Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Berapakah saiz bateri kereta kelisa ?

Saiz bateri kereta kelisa. Apakah saiz bateri kereta yang paling sesuai digunakan oleh sebuah kereta perodua kelisa ?

Bateri kereta kelisa digunakan sebagai pemberi tenaga utama ketika ingin menghidupkan enjin kereta kelisa.

Tenaga yang dimaksudkan adalah elektrik yang disimpan dalam bateri kereta sebagai penggerak penting baru memulakan sesuatu perjalanan.

Apabila tiba masa bateri kereta kelisa perlu ditukar kepada baru, ianya boleh dilakukan secara sendiri atau anda boleh membawa kereta kelisa ke kedai bateri kereta berhampiran.

Sebab perlu ketahui saiz bateri kereta kelisa

Namun, bagaimana sekiranya bateri kereta kelisa telah pun kong ? Bateri kereta kelisa perlulah ditukar secara sendiri ataupun diy.

Jadi, anda sebagai pemilik kereta kelisa perlulah mengetahui saiz bateri kelisa yang betul sebelum membeli sendiri di kedai bateri kereta.

Hal ini demikian bagi mengelakkan kerugian ketika bateri kereta kelisa yang dibeli anda telah pun ditandai bersama kad warrantly.

Kesilapan dari pihak kedai bateri kereta pun boleh berlaku akibat kecuaian mereka. Di sini juga apabila anda tahu bateri kereta yang anda inginkan mampu mengelakkan kecuaian berlaku dengan cara membuat semakan sebelum bersetuju membayar dan bawa pulang perodua kelisa battery size yang betul.

Saiz bateri kereta kelisa yang sesuai digunakan

Saiz bateri kelisa adalah berdasarkan kod yang menjadi rujukan penting pada bateri kereta kelisa yang hendak anda beli.

Antara saiz bateri kereta kelisa yang sangat sesuai digunakan oleh kereta perodua kelisa anda adalah :

  1. NS40
  2. NS40ZL
  3. 38B20L

Ketiga-tiga kod di atas merupakan perodua kelisa battery size yang mudah di dapati di pasaran atau tempat menjual bateri kereta.

saiz bateri kereta kelisa

Adakah terdapat jenama bateri kereta yang spesifik berdasarkan saiz bateri kelisa di atas ?

Jenama bateri kereta di pasaran mempunyai banyak pilihan. Namun, tiada sebarang spesifik jenama bateri kereta kelisa berdasarkan saiz bateri kereta kelisa.

Anda mampu peroleh pilihan jenama bateri kereta yang sangat banyak berdasarkan saiz bateri kelisa dan kod yang tertera di atas.

Pilihan adalah di atas tangan anda sendiri untuk membandingkan kualiti dan brand trusted yang digunakan sejak dari dahulu lagi.

Jenama bateri kereta tidak terlalu penting. Apa yang paling utama adalah kelisa battery size yang menepati keperluan kereta perodua kelisa anda.

2 thoughts on “Berapakah saiz bateri kereta kelisa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *