Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jenis bateri kereta Alza

Jenis bateri kereta Alza. Apakah jenis-jenis bagi bateri kereta alza yang boleh dipilih oleh setiap pemilik kereta perodua alza ?

Semua jenis bateri kereta alza adalah bagus untuk anda gunakan. Cara penjagaan yang membezakan sama ada objektif anda untuk dapatkan ketahanan bateri kereta itu lebih lama atau sebaliknya.

Jika dijaga sebaiknya pun, anda tidak boleh menjangkakan sama ada kualiti sesebuah bateri kereta alza itu memberi jaminan bagi tempoh yang anda boleh agak atau anggarkan.

Namun, pemilihan bagi jenis bateri kereta alza yang tepat juga merupakan faktor penting yang boleh anda ambil setanding dengan budget anda belanjakan.

Apakah jenis bateri kereta alza yang sesuai anda gunakan ?

Terdapat 3 jenis bateri kereta yang boleh digunakan oleh kereta perodua alza. Ketiga-tiga jenis bateri kereta alza ini amat sesuai digunakan.

Antara jenis bateri kereta alza tersebut adalah :

  1. Bateri kering kereta alza
  2. Bateri basah kereta alza
  3. Bateri kereta EFB (Enhanced Flooded Battery)

Keupayaan ketiga-tiga jenis bateri kereta ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada kereta perodua alza anda.

jenis bateri kereta alza

Apakah jenis bateri kereta alza yang betul digunakan ?

Namun, antara 3 jenis bateri kereta alza tersebut bukan boleh digunakan untuk semua kereta alza.

Anda boleh membezakan jenis bateri kereta alza dengan kewujudan teknologi seperti eco idle atau auto start/stop.

Kesemua generasi pertama perodua alza tidak dibekalkan dengan teknologi eco idle walaupun pada spec alza advance.

Jadi, perodua alza generasi pertama menggunakan 2 jenis bateri kereta sahaja :

  1. Bateri sel kering kereta alza
  2. Bateri sel basah kereta alza

Bagaimana pula, untuk kereta perodua alza generasi kedua dibekalkan dengan teknologi eco idle.

Kesemua spec kereta alza generasi kedua mempunyai teknologi iaitu baik spec advance, H spec dan juga X spec.

Jenis bateri kereta alza yang sesuai untuk kereta alza generasi kedua adalah EFB(enhanced flooded battery).

Peranan jenis bateri kereta ini akan menyokong kehadiran eco idle yang mampu hidup dan matikan enjin kereta dalam jumlah yang banyak.

Adakah boleh menggunakan jenis bateri kereta biasa untuk kereta alza generasi kedua ?

Penggunaan jenis bateri kereta biasa seperti bateri kereta kering dan bateri kereta basah pada perodua alza yang mempunyai eco idle sebenarnya dibolehkan.

Namun, dari segi ketahanan menggunakan jenis bateri kereta tersebut tidak akan lama dibandingkan bateri kereta jenis EFB.

Mungkin juga anda ingin penjimatan disebabkan harga bateri kereta alza untuk EFB agak mahal, namun ianya dianggap tidak berbaloi kerana cepat habis atau kong.

Begitu juga jika anda ingin menggunakan bateri kereta EFB pada generasi pertama alza, agak rugi kerana perlu belanjakan budget yang lebih, namun bateri kereta tersebut tidak berfungsi sepenuhnya.

Adakah jenis bateri kereta alza ini mudah didapati ?

Ketiga-tiga jenis bateri kereta alza ini sangat mudah anda dapatkan. Antara tempat untuk anda dapatkan bateri kereta ini adalah seperti di kedai bateri kereta, pusat servis perodua dan juga kedai menjual barangan sparepart kereta.

Jenis bateri kereta alza ini dijual secara meluas dalam negara kita. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya ketiadaan stok berdasarkan jenis bateri kereta alza yang anda perlukan.

2 thoughts on “Jenis bateri kereta Alza

Comments are closed.