Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Panduan Harga, Jenis & Saiz Bateri Kereta 2026

Harga, jenis & saiz bateri kereta merupakan perkara yang sangat penting dalam dijadikan panduan ketika anda ingin mencari pengganti kepada bateri kereta yang baru. Ini kerana, bateri kereta dibeli secara anggaran 2 hingga ke 3 tahun sekali.

Jadi, sememangnya kita akan berasa kurang pasti akan apakah jenis,saiz bateri kereta dan juga harga yang terdekat agar ianya mencapai budget poket anda sebelum terus ke kedai bateri kereta.

Jadual di bawah merupakan senarai harga, jenis dan saiz bateri kereta terkini yang mudah dirujuk berdasarkan model dan jenama kereta serta jenama bateri kereta itu sendiri.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Perodua

Model PeroduaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
MyviNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Myvi
AxiaNS40ZL,M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Axia
BezzaNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Bezza
TrazNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Traz
AlzaNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Alza
AtivaM42EFBRM280-RM300Bateri kereta Ativa
AruzM42EFBRM280-RM300Bateri kereta Aruz
KancilNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Kancil
VivaNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Viva
KelisaNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Kelisa
KenariNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Kenari
KembaraNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Kembara

Senarai harga di atas merupakan anggaran yang paling hampir boleh anda dapatkan di pasaran sesuai dengan pelbagai model kereta yang digunakan oleh kereta perodua kini.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Proton

Model ProtonSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
SagaNS40ZL,NS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Proton Saga
IrizNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Iriz
PersonaNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Persona
S70DIN55L, DIN60LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton S70
X50DIN55L, DIN60LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X50
X70DIN55L, DIN66LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X70
X90DIN55L, DIN66LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X90
WiraNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Wira
IswaraNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Iswara
Satria/ Satria neoNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Satria
WajaNS60, NS70Kering dan BasahRM170-RM280Bateri kereta Waja
Gen 2NS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Gen 2
ExoraD23L, NS70Kering dan BasahRM220-RM280Bateri kereta Exora
PreveD23LKering dan BasahRM220-RM280Bateri kereta Preve
InspiraD23LKering dan BasahRM220-RM280Bateri kereta Inspira
PerdanaNS70Kering dan BasahRM230-RM360Bateri kereta Perdana
ErtigaNS40ZLKering dan BasahRM150-RM170Bateri kereta Ertiga

Harga bateri senarai model kereta proton di atas merupakan anggaran terhampir boleh dirujuk setiap pemilik kereta. Gunakan saiz yang lebih besar yang bersesuaian supaya dapat menampung dari segi ketahanan penggunaan bateri pada kereta anda.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Honda

Model HondaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
JazzNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda Jazz
City HatchbackNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda City Hatchback
CityNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda City
WrvNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda Wrv
BrvNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda Brv
HrvNS60, DIN55Kering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Hrv
CivicNS60, DIN60LKering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Civic
CrvNS60, DIN60LKering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Crv

Senarai di atas merupakan harga anggaran dari beberapa generasi mengikut model kereta honda anda. Nak lebih terperinci boleh klik di pautan mengikut model kereta yang sedang anda cari.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Toyota

Model ToyotaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
YarisNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Yaris
ViosNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Vios
AvanzaNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Avanza
RushNS40ZL,M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Rush
VelozM42EFBRM280-RM300Bateri kereta Veloz
InnovaD23Kering dan BasahRM220-RM280Bateri kereta Innova
Corolla/Corolla AltisNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Corolla
Corolla CrossDIN45LKering dan BasahRM250-RM350Bateri kereta Corolla Cross
Camry55D23L, Q85Kering, Basah dan EFBRM200-RM400Bateri kereta Camry
HiluxN70ZKering dan BasahRM275-RM350Bateri kereta Hilux
FortunerN70ZL, DIN55, LN3Kering dan BasahRM300-RM650Bateri kereta Fortuner
AlphardB24L,D23L,Q85Kering, Basah dan EFBRM220-RM400Bateri kereta Alphard
VellfireB24L,D23L,Q85Kering, Basah dan EFBRM220-RM400Bateri kereta Vellfire

Penggunaan saiz dan jenis bateri kereta untuk model kereta toyota yang minima sangat penting. Lepas dah tahu harga anggarannya, barulah senang anda nak buat pilihan dengan mendapatkan saiz yang lebih besar sesuai dengan kehendak dan juga ketahanan bateri kereta anda.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Nissan

Model NissanSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
AlmeraNS60Kering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Almera
SerenaS95EFBRM400-RM600Bateri kereta Serena
X-TrailD23L,Q85Kering, Basah dan EFBRM220-RM400Bateri kereta X-Trail
NavaraDIN74,DIN80EFB,AGMRM400-RM1,200Bateri kereta Navara

