Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Benda Wajib Kena Tahu Bateri Kereta Viva

Bateri kereta viva. Salah satu perkara yang perlu anda berikan perhatian adalah kepada maintainence bateri kereta viva.

Penjagaan kereta anda sangatlah penting bagi mengekalkan dan dalam masa sama mengoptimumkan setiap fungsi kereta anda.

Walaupun kereta telah lama, ianya masih boleh digunakan sama seperti ianya baru dikeluarkan dari kilang.

Dengan syarat anda tidak boleh memandang remeh akan maintainence pada sesebuah kereta terutama pada bateri kereta perodua.

Di artikel ini, sudah pasti anda memiliki atau mempunyai sebuah kereta sehingga kini dicari oleh ramai orang iaitu kereta perodua viva.

Apakah penjagaan atau maintainence yang perlu dibuat sepanjang tahun untuk kereta perodua viva ?

Senarai maintenance yang boleh dibuat pada kereta perodua viva :

  1. Minyak enjin dan filter
  2. Bateri kereta
  3. Tayar kereta – alignment dan balancing
  4. Minyak gearbox
  5. Coolant dan radiator

Terdapat banyak lagi senarai yang boleh ditulis, namun perkara di atas adalah menjadi keutamaan.

Di artikel ini, hanya satu sahaja fokus yang akan diberikan iaitu kepada bateri kereta viva.

Penjagaan bateri kereta viva oleh setiap pemilik

Semakin canggih sesebuah kereta, maka semakin banyak teknologi yang digunakan. Barangan elektronik daripada teknologi inilah membuatkan penjagaan bateri kereta perlu lebih teliti.

Bagi sebuah kereta perodua viva, penjagaan bateri kereta viva ini amatlah mudah. Ianya tidak serumit kereta yang kini banyak mempunyai barangan elektronik.

Bateri viva 850 dan bateri viva 1.0 adalah sama dari segi penjagaannya dan tiada beza walaupun berbeza cc enjin.

Cukup sekadar anda perlu tahu bateri kereta perodua viva anda bila perlu ditukar berdasarkan tempoh yang akan diberikan di bawah.

Oleh itu, sedikit ilmu pengetahuan tentang bateri kereta viva membolehkan anda menggunakan kereta viva ini tanpa sebarang masalah berkaitan bateri kereta.

bateri kereta viva

Jenis bateri kereta viva yang terdapat di pasaran

Terdapat dua jenis bateri kereta viva. Dua jenis bateri kereta viva tersebut adalah :

  1. Bateri kereta viva sel basah
  2. Bateri kereta viva sel kering

Kerap kali jika anda hanya jenis start enjin dan jalan amat sesuai menggunakan bateri kereta viva sel kering.

Tiba masa ianya hampir kong, terus ke kedai bateri kereta untuk dapatkan bateri kereta sel kering yang baru.

Lain pula untuk bateri kereta viva sel basah, ianya memerlukan penjagaa lebih rapi dan memerlukan jadual bagi mengisi air bateri kereta viva dengan baik.

Saiz bateri perodua viva

Untuk saiz bateri kereta viva, ianya adalah berdasarkan kod yang telah disediakan pada bateri kereta.

Tidak kiralah jenama apa, yang penting kod dan saiz bateri kereta viva betul, maka ianya boleh digunakan pada kereta perodua viva anda.

Secara asasnya saiz bateri perodua viva adalah bersaiz 40L. Saiz ini merupakan saiz paling kecil yang digunakan oleh kereta-kereta yang hanya memerlukan 12V sahaja.

Berdasarkan saiz bateri viva tersebut, pilihan kod yang boleh digunakan oleh bateri kereta viva anda adalah NS40.

Harga bateri kereta viva berapa ?

Untuk anda yang ingin mengetahui harga bateri kereta viva, ianya bergantung kepada jenis bateri kereta viva yang anda pilih.

Selain jenis bateri kereta viva, bateri kereta viva price juga boleh anda rujuk berdasarkan jenama bateri kereta yang dijual di pasaran.

Secara anggarannya, mengikut jenis bateri kereta viva, harga bateri viva adalah seperti berikut :

Jenis bateri kereta vivaHarga bateri kereta viva
Bateri kering kereta vivaRM170-RM220
Bateri basah kereta vivaRM150-RM190

Harga bateri kereta viva sel kering tidak sama dengan harga bateri kereta viva sel basah. Hal ini kerana, ianya bergantung kepada tawaran yang dibuat oleh kedai bateri kereta.

Ianya juga adalah berdasarkan jenama dan permintaan ramai. Contohnya, harga bateri amaron viva tidak sama dengan bateri kereta viva harga jenama lain seperti century.

Namun, berbeza pula dengan spec. Harga bateri kereta viva tidak terikat dengannya contohnya seperti harga bateri kereta viva elite

Bateri kereta viva tahan berapa lama ?

Ketahanan bagi bateri kereta perodua viva adalah sangat subjektif dan tidak boleh dianggarkan secara terus.

Ianya perlu dilihat dari banyak sudut salah satunya seperti kekerapan penggunaan kereta perodua viva anda.

Contoh bagi anda yang ingin tahu bateri kereta viva tahan berapa lama adalah seperti berikut :

  • Untuk anda yang kerap guna kereta viva dalam urusan harian, ada kalanya ianya bertahan sangat lama sehingga boleh mencapai 3 tahun.
  • Manakala, bagi anda yang jarang menggunakan kereta viva dan hanya parking sahaja di rumah pula, bateri kereta viva tahan hanya tak sampai 2 tahun.

Terdapat banyak lagi faktor-faktor bateri kereta kong untuk bateri kereta viva sama ada ianya mampu bertahan mahupun tidak.

Bagaimana cara tukar bateri kereta viva ?

Secara asasnya cara tukar bateri kereta adalah untuk anda yang ingin tukar bateri kereta viva sendiri secara diy di rumah.

Berikut merupakan cara tukar bateri kereta viva :

  1. Beli bateri kereta viva yang baru di kedai bateri kereta.
  2. Pastikan enjin kereta viva dalam keadaan dimatikan.
  3. Buka bonet depan kereta viva.
  4. Kenal pasti kedudukan bateri kereta viva anda.
  5. Longgarkan pemegang wayar hitam iaitu negatif terlebih dahulu.
  6. Kemudian diikuti dengan pemegang wayar merah iaitu positif.
  7. Tanggalkan wayar hitam dari terminal bateri kereta dan seterusnya wayar merah.
  8. Bawa keluar bateri kereta viva yang lama.
  9. Masukkan bateri kereta viva yang baru ke tapak bateri kereta viva dengan kedudukan yang sama seperti bateri kereta viva yang lama.
  10. Pasang wayar merah terlebih dahulu kemudian wayar hitam pada terminal bateri kereta.
  11. Ketatkan skru pemegang kedua wayar pada terminal bateri kereta viva anda.
  12. Hidupkan enjin kereta.
  13. Selesai.

Cara pasang bateri kereta viva perlulah diikuti dengan teknik dan aturan yang hampir sama seperti anda membuka bateri kereta viva yang lama.

Cuma dari segi turutan wayar merah dan hitam perlu diterbalikkan untuk cara pasang bateri kereta viva.




4 thoughts on “Benda Wajib Kena Tahu Bateri Kereta Viva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *