri, penggunaan kenderaan, dan keadaan cuaca. Bateri yang lebih berkualiti seperti jenis AGM (Absorbent Glass Mat) atau bateri kering mungkin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding bateri basah biasa. Selain itu, cara penggunaannya juga mempengaruhi ketahanan bateri; penggunaan yang sering, seperti banyak perjalanan pendek, atau kerap meninggalkan kereta dalam keadaan enjin tidak hidup, boleh menyebabkan bateri cepat habis.
Cuaca juga memainkan peranan penting dalam jangka hayat bateri. Di kawasan yang panas, seperti di Malaysia, suhu tinggi boleh menyebabkan bateri lebih cepat kehilangan kapasiti dan mungkin tidak bertahan lama. Oleh itu, pemeriksaan berkala dan penjagaan yang betul seperti memastikan sistem pengecasan berfungsi dengan baik boleh membantu memanjangkan hayat bateri kereta. Jika bateri menunjukkan tanda-tanda seperti sukar menghidupkan enjin atau lampu dashboard malap, itu adalah petanda bahawa bateri mungkin sudah hampir “kong” dan perlu diganti.
Cas bateri kereta
Untuk memastikan bateri kereta berfungsi dengan baik, cas bateri kereta adalah penting. Bateri kereta yang dicas dengan betul akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Cas bateri boleh dilakukan menggunakan pengecas bateri khas atau melalui sistem pengecasan kereta itu sendiri, yang menghidupkan bateri semasa enjin berjalan. Pastikan tahap cas bateri sentiasa optimum untuk mengelakkan masalah seperti kereta tidak boleh dihidupkan. Jika bateri kereta cepat habis, ini mungkin menunjukkan masalah dengan alternator atau bateri yang perlu diganti.
Tukar bateri kereta
Tukar bateri kereta perlu dilakukan apabila bateri lama menunjukkan tanda-tanda keletihan seperti enjin sukar dihidupkan atau sistem elektrik tidak berfungsi dengan baik.
Bateri kereta biasa mempunyai jangka hayat antara 2 hingga 3 tahun, bergantung kepada penggunaan dan keadaan cuaca.
Sebelum menukar bateri, pastikan anda memilih jenis bateri yang sesuai mengikut spesifikasi kereta, seperti kapasiti dan saiz yang tepat.
Proses penukaran bateri harus dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada sistem elektrik kereta dan memastikan sambungan yang betul.
Boleh ke tukar bateri kereta di luar dari pusat service center (SC)? Warranty tak viod ke?
Memang banyak persoalan ini ditanya di pelbagai sudut terutamanya anda baru sahaja membeli kereta dan kereta masih ada lagi baki warranty.
Sayangnya nak void warranty oleh sebab nak tukar bateri kereta kat kedai luar. Ramai yang terfikir nak tukar di kedai luar tetapi rasa cuak pula takut nanti ada masalah lain pula yang terlibat. Tetapi jawapannya adalah BOLEH dan tak void warranty pun.
Kenapa boleh begitu ?Ok benda ini perlu anda perhatikan betul-betul jika serius dalam nak jaga warranty kereta baru terutamanya anda menggunakan kereta :
- Perodua axia, bezza, myvi, ativa, alza aruz, traz
- Proton saga, persona, s70, x50, x70, x90
- Honda city, honda civic, honda wrv, honda hrv,honda crv
- Toyota yaris, toyota vios, toyota corolla, toyota corolla cross, toyota hilux, innova zenix
- Mitsubishi xpander, xforce, triton
- Nissan almera turbo, nissan leaf, nissan serena, nissan navara, nissan x-trail
- Pelbagai model dan jenama lagi keluaran baru.
Setiap penukaran bateri wajib anda tukar dengan jenis dan saiz yang betul-betul sama dengan bateri keluaran kilang. Ianya tidak terikat kepada jenama, tapi lebih kepada power supply, fungsi dan saiz fizikal yang sama.
Contohnya seperti bateri efb m42 untuk axia gen 2 (spec AV dan SE) perlu anda ganti kepada bateri efb m42 yang sama supaya keperluan kereta ini mencukupi untuk kegunaannya.
Salah satu faktor perlu mengikut spesifikasi bateri yang bakal anda tukar tu sama adalah ciri-ciri yang perlu dijaga mengikut keperluan. Contoh mudah lagi seperti bateri kereta biasa tidak dapat support keperluan alternator dan juga starter kereta teknologi eco-idle.
Selain itu, tiada perubahan pada kepala wayar yang nak diikat pada terminal bateri kereta. Kadang-kadang stok bateri kereta tiada di sesebuah kedai bateri. Contohnya bateri saiz yang sama yang bezanya adalah saiz terminal sahaja. Tetapi terdapat alternatif lain iaitu menukar kepala wayar positif dan negatif kepada yang lebih besar/kecil. Ini adalah salah satu punca SC akan mencari point ketika warranty anda hendak dilakukan.
