Jenis bateri kereta manakah yang sesuai ?
Pencerahan jenis bateri kereta
Jenis bateri kereta. Apakah itu sebenarnya jenis bagi bateri kereta ? Apakah anda mempunyai pilihan untuk memilih jenis bateri kereta mengikut kriteria yang anda hendaki ?
Setiap kereta pasti mempunyai ciri-ciri jenis bateri kereta yang sesuai untuk digunakan. Anda tidak boleh menggunakan bateri kereta yang salah. Hal ini demikian, akan berkait rapat dengan fungsi yang diperlukan oleh kereta anda secara teknikal.
Ramai yang keliru akan kedua ini iaitu jenis bateri kereta dan saiz bateri kereta. Keduanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang perlu diteliti oleh anda.
Selain itu, jenis bateri kereta juga amat perlu diketahui oleh anda sebagai pemilik kereta. Tidak semua jenis bateri kereta boleh dipakai tanpa sebarang maintainance.
Jika maintainance tidak dibuat dengan baik, maka akibatnya akan dikembalikan kepada anda sendiri. Contohnya, bateri kereta akan kerap habis atau kong boleh menjejaskan perjalanan anda.
Jenis-jenis bateri kereta
Terdapat beberapa jenis bateri kereta yang dijual di pasaran di negara kita. Antaranya adalah seperti berikut :
- Bateri kereta kering
- Bateri kereta basah
- Enhanced Flooded Battery (EFB)
- Absorbent Glass Mat (AGM)
1. Bateri kereta kering
Jenis bateri kereta kering ini merupakan antara yang terawal digunakan oleh setiap kereta di negara kita. Pengunaannya sangatlah meluas sehingga hampir setiap jenama bateri kereta akan mengeluarkan bateri kereta jenis kering untuk setiap produk mereka.
Antara sebab permintaan tinggi oleh bateri kereta kering adalah kerana ianya amat mudah untuk diselenggara atau zero maintainance. Ciri-ciri pada zero maintainance ini memudahkan para pemilik kereta untuk terus memilih jenis bateri kering tanpa perlu berdalih lagi.
2. Bateri kereta basah
Menjadi pesaing terdekat adalah jenis bateri kereta basah. Jenis bateri basah merupakan pilihan kedua setelah bateri kereta kering. Hal ini demikian, penjagaannya tidak semudah pilihan bateri kering.
Namun, bateri kereta basah ini lebih mudah dijaga sekiranya anda tahu akan caranya. Penjagaan takat air bateri kereta merupakan peranan penting untuk bateri kereta basah. Jika dijaga dengan teratur, maka memberikan anda kelebihan pada anda terutamanya pada ketahanan bateri kereta tersebut.
3. Bateri EFB (Enhanced flooded battery)
Keluara kereta sekarang memerlukan ketahanan yang lebih dibandingkan jenis bateri kereta biasa. Bateri EFB ini menyokong teknologi idle system atau eco idle pada kereta-kereta terkini.
Bilangan start-stop yang lebih banyak sesuai dengan fungsi jenis bateri EFB ini. Kelebihan menggunakan jenis bateri EFB adalah memberikan manfaat terhadap penggunaan bahan api yang lebih efesion ketika menghadapi trafik yang tinggi.
4. Bateri AGM (Absorbent glass mat)
Pilihan lain kepada bateri EFB adalah bateri AGM itu sendiri. Bateri kereta jenis AGM adalah untuk kereta yang menggunakan start-stop function yang lebih tinggi. Jika kereta anda sedang menggunakan bateri AGM, maka akan datang perlu menggunakan jenis bateri AGM yang sama.
Namun, ianya tidak terhad kepada jenama bateri kereta yang sama. Hal ini kerana, bateri AGM membekalkan tenaga yang kuat dibandingkan dengan bateri EFB.
Jenis bateri kereta mengikut model kereta
Jadual di bawah merupakan jenis bateri kereta yang boleh anda gunakan pada model-model dan jenama kereta. Ianya lebih kepada jenis2 bateri kereta secara keseluruhan untuk kereta yang sama bagi model awal hinggalah model terkini.
Kenal pasti model dan generasi kereta apakah yang sedang anda gunakan untuk mendapatkan jenis bateri kereta yang sesuai. Ciri-ciri yang salah tidak boleh anda gunakan pada kereta anda. Jika masih boleh digunakan pun, ianya pasti mempunyai tempoh yang singkat.
Model kereta | Jenis bateri kereta |
Jenis bateri kereta axia | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta myvi | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta bezza | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta viva | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri kereta alza | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta aruz | 1. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta persona | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta preve | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri kereta proton exora | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri kereta saga flx | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri kereta wira 1.5 | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri kereta honda city | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah 3. Bateri kereta EFB |
Jenis bateri kereta vios | 1. Bateri kereta jenis kering 2. Bateri kereta jenis basah |
Jenis bateri amaron
Setiap jenama bateri kereta akan menyediakan spesifikasi yang diperlukan oleh sesebuah kereta. Jenis battery kereta yang tepat pasti akan memudahkan para pemilik kereta untuk memilih jenama bateri yang sesuai dengan mereka.
Contohnya, jenis bateri amaron pastinya menyediakan bateri kereta jenis kering dan juga EFB. Kelebihan jenis bateri amaron adalah dengan mendahulukan faktor zero maintainance untuk kemudahan dengan menggunakannya hingga ianya habis.
Jenis bateri kereta yang tahan lama
Jika anda tertanya-tanya jenis bateri kereta yang tahan lama manakah sesuai untuk anda, anda mungkin perlu bertanya semula kepada diri anda. Hal ini demikian, peratusan yang besar sebenarnya bergantung kepada anda sendiri yang menggunakan sesebuah kereta.
Semua jenis bateri kereta adalah tahan lama. Yang membuatkan ianya tidak tahan lama antaranya adalah seperti berikut :
- Kekerapan penggunaan kereta sama ada harian, mingguan, bulanan dan juga jarang-jarang.
- Penambahan aksesori berlebihan yang melibatkan bahan elektronik dalam kereta.
- Penjagaan servis kereta yang baik atau sebaliknya.
Hanya peratusan kecil sahaja yang melibatkan jenis bateri kereta itu tahan atau tidak. Masing-masing mempunyai ciri-ciri yang anda kehendaki. Yang penting anda perlu menilai berdasarkan fungsi sesuai dengan anda sebagai pemilik kereta.
Baca juga : Bateri kereta tahan berapa lama
Pingback: Jenis bateri kereta Viva - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta Bezza - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta Aruz - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Maklumat Saiz bateri kereta lengkap - Mekanikakereta