Bateri kereta Perodua Traz : Compact SUV pilihan utama kini
Bateri kereta Perodua Traz. Bateri kereta apakah yang paling sesuai digunakan oleh kereta Perodua Traz dan ciri-ciri manakah yang diperlukan oleh kereta ini?
Perodua Traz pun pakai bateri kereta 12V macam kereta-kereta lain. Bateri kereta ini adalah punca utama ketika anda nak hidupkan enjin.
Masuk saja kereta, tekan push-start button dan enjin hidup. Di sinilah peranan utama bateri kereta walaupun hanya 12V sahaja menjadi penentu sama ada kereta boleh bergerak lepas itu atau pun tidak.
Masa dah start enjin kereta Perodua Traz, bateri kereta dah serahkan tugas kepada alternator untuk bekerja mengecas dan membekalkan tenaga yang diperlukan peralatan elektrik dan elektronik dalam kereta.
Oleh itu, walaupun bateri kereta macam kecil saja, ianya memainkan peranan besar sebagai pemula kepada segalanya.
Sebab itulah, anda diwajibkan untuk tahu akan spesifikasi bateri kereta yang Perodua Traz gunakan agar tidak tersalah beli bateri dan dapat memanfaatkan bateri kereta yang diperlukan.

Saiz bateri kereta Perodua Traz
Ini antara yang paling best bila anda memiliki Perodua Traz, iaitu saiz bateri yang digunakan adalah antara paling terbanyak ada dipasaran.
Kod saiz bateri Perodua Traz gunakan ini adalah NS40ZL. Kod ini memang tak pening kepala nak cari kat mana-mana kedai bateri kereta.
Kalau kereta tiba-tiba tersadai di kawasan bukan kedai bateri kereta, paling minima bengkel baiki kereta atau kedai tayar atau kedai aksesori kereta pasti akan ada stok bateri ini.
Jadi, tak perlu pun nak call pusat servis perodua (SC) semata-mata bateri kong dan towing bawa ke sana untuk ganti bateri baru (untuk bateri kereta Perodua Traz yang dah tamat warranty).
Biasa pihak SC perodua akan beri warranty pada bateri kereta sahaja iaitu 1 tahun atau 20,000km mana-mana tiba dahulu.
Jika dah lebih antara dua tempoh tersebut, maka anda kena keluar duit sendiri dan waktu tu dapatkan saiz bateri Perodua Traz bukanlah masalah bagi anda.