Dan yang paling penting , dalam penukaran bateri kereta baru di luar, simpan resit tersebut supaya anda tahu warranty bateri boleh dibuat pada kedai bateri, tetapi bukan di SC. Kadang-kadang kekeliruan mudah berlaku sebab anda dah mula buat beberapa penukaran di tempat yang berbeza.
Ini bukan untuk menakutkan, tetapi tindakan ini adalah satu perkara yang berani dan dalam masa yang sama tidak melanggar warranty.
Maklumat tambahan, jika bateri kereta baru anda masih di bawah warranty contohnya seperti 1 tahun penggunaan atau di bawah 20,000km (mengikut jenama kereta juga) dan salah satunya tiba terlebih dahulu, barulah anda terus ke SC sebelum bertindak untuk tukar bateri kereta yang baru.
Peringatan ini adalah penting sebab ada orang malas nak fikir, dan bertindak terus nak tukar bateri kereta baru, tetapi jika ianya sudah kong lebih cepat, lebih baik anda rujuk di SC kerana barangkali masalah yang datang bukan dari bateri kereta.
Bateri kereta EFB
Apakah itu bateri kereta EFB? Bateri kereta efb yang membawa maksud enhanced flooded battery yang diciptakan khas kepada kereta-kereta yang dilengkapi teknologi sistem eco-idle.
Sistem eco-idle dalam erti kata mudah memberikan manfaat penjimatan bahan api kereta anda lebih-lebih lagi ketika ianya menghadapi aliran trafik yang tinggi seperti trafik jem.
Ketika anda menekan brek kereta sepenuhnya, enjin kereta akan dimatikan, namun sistem seperti aircond dan aksesori seperti radio dan lampu kereta tetap masih berfungsi.
Jika anda melepaskan pedal brek untuk menggerakkan kereta, maka dalam pengiraan dalam kadar 1 hingga 2 saat, enjin kereta akan dihidupkan kembali bagi proses menggerakkan kereta.
Kenapa harga bateri kereta efb mahal ?
Harga bateri kereta efb sedikit mahal dibandingkan bateri kereta biasa (kering dan basah) kerana ianya mempunyai fungsi menampung menghidupkan enjin kereta berkali-kali jauh dibandingkan bateri biasa.
Ini memberikan ketahanan yang bagus kepada kereta yang yang dilengkapi teknologi eco-idle dan dalam masa yang sama menjimatkan minyak kereta kerana enjin kereta tidak dihidupkan ketika menghadapi jem yang teruk.
Kenapa harga bateri basah EFB lagi mahal berbanding bateri basah yang biasa ?
Sekiranya anda lihat pada harga pasaran untuk bateri basah yang biasa merupakan sebuah bateri yang paling murah dalam kalangan kodnya dan lebih murah dibandingkan bateri kering.
Namun, bila lihat pada harga bateri basah EFB pula sebaliknya berlaku ianya lebih mahal dibandingkan bateri basah biasa dan lebih mahal dibandingkan bateri EFB jenis kering (dry/mf).
Mesti anda tertanya-tanya mengapa ianya terjadi bukan?Persoalan ini lebih-lebih lagi dapat dilihat kepada pemilik kereta yang pertama kali nak tukar bateri sebaik sahaja bateri original kilang itu sudah kong.
Bila check harga pasaran, siapa tak terkejut bateri yang digunakan itu merupakan bateri yang mahal.
Salah satu sebab utama mengapa bateri EFB basah jauh lebih mahal adalah kerana tidak banyak jenama yang menjual bateri EFB basah di pasaran dan ianya agak rare sebenarnya.
Jika anda lihat seperti GS Yuasa dari bateri kilang itu merupakan pembekal kepada beberapa model kereta perodua seperti Axia, Alza dan juga Ativa.
Jadi, ianya dicipta khas sebagai pembekal utama kepada model tersebut dan secara minor jika mempunyai permintaan di pasaran luar dari pihak kilang.
Oleh itu, ada 3 pilihan untuk anda lakukan sekarang :
- Check semula berapa lama dah bateri EFB basah yang dah kong sekarang anda gunakan. Jika bawah 2-3 tahun sudah kong, maka sila check air bateri EFB anda. Bateri boleh kong jika air bateri tidak diisi dengan berjadual. Lebih-lebih lagi anda dah buat service di luar selain dari SC. Jika masih di SC, pihak SC akan bantu untuk topup air bateri EFB ini. Atau kemungkinan juga pihak SC terlupa nak topup dan berlaku bateri kong disebabkan kekurangan air bateri EFB.
- Anda boleh tukar kepada jenama dan jenis bateri yang sama tetapi harga agak mahal sekiranya anda selesa menggunakan bateri basah EFB. Ketika membeli check dahulu sama ada ianya merupakan keluaran EFB atau M42. Lihat pada fizikal bateri tersebut dihadapan ianya mempunyai tulisan upper dan lower level (walaupun luaran kotak menulis MF maintainence) sebagai tanda ianya adalah bateri basah EFB untuk jenama yang sama seperti original bateri kereta anda.
