Tukar bateri kereta berapa lama ?
Tukar bateri kereta berapa lama. Berapa lamakah bagi proses untuk anda membuat penukaran sesebuah bateri kereta sama ada buat secara sendiri atau tukar bateri kereta di kedai bateri kereta ?
Sejujurnya ada dua tempat untuk anda tukar bateri kereta. Kedua tempat ini memerlukan sedikit masa supaya kerja-kerja tukar bateri kereta dapat dilakukan dengan cermat dan baik.
Hal ini demikian, anda perlu lalui proses cek bateri kereta terlebih dahulu supaya masalah yang anda hadapi adalah benar disebabkan bateri kereta hampir lemah atau kong.
Jika anda tidak melalui proses cek bateri kereta, proses tukar bateri kereta anda boleh terus dilakukan. Namun, jika kereta anda mempunyai masalah bukan disebabkan bateri kereta lemah atau kong, sudah pasti satu kerugian kepada anda kerana terburu-buru tukar bateri kereta yang baru.
Oleh itu, langkah-langkah sebelum tukar bateri kereta ini tidak boleh anda skip agar masalah yang dihadapi oleh kereta anda dapat dipastikan serta tukar bateri kereta merupakan keputusan yang tepat.
Tukar bateri kereta berapa lama jika buat sendiri ?
Proses tukar bateri kereta jika anda buat sendiri mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam. Hal ini demikian, anda memerlukan proses seperti di bawah mengikut pecahan :
1. Check bateri kereta
Proses check bateri kereta mengambil masa selama 10 minit. Paling mudah untuk kenal pasti tanda bateri kereta itu lemah atau sudah kong adalah melalui melihat pada permukaan bateri kereta.
Buka bonet kereta dan lihat tarikh pada bateri kereta dan telah ditulis. Daripada situ anda boleh buat kiraan sudah berapa lamakah bateri kereta anda telah digunakan.
Secara anggaran kasar jika bateri kereta anda telah digunakan 24 bulan atau 2 tahun ke atas, anda sudah boleh tukar kepada bateri kereta baru.
2. Proses cabut bateri kereta
Jika anda sudah biasa pasti anda mudah untuk cabut bateri kereta. Sebenarnya asas buka bateri kereta tidaklah susah. Yang penting anda mempunyai alatan yang betul bagi membuka wayar bateri kereta positif dan negatif dengan betul.
Proses cabut bateri kereta ini juga tidak lama. Ianya adalah sekitar 15 hingga 30 minit mengikut kebiasaan anda. Jangan lupa sebelum cabut bateri kereta, anda perlulah snap gambar keadaan bateri kereta itu.
Hal ini demikian, supaya anda tidak terlupa akan kedudukan bateri kereta tersebut dimanakah terminal positif dan negatif bateri kereta itu sepatutnya berada.
3. Proses membeli bateri kereta
Jika anda sudah membeli bateri kereta siap-siap tidak mengambil masa untuk proses ini. Namun, jika anda membeli bateri kereta sebaik sahaja mencabut bateri kereta, ini akan mengambil masa bergantung kepada jarak rumah anda ke kedai bateri kereta.
Disini anda boleh buat anggaran dalam 1 jam untuk pergi dan balik perjalanan membeli bateri kereta. Kebanyakkan dari kita akan mencabut bateri kereta dulu, kemudian baru beli di kedai bateri kereta oleh kerana ingin terus menjual kembali bateri kereta lama.
Paling tidak pun anda membeli bateri kereta baru dengan harga bateri yang telah ditolak bateri kereta lama. Anggaran penjimatan setelah anda tolak bateri kereta lama adalah RM10 hingga RM30.
4. Proses tukar bateri kereta sendiri di rumah
Tiba masanya untuk anda pasang bateri kereta sendiri di rumah. Proses ini akan mengambil sedikit masa lebih kurang 30 minit jika anda kurang biasa. Ianya mudah namun memerlukan penelitian semasa memasang bateri kereta.
Proses tukar bateri kereta di rumah ini diselesaikan sehinggalah anda boleh menghidupkan enjin kereta. Ketika itulah, anda sudah berjaya tukar bateri kereta dengan masa yang dianggarkan.
Tukar bateri kereta berapa lama jika tukar di kedai bateri kereta ?
1. Cek keadaan bateri kereta di kedai
Proses bagi cek bateri kereta dimulai semasa anda tiba di kedai bateri kereta. Pihak kedai bateri kereta akan menggunakan alatan bernama multimeter untuk membaca baki tenaga yang masih terdapat dalam bateri kereta anda. Proses ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
2. Nasihat dari pihak kedai bateri kereta
Sebaik sahaja bacaan meter pada bateri kereta dilakukan, pihak kedai bateri kereta akan memberi pendapat adakah masih boleh menggunakan bateri kereta tersebut atau sudah boleh ditukar kepada yang baru.
Kebiasaannya anda diberikan masa untuk berfikir. Disinilah anda perlu merujuk pada tarikh bateri kereta supaya anda boleh membuat keputusan. Jika sudah melebihi 2 tahun penggunaan, maka tukar bateri kereta adalah digalakkan.
Proses ini tidak hanya mengambil masa 10 minit untuk anda membuat keputusan.
3. Proses tukar bateri kereta di kedai bateri kereta
Setelah anda bersetuju untuk tukar bateri kereta, proses bagi mencabut bateri kereta lama dan memasang bateri kereta baru mengambil masa lebih kurang 10 minit hingga 15 minit sahaja.
4. Proses pengesahan sebaik sahaja tukar bateri kereta baru
Disini juga tidak mengambil masa yang lama. Dianggarkan lebih kurang 5 hingga 10 minit bagi anda untuk melihat semula bacaan pada alatan multimeter tadi yang mengesahkan bateri kereta tersebut itu adalah bateri baru.
Selesai.
Pingback: Berapa peratus bateri kereta perlu ditukar ? - Mekanikakereta
Pingback: Tukar bateri kereta mengikut kereta yang anda gunakan - Mekanikakereta