Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri Amaron bezza

Harga bateri Amaron bezza. Berapakah harga bateri kereta amaron yang boleh anda dapati untuk sebuah kereta perodua bezza yang ingin menggantikan bateri kereta baru ?

Sebuah bateri kereta yang kehabisan bekalan tenaga elektrik dalamnya perlulah digantikan dengan bateri kereta yang baru. Bateri kereta juga salah satu bahagian pakai buang yang perlu anda ambil tahu.

Apabila masanya sudah tiba, maka anda perlu segera mencari pengganti bagi mengelakkan kerja-kerja anda seharian terganggu. Namun, dimanakah nak dapatkan bateri kereta baru untuk kereta perodua bezza anda ?

Lebih-lebih lagi anda yang gemari sesebuah jenama bateri kereta yang antaranya adalah bateri kereta amaron. Apakah hanya terdapat 1 jenis sahaja bateri kereta amaron yang sesuai dengan kereta bezza anda ?

Di manakah tempat yang sesuai untuk anda beli bateri kereta amaron bezza ?

Antara tempat yang boleh anda tuju untuk tukar bateri kereta bezza yang baru adalah seperti berikut :

  1. Pusat service perodua (Service centre perodua)
  2. Kedai bateri kereta
  3. Kedai menjual sparepart
  4. Khidmat bateri kereta online

Tempat-tempat nombor 1 hingga 3 di atas antara tempat yang memberikan sekali khidmat terus tukar bateri anda secara terus. Bawa sahaja kereta bezza anda ke tempat di atas, bayar harga bateri amaron bezza yang anda inginkan, dan pemasangan terus dibuat.

Namun, ada juga kes yang bateri kereta bezza telah pun kong atau habis dan tersadai di sesebuah tempat seperti rumah, tempat kerja dan tepi jalan. Anda mempunyai pilihan iaitu dengan membeli bateri kereta amaron bezza dan buat pemasangan sendiri.

Sekiranya anda boleh membuka dan memasangan sendiri bateri kereta bezza anda, maka pilihan tempat seperti nombor 2 dan 3 sesuai dengan anda. Bahkan, jika anda tidak pandai untuk membuat pemasangan sendiri, anda boleh menggunakan khidmat bateri kereta online seperti nombor 4 yang sudah banyak dijalankan oleh kedai bateri kereta.

harga bateri amaron bezza

Apakah pilihan bateri kereta amaron yang sesuai untuk kereta bezza anda gunakan ?

Pilihan bagi bateri kereta amaron untuk kereta bezza adalah seperti berikut :

  1. Bateri Amaron GO
  2. Bateri Amaron Hi-Life
  3. Bateri Amaron EFB (enhanced flooded battery) – Eco idle system

Ketiga kategori bateri amaron ini boleh digunakan berdasarkan keperluan anda perlukan. Ketiganya bagus dan salah satu yang membezakannya adalah dari segi harga bateri kereta bezza yang perlu dibelanjakan oleh anda sendiri.

Berapakah harga bateri amaron bezza di pasaran ?

Ada pelbagai tawaran harga bateri amaron bezza yang dijual di tempat-tempat yang dinyatakan. Jadi, secara anggarannya anda perlu mengetahui harga bateri amaron bezza yang tidak terlalu murah dan tidak juga terlalu berlebihan mengikut kategorinya.

Kategori bateri AmaronHarga bateri amaron bezza
Amaron GORM190-RM220
Amaron Hi-LifeRM240-RM260
Amaron GO (EFB)RM290-RM340

Harga bateri amaron bezza di atas merupakan harga bateri sahaja tidak termasuk tawaran seperti menjual semula bateri kereta lama anda kepada kedai bateri kereta. Hal ini kerana, setiap kedai berbeza tawaran menjual balik bateri lama antaranya ada yang RM5, RM15 dan RM25.

Malah, pilihan dalam memilih tempoh warrantly untuk bateri kereta amaron juga berbeza seiring dengan apa yang anda perlukan. Jika lama tempoh warrantly, maka harga bateri amaron bezza anda semakin rendah potongan harganya.

2 thoughts on “Harga bateri Amaron bezza

Comments are closed.