Apa perlu anda fokus tentang Bateri kereta Ativa
Bateri kereta ativa. Apakah ciri-ciri bagi bateri kereta ativa yang perlu anda beri perhatian sebelum anda hendak menukar kepada bateri kereta yang baru ?
Pada masa sekarang sudah ramai yang memilih kereta SUV sebagai kenderaan harian. Antara kereta suv yang menjadi pesaing terkini adalah perodua ativa.
Apabila sudah memiliki kereta ativa ini, anda perlulah mengetahui tentang cara nak maintain dengan baik. Di artikel ini, bateri kereta perodua untuk ativa merupakan salah satu perkara yang perlu anda beri fokus.
Setiap bateri kereta pasti akan ada tempoh tamatnya. Bateri ativa juga tidak terlepas daripada kehabisan tenaga elektrik dalam bateri tersebut. Jadi, apakah yang perlu anda tahu tentang bateri kereta ativa ini ?
Ikuti ciri-ciri penting mengenai bateri kereta ativa selanjutnya supaya anda dapat maintain akan penggunaan kereta ativa ini secara harian, mingguan mahupun jarang-jarang.
Saiz bateri kereta Ativa
Untuk mencari bateri kereta ativa yang betul, anda boleh mulakan dengan mengetahui tentang saiz bateri kereta ativa.
Saiz bateri ativa perlu anda rujuk dengan baik agar ianya sesuai dengan saiz tapak bateri bagi kereta ativa anda serta memberikan bekalan elektrik yang mencukupi kepada seluruh komponen elektrik dan elektronik kereta ativa anda.
Rujukan kod bateri kereta pada perodua ativa antaranya adalah seperti m42 battery ativa. Saiz bateri ativa ini agak sensitif dan tidak boleh disamakan dengan bateri kereta biasa.
Hal ini kerana m42 battery ativa perlu dinyatakan pada bateri kereta yang baru anda beli bagi menyatakan ianya adalah kod bateri m42 itu sendiri.
Jenis bateri kereta Ativa
Selain itu, anda perlu mengenali jenis bateri kereta ativa. Ada banyak jenis bateri kereta dijual di kedai-kedai bateri kereta. Bagi kereta perodua ativa juga mempunyai spesifik jenis bateri kereta.
Tujuan bagi memilih jenis bateri kereta ativa sudah pasti untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik yang optimum yang boleh anda gunakan selama mungkin dan sebaik mungkin.
Sekiranya anda memilih jenis bateri kereta ativa yang salah, ianya memberi kesan terhadap penggunaan harian. Ianya tidak mampu bertahan sama seperti bateri ativa sejak anda baru memilikinya.
Hal ini demikian akan melibatkan urusan harian anda terganggu dan akan memakan masa setiap kali bateri kereta habis atau kong.
Harga bateri kereta ativa
Lebih utama lagi bila anda ingin tahu tentang harga bateri kereta ativa ini. Ada perlu faham, kesemua model bagi kereta perodua ativa ini iaitu spec advance atau AV, H spec dan juga X spec menggunakan jenis bateri kereta ativa yang sama.
Harga bateri ativa sebenarnya agak mahal sedikit dibandingkan bateri kereta biasa. Ianya mahal kerana didatangkan dengan sokongan terhadap teknologi idle system atau eco idle.
Jika anda hanya ingin mendapatkan harga bateri perodua ativa yang murah tanpa mengambil kira teknologi eco idle ini, maka kesannya akan di rasai tidak lama selepas itu.
Anda ingat nak jimat, rupanya lebih banyak duit kena keluarkan disebabkan bateri kereta biasa tidak akan tahan sama seperti jenis bateri kereta ativa yang sepatutnya anda gunakan.
Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta Ativa - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri kereta Ativa - Mekanikakereta