Penggunaan bateri nissan sesuai dengan jenis dan saiz minima yang boleh ianya gunakan. Jika anda upgrade kepada jumlah aH yang lebih tinggi, harga bateri ini turut akan naik bersesuai dengan kadar kekuatan sesebuah bateri yang digunakan.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Mitsubishi

Model MitsubishiSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
XpanderNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Xpander
TritonDIN74,DIN80EFB,AGMRM400-RM1,200Bateri kereta Triton
AsxD23LKering dan BasahRM220-RM400Bateri kereta Asx
OutlanderD23LKering dan BasahRM220-RM400Bateri kereta Outlander
XforceNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Xforce

Jika bateri kereta mitsubishi yang anda gunakan cepat habis, anda mempunyai pilihan lain supaya ianya tahan mengikut cara guna serta kehendak anda pada model kereta yang anda gunakan.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Naza

Model NazaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
CitraDIN55LKering dan BasahRM170-RM350Bateri kereta Naza Citra
RiaD26LKering dan BasahRM170-RM420Bateri kereta Naza Ria

Dua model utama dari naza ini masih ramai gunakan sebagai kereta harian. Senarai di atas adalah penggunaan minima yang lebih murah dan dalam masa yang sama sesuai digunakan tanpa sebarang masalah.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Mazda

Model MazdaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
Mazda 2Q85EFBRM300-RM700Bateri kereta Mazda 2
Mazda 3NS60,Q85Kering, Basah dan EFBRM150-RM700Bateri kereta Mazda 3
Mazda 6Q85EFBRM300-RM700Bateri kereta Mazda 6
CX-3Q85EFBRM300-RM700Bateri kereta Mazda CX-3
CX-30Q85EFBRM300-RM700Bateri kereta Mazda CX-30
CX-5Q85,T110EFBRM300-RM750Bateri kereta Mazda CX-5
BianteQ85EFBRM300-RM700Bateri kereta Mazda Biante

Bateri bersaiz Q85 (EFB) sangat sesuai digunakan oleh kebanyakkan kereta-kereta mazda yang dilengkapi ciri-ciri i-stop yang memerlukan enjin untuk dihidupkan banyak kali ketika kereta mengalami trafik jem. Ianya seakan sistem eco-idle.

Jika gunakan bateri biasa seperti D23L, lampu amaran akan naik pada panel meter sebaik sahaja 70% baki bateri.

Antara pilihan lebih besar iaitu menggunakan bateri jenis AGM contohnya seperti Varta Silver Dinamic untuk ketahanan lebih lama namun harganya jauh tinggi.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Boleh ke nak gunakan dengan menukar saiz bateri yang lebih besar (upgrade) ?

Mungkin persoalan ini sangat general bagi setiap orang dan ada juga yang betul-betul ingin melakukan penukaran kepada saiz bateri yang lebih besar.

Ianya berbalik kepada tujuan setiap pemilik kereta yang biasanya inginkan ketahanan menggunakan sesebuah bateri kereta.

Ikutkan berdasarkan pengalaman sepanjang 10 tahun lebih aku memiliki kereta, aku pernah mengalami situasi ini.

Kereta yang baru aku miliki ketika waktu itu iaitu toyota vios nsp151 keluar dari kilang dibekalkan dengan saiz bateri yang kecil dari segi ukurannya.

Tapi bila dilihat pada tapak yang diberi masih ada ruang. Ini menandakan saiz fizikal bateri yang digunakan seperti ns40zl, B19L atau B20L, tetapi ada sedikit perbezaan iaitu dari segi terminal positif dan negatif adalah besar sama untuk bateri ns60.

Jadi, bila dah ganti kepada bateri ns60 selepas itu masuk pada tapak bateri betul-betul ngam-ngam dan kemas.

Persoalan untuk anda yang nak tukar dari saiz bateri biasa kepada saiz lebih besar adalah melihat kepada saiz tapak bateri kereta asal anda dan wayar positif dan negatif penghubung kepada terminal bateri.

Jika anda boleh ubah kawasan tapak bateri dari saiz ns40 kepada ns60, maka tiada masalah. Dalam masa yang sama perlulah juga menukar kepala penghubung kepada terminal bateri positif dan negatif yang lebih besar.

Cara ke 2, jika tidak mahu ubah apa-apa, cari bateri dengan saiz asal seperti ns40 dan pilih jumlah aH yang lebih besar.

Pesanan: Kandungan dalam artikel ini sedang dikemas kini secara berperingkat. Model kereta lain akan ditambah dalam masa terdekat.

2 thoughts on “Panduan Harga, Jenis & Saiz Bateri Kereta 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *