5 Ciri-ciri tentang Bateri kereta Alza
Bateri kereta alza. Apakah yang perlu anda ketahui sebelum, semasa dan selepas tentang bateri kereta terutamanya bagi bateri perodua alza ?
Untuk pengetahuan, bateri perodua alza perlu ditukar bermula ianya sudah mulai terasa lemah. Namun, ada juga kes bateri alza ini tindak menunggu ianya lemah.
Secara tiba-tiba bateri kereta alza sudah kehabisan dan tidak boleh digunakan lagi. Nak start atau hidupkan enjin kereta alza pun tidak boleh.
Ini tandanya bateri alza kong telah pun berlaku kepada anda. Namun, ini adalah perkara biasa bagi anda yang menggunakan bateri kereta perodua bahkan jenama lain juga.
Di artikel inilah selengkapnya anda boleh dapat tahu tentang bateri perodua alza dan boleh anda jadikan sebagai rujukan sepanjang memiliki kereta alza itu sendiri.
Jenis bateri kereta alza
Bateri alza kong menyebabkan anda perlu segera membuat penukaran kepada bateri kereta alza yang baru.
Sebelum membuat keputusan tersebut, anda perlu mengenali jenis bateri kereta alza yang sesuai digunakan.
Terdapat 3 jenis bateri kereta alza yang boleh anda beri perhatian iaitu :
- Bateri kereta kering alza
- Bateri kereta basah alza
- Bateri kereta EFB (Enhanced Flooded Battery)
Bateri kereta sel kering alza dan bateri kereta sel basah alza digunakan untuk kereta alza yang tidak mempunyai sistem eco idle atau auto start/stop.
Manakala, kereta alza yang mempunyai sistem eco idle atau auto start/stop hanya sesuai menggunakan bateri kereta jenis EFB.

Apakah jenis bateri kereta alza yang betul digunakan ?
Namun, antara 3 jenis bateri kereta alza tersebut bukan boleh digunakan untuk semua kereta alza.
Anda boleh membezakan jenis bateri kereta alza dengan kewujudan teknologi seperti eco idle atau auto start/stop.
Kesemua generasi pertama perodua alza tidak dibekalkan dengan teknologi eco idle walaupun pada spec alza advance.
Jadi, perodua alza generasi pertama menggunakan 2 jenis bateri kereta sahaja :
- Bateri sel kering kereta alza
- Bateri sel basah kereta alza
Bagaimana pula, untuk kereta perodua alza generasi kedua dibekalkan dengan teknologi eco idle.
- Bateri M42 (EFB)
Kesemua spec kereta alza generasi kedua mempunyai teknologi iaitu baik spec advance, H spec dan juga X spec.
Jenis bateri kereta alza yang sesuai untuk kereta alza generasi kedua adalah EFB(enhanced flooded battery).
Peranan jenis bateri kereta ini akan menyokong kehadiran eco idle yang mampu hidup dan matikan enjin kereta dalam jumlah yang banyak.
Adakah boleh menggunakan jenis bateri kereta biasa untuk kereta alza generasi kedua ?
Penggunaan jenis bateri kereta biasa seperti bateri kereta kering dan bateri kereta basah pada perodua alza yang mempunyai eco idle sebenarnya dibolehkan.
Namun, dari segi ketahanan menggunakan jenis bateri kereta tersebut tidak akan lama dibandingkan bateri kereta jenis EFB.
Mungkin juga anda ingin penjimatan disebabkan harga bateri kereta alza untuk EFB agak mahal, namun ianya dianggap tidak berbaloi kerana cepat habis atau kong.
Begitu juga jika anda ingin menggunakan bateri kereta EFB pada generasi pertama alza, agak rugi kerana perlu belanjakan budget yang lebih, namun bateri kereta tersebut tidak berfungsi sepenuhnya.
Adakah jenis bateri kereta alza ini mudah didapati ?
Ketiga-tiga jenis bateri kereta alza ini sangat mudah anda dapatkan. Antara tempat untuk anda dapatkan bateri kereta ini adalah seperti di kedai bateri kereta, pusat servis perodua dan juga kedai menjual barangan sparepart kereta.
Jenis bateri kereta alza ini dijual secara meluas dalam negara kita. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya ketiadaan stok berdasarkan jenis bateri kereta alza yang anda perlukan.

Saiz bateri kereta alza
Saiz bateri alza tidak sama dengan jenis bateri kereta alza. Setiap bateri alza ditentukan dengan saiz bateri perodua alza yang betul agar memudahkan anda semasa membeli bateri alza yang baru.
Terdapat 2 saiz bateri kereta alza yang boleh anda baca melalui kod bateri kereta pada bahagian bateri kereta.
Kedua size bateri alza ini sangat mudah didapati di kedai bateri kereta dan hampir menyeluruh terdapat di pasaran.
Antara saiz bateri kereta alza adalah NS40 dan juga M42 yang mempunyai kod 55B20L.
| Saiz bateri kereta alza (1st generation) | Saiz bateri kereta alza (2nd generation) |
| NS40 | M42 (EFB) |
| NS40ZL / 38B20L | M42L (EFB) |
Saiz bateri alza lama
Saiz bateri alza lama boleh anda rujuk berdasarkan kod pada setiap bateri kereta ketika anda hendak membeli sesebuah kereta.
Apabila melihat pada saiz bateri tersebut, amat penting untuk anda tahu bacaan yang diberikan agar ianya bersesuai dengan keperluan anda sebagai pemilik kereta.
Kesesuaian saiz bateri alza lama secara minina adalah seperti kod yang tertera iaitu B19 atau B20 atau NS40ZL.
Kod ini menunjukkan saiz fizikal bateri alza lama yang sesuai digunakan menurut panjang, tinggi dan lebar sesebuah bateri kereta.
Manakala, terdapat jumlah kod bagi saiz bateri alza lama yang penuh seperti 38B19L atau 38B20L. Jumlah hadapan membawa maksud kadar tenaga yang dibekalkan sesebuah bateri kereta.
Sekiranya adalah menggunakan kereta perodua alza secara kerap, disarankan untuk menggunakan saiz bateri alza lama seperti 44B19L atau 50B20L yang membekalkan tenaga yang lebih besar.

Saiz bateri alza baru
Perodua alza baru dilengkapi dengan sistem yang dikenali sebagai eco idle system. Ianya memberikan kelebihan agar penggunaan tenaga dapat dikurangkan ketika kereta dalam keadaan tidak bergerak seperti ketika menghadapi aliran trafik tinggi atau trafik jem.
Secara tidak langsung juga dapat menjimatkan penggunaan bahan api yang perlu digunakan oleh kereta perodua alza.
Jadi, bateri kereta alza baru yang sepatutnya digunakan adalah berbeza dan tidak sama dengan model yang pertama.

Saiz bateri alza baru menggunakan bateri bernama EFB dengan kod seperti M42. Bateri ini dapat menampung akan fungsi yang digunakan untuk kereta yang dilengkapi start/stop idle sistem ini.
Penggunakan battery alza baru juga boleh menggunakan bateri biasa sama seperti model lama.
Namun, perlu diingatkan agar ketahanan bateri biasa tidak sama dengan bateri alza baru yang telah disarankan.
Apakah kesan sekiranya saiz bateri kereta alza tersalah beli ?
Berikut merupakan kesan yang bakal anda hadapi sekiranya membeli saiz bateri kereta alza yang salah :
- Tapak bateri kereta alza tidak boleh dimasukkan dengan kemas
- Terminal bateri yang besar tidak memuatkan wayar kepala bateri alza yang kecil
- Kedudukan positif dan negatif terminal bateri yang salah menyukarkan wayar penghubung untuk dipasang.
- Bateri kereta alza tidak boleh ditukar kerana setiap bateri kereta akan ditanda dengan tarikh yang menandakan warrantly telah pun bermula.
Pentingnya anda memastikan saiz bateri kereta perodua alza anda terlebih awal. Hal ini demikian, pihak kedai bateri kereta juga boleh turut melakukan kesilapan disebakan kecuaian dan dalam masa sama saiz bateri alza telah pun dipastikan oleh anda adalah betul sebelum bersetuju.
Adakah saiz bateri perodua alza terdapat pada setiap jenama bateri kereta ?
Pihak perodua sudah tentu akan menyediakan kemudahan kepada pemilik perodua alza ini dengan cara menggunakan saiz bateri kereta alza yang mudah dan banyak dijual di pasaran atau after market.
Anda boleh rujuk pada amna-mana kedai bateri kereta dengan pelbagai jenama bateri kereta seiring dengan saiz bateri alza yang senang didapati.
Antara jenama bateri kereta yang mempunyai saiz bateri kereta alza adalah seperti amaron, century, yokohama, varta, dan juga bosch.
Jenama-jenama ini sebenarnya sudah agak dikenali ramai dan mudah didapatkan di kedai-kedai bateri kereta berhampiran anda.
Harga bateri kereta alza
Harga bateri kereta perodua alza juga bergantung kepada beberapa faktor antaranya seperti jenis bateri kereta alza, saiz bateri kereta alza dan juga jenama bateri kereta untuk alza.
Kesemuanya adalah tidak sama antara yang lain. Contohnya, harga bateri amaron alza tidak sama dengan harga bateri kering kereta alza.
Manakala, bateri kereta alza bersaiz ns40 dan m42 adalah tidak sama dari segi bateri kereta alza harga.
Anda boleh membandingkan kesemua ciri-ciri tersebut, namun diakhirnya tetap perlu mendapatkan harga bateri alza yang berpatutan seiring dengan kelebihan yang diberikan.
Anggaran bagi harga bateri kereta alza adalah antara RM150 hingga RM300.
Berapakah harga bateri kereta alza sebenarnya ?
Untuk memudahkan anda membuat perbandingan bateri kereta alza harga, rujuk pada jadual di bawah.
Ianya merupakan anggaran bagi harga bateri kereta perodua alza yang boleh anda dapati di kedai menjual bateri kereta.
| Jenis bateri kereta Alza | Harga bateri kereta Alza |
| Bateri kereta alza kering | RM190-RM230 |
| Bateri kereta alza basah | RM150-RM190 |
| Bateri kereta alza jenis EFB | RM250-RM270 |
Harga bateri kering kereta alza kerap kali digunakan semenjak ianya dikeluarkan dari kilang lagi.
Jika anda rasa harga bateri kering alza agak mahal dan ingin tukar kepada yang lebih murah. Pilihan adalah dengan menukar kepada bateri kereta alza basah.
Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut perbezaan ketiga-tiga bateri kereta alza ini, anda boleh meneruskan pembacaan yang lebih lanjut tentang jenis bateri kereta alza.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta

Harga Bateri Amaron Alza Gen 1
Perodua Alza Gen 1, yang dilancarkan pada tahun 2009, menggunakan bateri Amaron Go NS40ZL atau lebih lengkap dengan kod 38B20L. Bateri ini merupakan pilihan yang ideal untuk Alza Gen 1. Ini kerana ia direka untuk memberikan prestasi yang konsisten dengan keperluan elektrik kereta yang sederhana.
Bateri Amaron Go NS40ZL mempunyai daya tahan yang baik terhadap cuaca panas dan pengendalian yang mudah. Ianya menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kereta yang digunakan setiap hari.
Harga bagi bateri ini di pasaran adalah sekitar RM200 hingga RM230, bergantung pada lokasi pembelian dan promosi semasa. Pemilik Alza Gen 1 boleh menjangka jangka hayat bateri ini antara 2 hingga 3 tahun dengan penyelenggaraan yang betul.
Bateri ini juga mempunyai kualiti tahan lama. Walaupun ia merupakan jenis yang lebih asas, ia tetap memberikan prestasi yang memuaskan untuk keperluan sistem elektrik Perodua Alza Gen 1.
Harga Bateri Amaron Alza Gen 2
Perodua Alza Gen 2, yang dilancarkan sekitar 2022, memperkenalkan lebih banyak ciri canggih, termasuk sistem eco-idle yang membantu menjimatkan bahan bakar apabila kereta berhenti.
Bagi model ini, bateri yang disyorkan adalah Amaron Hi-Life Duro EFB dengan kod M42 atau lebih lengkap dengan kod 50B20L. Bateri ini direka untuk menyokong sistem eco-idle, yang memerlukan daya tahan lebih tinggi terhadap kitaran cas dan nyahcas yang lebih banyak.
Harga untuk bateri Amaron Hi-Life Duro EFB M42 adalah sekitar RM290 hingga RM310, bergantung pada tempat pembelian. Bateri ini menawarkan ketahanan yang lebih lama. Prestasi yang lebih baik, dan keperluan penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding dengan jenis bateri yang lebih konvensional.
Ia sangat sesuai untuk Alza Gen 2 yang lebih moden, terutama bagi mereka yang menginginkan sistem pengurusan tenaga yang efisien dan penjimatan bahan bakar yang optimum.
Walaupun harganya lebih tinggi, ketahanan dan kelebihan prestasi bateri Amaron Hi-Life Duro EFB memberikan nilai yang berbaloi bagi pemilik Alza Gen 2.

| Jenis bateri kereta Alza | Harga bateri amaron Alza |
| Bateri kereta alza kering(amaron Go) | RM170-RM200 |
| Bateri kereta alza kering (amaron Hi-Life) | RM210-RM250 |
| Bateri kereta alza jenis EFB (amaron Go) | RM275-RM295 |
| Bateri kereta alza jenis EFB (amaron Hi-Life Duro) | RM300-RM330 |
Cara tukar bateri kereta alza
Teknik dan cara tukar bateri kereta alza tidaklah begitu rumit. Hal ini kerana, ianya masih menggunakan bateri kereta alza yang sama walaupun teknologi bateri alza itu telah ditambah baik.
Untuk anda yang nak tahu cara tukar bateri kereta alza semestinya ingin melakukannya secara sendiri di rumah atau dikenali sebagai diy.
Salah satu perkara sebelum anda melakukan cara tukar bateri kereta alza adalah dengan membeli bateri kereta perodua alza terlebih dahulu.
Dalam cara tukar bateri kereta alza ini juga akan terbahagi kepada dua iaitu :
- Cara buka bateri kereta alza (bateri lama)
- Cara pasang bateri kereta alza (bateri baru)
Bateri kereta alza terbaik
Untuk pengetahuan anda, bateri kereta alza terbaik bukanlah bateri kereta alza murah semata-mata.
Bateri alza yang baik boleh dinilai oleh anda dengan beberapa perkara seperti :
- Jenama bateri kereta untuk alza yang boleh dipercayai.
- Tempoh warrantly setanding dengan harga bateri kereta alza.
Dua faktor ini sudah cukup untuk anda jadikan indikator bagi mendapatkan bateri kereta alza terbaik.
Senarai tanda-tanda bateri kereta alza lemah

Antara tanda-tanda yang boleh anda pastikan ianya adalah disebabkan bateri kereta alza lemah adalah seperti berikut :
- Enjin kereta alza perlu di start beberapa kali setiap permulaan hari di waktu pagi.
- Lampu kereta pada waktu malam terasa sedikit malap dari kebiasaan.
- Terdapat nyalaan simbol bateri kereta pada meter kereta selepas enjin dihidupkan.
Apakah yang perlu dilakukan sebaik sahaja tanda bateri kereta alza lemah berlaku kepada anda ?