- Dan anda juga boleh beralih kepada bateri kering EFB (dry/mf) dengan jenama lain. Namun, bagi jenama gs yuasa yang sama dari kilang tidak mempunyai EFB (dry/mf). Kelebihannya adalah tidak perlu dijaga air bateri kereta ini dan gunakan hingga ianya mencapai tempoh habis.
Pesanan penting :
Elakkan dari tersalah beli bateri jenis basah biasa kerena ianya lebih murah dibandingkan bateri basah EFB, kerana ianya bakal merosakkan sistem eco-idle start-stop yang memerlukan tanggungan beban berlebihan kepada teknologi itu sendiri. -MekanikaKereta
Boleh ke kereta eco-idle menggunakan bateri selain EFB?
Kereta seperti myvi gen 3, bezza advance, axia gen 2 D74A (spec AV dan SE), aruz, alza gen 2(D27A) dan ativa boleh menggunakan bateri biasa (MF dan Wet).
Tetapi ianya adalah tidak digalakkan sama sekali kereta ketahanannya hanya akan dapat digunakan sekitar 6 hingga 12 bulan sahaja (atau kurang).
Ini merupakan satu kerugian sebenarnya dibandingkan perlu membayar harga sedikit tinggi untuk bateri jenis EFB.
Selain itu, alternator, starter dan lain-lain barangan elektrik juga akan bekerja lebih keras untuk menampung sistem eco-idle ini.
Jika kereta anda masih dalam warranty, adalah satu risiko terhapan perlindungan barangan elektrik kereta untuk jangka masa pendek.
Bagaimana cara bezakan bateri kereta EFB dan bateri biasa?
Bateri kereta EFB secara mata kasar akan dilabel dari luar dengan menyatakannya ianya adalah “EFB”. Secara teknikal nak lihat pada bateri kereta EFB dengan merujuk kepada bacaan kod bateri seperi 60B20L.
Bateri biasa hanya akan gunakan jumlah aH yang lebih kecil dengan saiz bateri yang sama contohnya seperti 38B20L. Bacaan hadapan kod yang penting bagi menentukan jumlah aH secara teknikal. Tidak dilupakan juga ukuran bateri kereta tetap sama iaitu B20L atau B19L.
Hubungan bateri kereta terhadap sistem aircond kereta
Ramai yang tidak sistem aircond kereta merupakan antara komponen yang menarik beban paling tinggi dalam kereta anda. Walaupun aircond digerakkan oleh enjin, tetapi sistem kawalannya sangat bergantung kepada kestabilan voltan dari bateri kereta anda.
Adakah tukar kepada bateri kereta yang baru mampu bantu memulihkan sistem aircond kereta anda?
Kadang-kadang anda akan perasan atau boleh ke arah rasa terganggu bila berlaku tiba-tiba aircond terasa perlahan ketika memandu atau sedang berada dalam keadaan tidak bergerak.
Adakah ini disebabkan oleh bateri kereta dah lemah? Atau jika bateri kereta masih baru, mengapa ianya masih berlaku juga?
Jawapannya adalah YA dan TIDAK. Berikut adalah penjelasannya :
- Ya (jika masalah voltan) : Jika bateri anda sudah lemah, maka kompressor kereta anda perlu bekerja lebih keras dibandingkan ketika arus voltan stabil. Ini memberi kesan kepada enjin seperti ditarik dan kipas aircond berpusing perlahan. Menukar kepada bateri baru boleh menyelesaikan masalah aliran beban voltan ini, aircond dapat berfungsi semula dengan baik dan dalam masa yang sama aircond tidak lagi perlahan.
- Tidak (jika masalah teknikal) : Jika kompressor sudah bermasalah atau masalah lain berkaitan aircond yang lain, tukar bateri baru yang lebih mahal atau tinggi CCA pun tidak akan selesaikan masalah ini. Jika dah tukar bateri baru dan masih sama, maka rujuklah ke kedai aircond untuk memeriksa tekanan gas.

Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta manakah yang sesuai ? - Mekanikakereta
Pingback: Cas bateri kereta perlu atau tidak ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta kong yang sedang anda alami - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Honda : Rujukan Semua Model - Mekanikakereta
Pingback: Tukar bateri kereta mengikut kereta yang anda gunakan - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Proton : Segalanya mengenai model berkaitan - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Toyota : Rujukan penting setiap model - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Mitsubishi : Pesaing jenama terkemuka - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Nissan : Jenama terkemuka - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Naza : Model yang ada - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Ford : Antara pesaing rapat - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Suzuki : Unik dan Terbaik - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Amaron : Antara pesaingan kuat - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Century : Pilihan untuk ketahanan - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta Camel : Antara Jenama Unggul - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Astra : Jenama meningkat naik - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Yokohama : Antara Jenama Terkemuka - Mekanikakereta
Pingback: Harga Bateri Kereta Mengikut Model dan Spesifikasi - Mekanikakereta
Pingback: Panduan Harga, Jenis & Saiz Bateri Kereta 2026 - Mekanikakereta