Cas bateri kereta perlu atau tidak ?
Cas bateri kereta. Di artikel ini terdapat hampir semua jawapan terhadap persoalan anda tentang cas bateri kereta yang bakal atau sedang anda lakukan.
Cas bateri kereta dibuat agar bateri kereta yang sedang anda gunakan itu masih boleh digunakan lagi tanpa perlu anda membeli bateri kereta baru buat sementara waktu.
Lain orang lain keadaan akaun iaitu budget. Ada orang nak tunggu sehingga waktu gaji, baru ada kesempatan untuk beli bateri kereta.
Menjawab kepada persoalan berdasarkan tajuk di atas, cas bateri kereta perlu atau tidak di buat adalah berdasarkan beberapa keperluan.
Bateri kereta boleh cas berdasarkan beberapa kriteria. Jika anda sudah ketahui kriteria ini, anda sendiri boleh membuat keputusan dan penilaian sendiri.
Seperti yang kita tahu, charge bateri kereta adalah satu kelebihan kepada anda yang mengalami masalah bateri kereta lemah atau bateri kereta kong.
Namun, cas bateri kereta ini hanyalah sementara. Anda sebagai pemilik kereta tidak boleh menganggap bateri kereta boleh cas setiap kali ianya habis untuk beberapa kali.
Maksud mudahnya, bateri kereta tidak boleh anda cas berulang kali selepas ianya berjaya dicas buat kali pertama.
Cara nak cas bateri kereta
Pengecasan bateri kereta memerlukan cara cas bateri kereta yang betul dan benar. Jika anda tidak mengikut turutan cara cas bateri kereta dengan baik, maka ada bateri kereta tersebut tidak akan menerima cas elektrik ke dalam bateri kereta anda.
Berikut merupakan susunan cara nak cas bateri kereta yang boleh anda rujuk semasa melakukan cas bateri kereta :
- Buka bonet kereta anda.
- Buka skru pada kepala wayar berwarna hitam (negatif) menggunakan spanar hidup.
- Kemudian, bukan skru pada kepala wayar yang berwarna merah (positif).
- Cabut dan tanggalkan kedua wayar merah dan hitam dari terminal bateri kereta anda.
- Angkat dan bawa keluar bateri kereta anda.
- Bawa bateri kereta anda ke kedai bateri kereta terdekat.
- Pihak kedai bateri kereta akan membuat pengesahan dengan check bacaan bateri kereta anda.
- Tinggalkan bateri kereta anda di kedai bateri kereta tersebut bagi melakukan cas bateri kereta di kedai.
- Selesai.
Cas bateri kereta berapa lama ?
Ada beberapa persoalan terhadap berapa jam cas bateri kereta perlu dilakukan. Antaranya ada yang mengatakan adalah hanya 2 hingga 3 jam sahaja bagi tempoh masa cas bateri kereta.
Namun, menjadi persoalan berapa lama masa untuk cas bateri kereta sehingga ianya kembali penuh ?
Tempoh cas bateri kereta 2 hingga 3 jam sebenarnya adalah tidak mencukupi bagi mengembalikan keadaan bateri kereta untuk mampu ianya digunakan semula.
Ianya hanya sekadar sesuai sekiranya bateri kereta itu lemah dan memerlukan cas bateri kereta berapa jam sahaja. Jika bateri kereta tersebut telah kong, maka tempoh 2 hingga 3 jam itu tidaklah sesuai.
Oleh itu, berapa lama untuk cas bateri kereta yang sesuai untuk kereta anda ? Standard bagi anda yang menggunakan bateri kereta jenis kering dan basah iaitu 12V itu adalah selama 8 hingga 12 jam pengecasan.
Untuk kereta yang menggunakan bateri kereta 12V ke atas memelukan berapa lama cas bateri kereta pula ?
Jika jumlah voltan yang bateri kereta anda gunakan itu lebih tinggi, maka lebih lama pengecasan perlu dibuat. Ia boleh mencapai sehingga 2 hari bagi tempoh cas bateri kereta semaksimum mungkin.
Baca selanjutnya : Berapa lama nak cas bateri kereta
Di manakah tempat cas bateri kereta yang mudah untuk anda rujuk ?
Terdapat beberapa tempat pengecasan bateri kereta yang boleh anda pergi. Namun, tidak semua tempat di bawah menyediakan khidmat cas bateri kereta ini.
Anda digalakkan untuk bertanya di kedai cas bateri kereta satu persatu sebelum ianya di terima untuk melakukannya. Antara tempat cas bateri kereta yang boleh anda hantar adalah :
- Kedai menjual bateri kereta
- Kedai hardware menjual barangan kereta termasuk bateri kereta
- Bengkel membaiki kereta
Jika anda tidak mahu tanya dari satu kedai ke satu kedai, anda boleh membuat panggilan ke senarai kedai di atas bagi membuat kepastian.
Taip saja di internet kedai cas bateri kereta near me, kemudian tersenarai kedai-kedai yang menyediakan khidmat cas bateri kereta di sekitar kawasan anda.
Berapakah harga cas bateri kereta di kedai ?
Harga cas bateri kereta tidaklah mahal. Namun, setiap harga cas bateri kereta di kedai adalah berlainan satu sama lain.
Standard bagi harga cas bateri kereta adalah berjumlah RM5 hingga RM15. Ianya bergantung juga kepada tempoh cas bateri kereta yang anda lakukan itu.
Walaupun anda dikenakan harga cas bateri kereta di kedai sebanyak RM20 sekalipun, ianya masih murah dan berbaloi sekiranya bateri kereta anda kembali boleh digunakan tanpa masalah.
Baca selanjutnya : Harga cas bateri kereta di kedai
Cara cas bateri kereta di rumah
Pada zaman sekarang semuanya sudah boleh anda lakukan sendiri termasuklah diy cas bateri kereta.
Cas bateri kereta di rumah boleh anda lakukan sekiranya anda mempunyai peralatan yang mencukupi.
Alat cas bateri kereta yang anda perlukan adalah portable car battery. Atau anda boleh panggil sebagai power bank cas bateri kereta.
Power bank cas bateri kereta membantu anda untuk anda melakukan cas bateri kereta walaupun anda di rumah.
Berikut merupakan cara cas bateri kereta di rumah :
- Buka bonet hadapan kereta anda.
- Longgarkan skru pada wayar kepada bateri kereta berwarna hitam dan merah.
- Cabut wayar hitam dan wayar merah dari terminal bateri kereta anda.
- Ambil power bank cas bateri kereta anda.
- Pasangkan wayar merah dari power bank anda pada terminal bateri kereta positif.
- Kemudian, pasangkan wayar hitam dari power bank kepada terminal bateri kereta negatif anda.
- Biarkan cas bateri kereta sehingga ianya mencapai 12 jam pengecasan.
- Selesai.
Baca selanjutnya : Cara cas bateri kereta di rumah
Bateri kereta sel kering boleh cas atau tidak ?
Antara ramai yang bertanyakan tentang adakah bateri kering kereta boleh cas ke ? Boleh ke cas bateri kering ? Tak pasti la bateri kering boleh cas atau tidak.
Bolehkah bateri kering di cas bagi sementara waktu sebelum nak beli bateri baru ? Terlebih dahulu bateri kereta sel kering boleh cas ke merujuk kepada anda menentukan jenis bateri yang anda gunakan.
Jika dah betul-betul anda pastikan ianya bateri kereta kering, baru boleh berbalik kepada bateri sel kering boleh cas tak.
Jawapannya kepada semua persoalan bateri kering boleh cas tak di atas adalah boleh. Bateri kereta kering boleh cas sekiranya anda dapati ianya sudah lemah dan hampir kong.
Cas bateri kereta kering memerlukan cara cas bateri kereta sel kering sama seperti di atas yang telah kita bincangkan. Bagi yang masih tertanya-tanya bateri kering boleh cas ke atau sebaliknya sudah terjawab sekarang.
Bateri kering kereta boleh cas tanpa sebarang masalah jika waktunya betul. Anda tidak digalakkan cas bateri kering sekiranya baru sahaja menggunakan bateri kereta tersebut.
Hal ini disebabkan, cas bateri kering kereta sesuai dilakukan jika tempoh bateri kereta sudah melebihi 2 tahun dan ke atas. Oleh itu, bateri kering boleh cas untuk tempoh ini agar ianya betul-betul di tahap yang memerlukan.
Jika anda tetap ingin bateri kereta kering boleh cas di bawah 2 tahun, anda tidak dapat mengetahui masalah lain jika ianya datang disebabkan oleh selain bateri kereta anda.
Cara cas bateri kereta sel basah
Bateri kereta basah boleh cas? Sebenarnya bateri kereta basah juga boleh anda cas. Namun, ada terdapat sedikit tambahan dalam cara cas bateri kereta sel basah ini.
Antara cara cas bateri kereta sel basah adalah seperti berikut :
- Buka bonet hadapan kereta anda.
- Buka semua penutup di tempat isi air bateri kereta pada bateri kereta basah anda.
- Isikan air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maximum kesemuanya.
- Longgarkan skru kepala wayar negatif dan positif yang mengikut pada terminal bateri kereta anda.
- Cabut kedua wayar psotif dan negatif tadi.
- Ambil power bank cas bateri kereta anda.
- Kepilkan wayar merah pada terminal bateri kereta positif anda.
- Kemudian, kepilkan mula wayar hitam pada terminal bateri negatif.
- Cas bateri kereta untuk tempoh 12 jam pengecasan.
- Selesai.
Bagaimana sekiranya bateri kereta tak masuk cas ?
Sekiranya anda telah menghantar bateri kereta untuk pengecasan di sesebuah kedai, namun bateri kereta tak masuk cas, bagaimana perlu buat ?
Cadangan aku sendiri yang pernah melalui keadaan begini adalah dengan menghantar cas bateri kereta di tempat lain pula untuk kali kedua.
Jika bateri kereta tak masuk cas juga, maka betul pasti bateri kereta tersebut tidak boleh lagi digunakan.
Hal ini kerana, ada tempat cas bateri kereta malas nak layan anda dan terus suruh anda beli bateri kereta baru.
Jika kali kedua sudah dipastikan, maka keputusan beli bateri kereta baru amat digalakkan.
Cas bateri kereta tahan berapa lama ?
Untuk sekali pengecasan perlu dilihat dan dipertimbangkan daripada beberapa aspek seperti
- Berapa lama anda mengecas bateri kereta tersebut?
- Berapa baki elektrik dalam bateri sebelum anda melakukan pengecasan bateri kereta?
- Adakah alat cas bateri kereta yang digunakan cukup atau kurang bacaan untuk mengalirkan arus elektrik kepada bateri kereta?
Daripada sini anda boleh menilai cas bateri kereta tahan berapa lama dengan cara membuat bacaan selepas pengecasan.
Jika alat pengecasan bateri kereta yang anda gunakan itu bagus, maka tinggi cas bateri kereta yang dialihkan dan ketahanan bateri kereta mampu bertahan dengan lama.
Pingback: Cara cas bateri kereta di rumah - Mekanikakereta
Pingback: Berapa lama nak cas bateri kereta ? - Mekanikakereta
Pingback: Harga cas bateri kereta di kedai - Mekanikakereta
Pingback: Cas bateri kereta tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta basah boleh cas ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta tak masuk cas - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta kering boleh cas ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai - Mekanikakereta