Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jangka hayat bateri kereta Aruz

Jangka hayat bateri kereta Aruz. Berapa lamakah bagi jangka hayat bateri kereta untuk kereta aruz itu akan bertahan sepanjang ianya digunakan oleh pemilik kereta aruz ?

Zaman demi zaman permodenan berlaku dan tidak ketinggalan juga dari segi aspek permotoran yang semakin rancak berdaya saing antara satu sama lain.

Pengenalan kepada kereta jenama tempatan iaitu Perodua Aruz menjadikan segmennya semakin berlumba-lumba bagi menyediakan kereta keluarga di negara kita.

Begitu juga teknologinya yang memerlukan bateri kereta Aruz yang berbeza dimana dahulunya hanya terdapat 2 jenis sahaja bateri kereta iaitu bateri kereta kering dan bateri kereta basah.

Bateri kereta yang sesuai untuk perodua Aruz dan cara mengetahuinya

Terdapat dua jenis bateri kereta yang perlu anda tentukan sebelumnya iaitu bateri kering atau basah yang biasa dan bateri kereta yang menggunakan teknologi start/stop atau eco idle.

Jika kereta perodua aruz anda tidak memiliki eco idle. Jadi anda boleh membeli bateri kereta jenis biasa sama ada kering atau basah.

Manakala, jika perodua aruz anda mempunyai teknologi eco idle, bateri kereta yang mempunyai kod spesial adalah amat diperlukan.

Berapakah jangka hayat bateri kereta Aruz ?

Ketahanan adalah seperti bateri kering biasa. Jangka hayat bateri kereta aruz adalah dalam anggaran 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

jangka hayat bateri kereta aruz
Jangka hayat bateri kereta Aruz

Anda boleh buat carian di kedai bateri kereta yang merupakan jenis EFB (Enhanced Flooded Battery) yang mempunyai kod M42.

Kod ini adalah khas digunakan khas kepada kereta yang mempunyai fungsi start/stop atau eco idle.

Teknologi ini juga membantu menjimatkan bateri kereta anda dan dalam masa yang sama memberi penjimatan minyak.

Artikel berkaitan : Harga bateri kereta aruz

Adakah jangka hayat bateri kereta aruz adalah sama seperti menggunakan bateri kereta kering biasa ?

Boleh saja untuk kereta aruz anda menggunakan bateri kereta kering biasa yang jauh lebih murah. Namun, bagi jangka hayat bateri kereta aruz tidak sama seperti yang dinyatakan di atas kerana faktor sistem start/stop atau eco idle.

Kemungkinan besar jangka hayat bateri kereta aruz anda akan hanya bertahan sehingga 1 tahun hingga 2 tahun bagi kereta aruz yang mempunyai eco idle.

Anda sebagai pemilik juga tidak terhad dalam pemilihan kod bateri kereta ini. Jika kereta aruz anda breakdown disebabkan bateri kereta sudah kehabisan, namun di sekitar kawasan anda hanya menjual bateri kereta biasa, ianya masih lagi boleh digunakan.

Ini juga merupakan satu kelebihan kepada anda sebagai pemilik kereta aruz. Hal ini demikian, agar tidak terlalu risau setiap kali bateri kereta habis untuk mencari bateri kereta jenis kod M42 ini.

3 thoughts on “Jangka hayat bateri kereta Aruz

Comments are closed.