Ada dua tindakan yang perlu anda buat sebaik sahaja tanda bateri kereta alza lemah telah berlaku iaitu :
1. Cek tarikh bateri kereta alza anda
Jika tanda ini telah terjadi, dalam masa terdekat anda perlu melakukan cek pada tarikh bateri kereta alza. Tarikh yang ditulis pada permukaan atas bateri kereta itu menandakan bilakah anda membeli bateri kereta tersebut sebelum ini.
Jadi, anda boleh tahu sudah berapa lama anda menggunakan bateri kereta tersebut. Oleh itu, bila sudah melebihi 2 tahun dan ke atas ianya telah digunakan, maka barulah anda dapat pastikan sudah sampai masanya untuk menggantikan bateri kereta yang baru atau tidak. Ikuti langkah seterusnya di bawah.
2. Bawa kereta ke kedai bateri kereta terdekat
Seterusnya adalah bawa kereta anda ke kedai bateri kereta berdekatan kediaman anda. Tujuannya adalah bagi check bateri kereta anda melalui alat bernama multimeter.
Alat multimeter ini boleh membaca baki kuasa bateri kereta anda. Ada kalanya bateri kereta alza anda hanya lemah sahaja, jadi anda boleh mengecas bateri tersebut dan tidak perlu lagi membeli bateri kereta baru buat seketika.
Anda mempunyai 2 pilihan, sama ada tukar bateri kereta alza baru atau membuat pengecasan saja dulu. Di sinilah bergantung kepada keputusan anda sebaik sahaja kepastian tanda bateri kereta alza lemah anda telah dibuat.
Bagaimana nak tahu jika kereta breakdown namun bukan disebabkan tanda bateri kereta alza lemah ?
Ada faktor lainyang seakan-akan sama dengan tanda bateri kereta alza lemah contohnya seperti alternator kong. Walaupun alternator jarang sekali kong, namun ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Lebih-lebih lagi bila anda dah pastikan tanda bateri kereta alza lemah tadi telah dibuat. Contohnya bila anda cek bateri kereta guna multimeter, bacaan meter menunjukkan masih berada di tahap baik.
Disitulah boleh anda tahu yang masalah anda bukanlah berpunca dari bateri kereta alza lemah. Sebab itulah amat penting anda tidak terus membuat keputusan masalah yang hadapi adalah bateri kereta, malah masalah lain selain darinya.
Berapa lama masa kereta mampu bertahan dari tanda bateri kereta alza lemah itu bermula ?
Sebaiknya anda tidak menangguhkan perkara ini kerana bila-bila masa bateri kereta alza lemah tersebut akan menjadi kong tanpa mengira waktu. Ada orang buat tak tahu sahaja dengan tanda bateri kereta alza lemah ini.
Dan secara beberapa hari kemudian terus menghadapi masalah enjin kereta tidak boleh dihidupkan yang membawa maksud bateri kereta sudah pun habis.
Tanda- tanda bateri kereta alza dah kong nak perlu ditukar segera
Bateri kong kereta alza juga boleh turut berlaku tanpa mengira waktu. Jika bateri kereta alza anda habis ketika di rumah dikira sebagai masih lega lebih-lebih lagi buat pemilik kereta wanita.
Jika di berlaku di luar seperti di tempat kerja, akan berlaku sedikit panik. Langkah sebaiknya anda seharusnya bertenang dari dahulu.
Sekiranya kereta alza anda masih boleh membuka lock pintu kereta, masuk dan cuba hidupkan enjin terlebih dahulu. Jika tidak boleh menghidupkan enjin melebihi 3 kali, ianya merupakan salah satu tanda bateri alza anda kong.
Walaupun pada panel meter kereta masih bernyala lampu-lampu indicator, ketika nak start enjin tidak boleh dilakukan, itu tanda kuat masalah bateri kong alza anda adalah puncanya.
Jika anda kurang pasti lagi, kenali cara kenali bateri kereta kong sebaiknya.
Sekiranya terdapat permasalahan yang lain, anda boleh rujuk di bateri kereta.

Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta kong yang sedang anda alami - Mekanikakereta