Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara cek bateri kereta kong

Cara cek bateri kereta kong. Bagaimanakah untuk anda ketahui situasi bateri kereta kong yang sedang terjadi kepada kereta anda terutamanya anda sudah pastikan beberapa tanda bateri kereta kong ?

Tanda-tanda bateri kereta kong pasti akan wujud kepada anda yang sering memandu sesebuah kereta. Anda boleh kenal pasti jika keadaan kereta anda adalah diluar dari kebiasaan ianya bertindak.

Disebabkan itulah anda perlu mengetahui cara cek bateri kereta kong yang sebetulnya bagi mendapatkan kepastian sebelum anda katakan bateri kereta kong menjadi penyebab kereta anda boleh breakdown walaupun di rumah, tempat kerja mahupun di tengah jalan.

Jika anda masih melengah-lengahkan untuk cek bateri kereta sebaik sahaja tanda-tanda bateri kereta kong pada awalnya sudah terjadi, maka siap sedia untuk menghadapi masalah kereta tidak boleh start disebabkan bateri kereta kong.

Malah, cara nak hidupkan kereta bateri kong dikira boleh mneyelamatkan keadaan anda. Akan tetapi anda silap kerana cara hidupkan kereta bateri kong hanya untuk jika bateri kereta lemah sahaja.

Masa itu juga cara nak start kereta bateri kong pun dah tak boleh digunakan kerana bateri kereta tersebut sudah kehabisan secara sepenuhnya.

Bagaimana cara cek bateri kereta kong secara sendiri ?

Ketiga cara cek bateri kereta kong di bawah ini boleh dibuat secara diy atau sendiri di rumah anda. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Lihat tarikh yang tertulis pada permukaan bateri kereta

Dalam banyak-banyak cara cek bateri kereta, cara inilah paling senang untuk anda buat. Anda tidak perlu buat apa-apa perubahan.

Malah, anda hanya perlu membuka bonet hadapan kereta. Kemudian, kenal pasti di mana letaknya bateri kereta anda. Jika anda dah tahu kedudukan bateri kereta anda, perhatikan pada permukaan atas bateri kereta anda.

Disitulah ada tertulis bilakah tarikh anda membeli bateri kereta yang sedang anda gunakan. Paling tidak pun anda dah tahu cara mengatasi bateri kereta kong paling terbaik.

Teknik menanda dengan menulis atas permukaan bateri kereta ini sudah diguna pakai oleh setiap kedai bateri kereta.

Hal ini demikian, memudahkan bagi urusan pihak kedai bateri kereta dan juga kepada anda sebagai pemilik kereta untuk mengenal pasti tarikh anda beli bateri kereta tersebut.

cara cek bateri kereta kong
Cara cek bateri kereta kong

2. Lihat pada takat air bateri jika anda gunakan bateri kereta basah

Kelebihan ini terutamanya diberikan kepada pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta basah. Kebiasaannya setiap pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta sel basah akan membuat check up setiap bulan.

Check up yang dibuat adalah kepada takat air bateri kereta.

Jika air bateri kereta anda tidak dijaga dengan baik dan sering dibiarkan ianya kering, maka tempoh bateri kereta anda kemungkinan besar tidak akan bertahan lama.

Bukan sekadar tidak tahan lama, malah ianya tidak akan bertahan walaupun setahun dari waktu ia dibeli jika anda tidak rajin untuk membuat check up pada takat air bateri kereta tersebut.

3. Perhatikan pada indikator yang disediakan pada bateri kereta jika ada

Keunikan pada setiap jenama bateri kereta juga menjadikan faktor ianya menjadi pilihan ataupun tidak sewaktu anda membeli bateri kereta baru. Indikator pada bateri kereta merupakan alat penilaian bahawa sesuatu bateri kereta itu masih boleh diguna pakai, perlu di cas atau perlu terus menukar bateri kereta baru.

Namun, tidak semua jenama bateri kereta menyediakan kemudahan indikator penilaian ini. Anda boleh bertanyakan pada pihak kedai bateri kereta dan meminta saranan bateri kereta yang mempunyai indikator ini sebelum bersetuju membeli bateri kereta baru.

Cara cek bateri kereta di tempat sepatutnya

Manakala cara cek bateri kereta kong untuk anda yang kurang yakin untuk cek sendiri.

Bawa bateri kereta ke kedai bateri kereta untuk melihat bacaan tenaga elektrik yang berbaki dan minta saranan kedai bateri kereta. Sudah tentu pihak kedai akan cakap terus tukar bateri kereta baru.

Namun, jangan skip penilaian pada tarikh bateri kereta anda itu dulu. Pastikan ianya sudah melebihi 2 tahun dan ke atas selepas ianya digunakan. Jika sudah melebihi tarikh tersebut, barulah anda boleh membuat penilaian berdasarkan apa yang pihak kedai bateri kereta itu beritahu.

Jika masih dalam keadaan baik, kemungkinan ianya bukan berpunca dari bateri kereta kong. Manakala, jika betul berpunca dari bateri kereta kong, anda masih mempunyai pilihan sama ada nak tukar bateri kereta baru atau cas bateri kereta sedia ada.

Proses cas bateri kereta sedia ada memerlukan bateri kereta tersebut dibawa keluar dan di cas pada alatan pengecasannya dan mengambil masa paling kurang ianya perlu ditinggalkan setengah hari.

3 thoughts on “Cara cek bateri kereta kong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *