Mekanikakereta

Panduan Bateri Kereta No. 1 di Malaysia

Bateri kereta

Cas bateri kereta perlu atau tidak ?

Cas bateri kereta. Di artikel ini terdapat hampir semua jawapan terhadap persoalan anda tentang cas bateri kereta yang bakal atau sedang anda lakukan.

Cas bateri kereta dibuat agar bateri kereta yang sedang anda gunakan itu masih boleh digunakan lagi tanpa perlu anda membeli bateri kereta baru buat sementara waktu.

Lain orang lain keadaan akaun iaitu budget. Ada orang nak tunggu sehingga waktu gaji, baru ada kesempatan untuk beli bateri kereta.

Menjawab kepada persoalan berdasarkan tajuk di atas, cas bateri kereta perlu atau tidak di buat adalah berdasarkan beberapa keperluan.

Bateri kereta boleh cas berdasarkan beberapa kriteria. Jika anda sudah ketahui kriteria ini, anda sendiri boleh membuat keputusan dan penilaian sendiri.

Seperti yang kita tahu, charge bateri kereta adalah satu kelebihan kepada anda yang mengalami masalah bateri kereta lemah atau bateri kereta kong.

cas bateri kereta
Cas bateri kereta

Namun, cas bateri kereta ini hanyalah sementara. Anda sebagai pemilik kereta tidak boleh menganggap bateri kereta boleh cas setiap kali ianya habis untuk beberapa kali.

Maksud mudahnya, bateri kereta tidak boleh anda cas berulang kali selepas ianya berjaya dicas buat kali pertama.

Apakah punca lampu amaran bateri kereta menyala ?

Seperti yang kita tahu lampu amaran bateri kereta menyala dengan beberapa sebab iaitu seperti berikut :

  1. Cas dalam bateri kereta sudah berada dalam keadaan lemah.
  2. Jika bateri kereta anda baru ditukar, maka boleh diketahui ianya adalah disebabkan alternator yang tidak berfungsi dengan baik.

Kedua punca lampu amaran bateri menyala ini adalah tidak asing lagi sekiranya ianya timbul sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta.

Bacaan lanjut : Lampu bateri menyala

Mengapakah lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan

Kebiasaannya lampu amaran cas bateri akan menyala sebelum anda nak melakukan start enjin kereta.

Ada 2 step ketika anda memasuki kunci iaitu dengan membuka “Unlock” kemudian accessories atau ACC dan seterusnya “ON”.

lampu amaran cas bateri masih menyala

Bila kunci kereta anda pada kedudukan “ON”, ada beberapa lampu pada meter kereta anda akan menyala termasukan lampu amaran bateri kereta.

Itu adalah perkara biasa yang berlaku sebelum enjin kereta anda dihidupkan. Apabila anda memutarkan kunci pada “Start” dan enjin telah dihidupkan, maka kunci akan kembali kepada kedudukan “ON” semula.

Namun, terdapat lampu amaran cas bateri yang masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan berlaku kepada anda ketika itu. Apakah tanda disebalik lampu amaran cas bateri masih menyala tersebut ?

Terdapat 2 situasi mengapa lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan iaitu :

1. Penyambungan antara wayar dari kereta kepada bateri kereta

Perkara ini sangat jarang berlaku, namun ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekiranya jarang sekali check penyambungan bateri kereta.

Boleh jadi penyambungi wayar kepada bateri kereta anda telah pun longgar. Ketika menghidupkan enjin tiada masalah, namun ketika sedang melakukan pergerakkan nyalaan lampu bateri boleh berlaku.

Hal ini kerana, penyambungan wayar kepada bateri kereta anda telah pun tertanggal dalam keadaan yang lama.

Sehinggakan lampu amaran bateri kereta masih menyala kerana ianya menggunakan tenaga tanpa kehadiran bateri kereta.

2. Alternator telah pun kong

Fungsi alternator adalah membantu aliran elektrik dalam kereta supaya berterusan berlaku dan akan menjimatkan penggunaan bateri kereta.

Sekiranya lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan, ianya membawa tanda bahawa penggunaan bateri kereta secara sepenuhnya tanpa kehadiran alternator.

Untuk jangka masa singkat, kereta anda masih boleh digunakan seperti biasa. Jika perkara ini diteruskan untuk hari ke 2 dan seterusnya, maka dinasihatkan untuk anda rujuk bengkel kedai kereta atau pusat servis.

Penggunaan secara berterusan akan menyebabkan bateri kereta anda akan kehabisan tidak mengira waktu walaupun ianya bateri kereta yang baru saja anda beli.

Bateri kereta sel kering boleh cas atau tidak ?

Antara ramai yang bertanyakan tentang adakah bateri kering kereta boleh cas ke ? Boleh ke cas bateri kering ? Tak pasti la bateri kering boleh cas atau tidak.

Bolehkah bateri kering di cas bagi sementara waktu sebelum nak beli bateri baru ? Terlebih dahulu bateri kereta sel kering boleh cas ke merujuk kepada anda menentukan jenis bateri yang anda gunakan.

Jika dah betul-betul anda pastikan ianya bateri kereta kering, baru boleh berbalik kepada bateri sel kering boleh cas tak.

Jawapannya kepada semua persoalan bateri kering boleh cas tak di atas adalah boleh. Bateri kereta kering boleh cas sekiranya anda dapati ianya sudah lemah dan hampir kong.

bateri kereta kering boleh cas
Bateri kereta kering boleh cas

Cas bateri kereta kering memerlukan cara cas bateri kereta sel kering sama seperti di atas yang telah kita bincangkan. Bagi yang masih tertanya-tanya bateri kering boleh cas ke atau sebaliknya sudah terjawab sekarang.

Bateri kering kereta boleh cas tanpa sebarang masalah jika waktunya betul. Anda tidak digalakkan cas bateri kering sekiranya baru sahaja menggunakan bateri kereta tersebut.

Hal ini disebabkan, cas bateri kering kereta sesuai dilakukan jika tempoh bateri kereta sudah melebihi 2 tahun dan ke atas. Oleh itu, bateri kering boleh cas untuk tempoh ini agar ianya betul-betul di tahap yang memerlukan.

Jika anda tetap ingin bateri kereta kering boleh cas di bawah 2 tahun, anda tidak dapat mengetahui masalah lain jika ianya datang disebabkan oleh selain bateri kereta anda.

Apakah tanda yang perlu anda tahu sebelum bateri kereta sel kering ini masih boleh dicas ?

Apa yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti dahulu tanda-tanda bateri kereta anda sebelum ianya akan lemah.

Tiada orang yang nak cas bateri kereta jika tiada sebarang tanda bateri kereta tersebut akan kong.

Perkara yang paling ditekankan sekali adalah anda lihat tarikh pada bateri kereta anda. Di atas permukaan bateri kereta anda telah tertulis tarikh bila anda beli bateri kereta tersebut.

Bila dah dapat tahu tarikh anda beli bateri kereta, mulakan buat kira-kira hingga sekarang waktu anda gunakan bateri kereta tersebut.

Tempoh terbaik untuk bateri kereta kering boleh anda hantar cas adalah sekiranya sudah melebihi 2 tahun dan ke atas ianya digunakan.

Tapi sebelum itu, kenal pasti dulu tanda yang kedua ini. Bila anda start enjin kereta pada waktu pagi, akan menyala lambang bateri kereta pada paparan meter kereta anda.

Kedua-dua perkara ini merupakan tanda kuat untuk anda menghantar bateri kereta kering ini di cas. Jangan tunggu lama-lama sehingga ianya habis. Sementara ia masih boleh diselamatkan, lakukannya segera.

Adakah terdapat kebaikan cas bateri kereta sel kering ?

Sudah tentu membawa kebaikan jika anda mengecas bateri kereta kering ini. Antaranya ialah anda boleh menjimatkan wang buat seketika. Anda tidak perlu membeli bateri kereta yang baru buat masa sekarang.

Selain itu, anda boleh menangguhkan tempoh penggunaan bateri kereta yang sekarang paling lama maksimum boleh mencapai 3 hingga 6 bulan.

Agak lama juga masa tersebut walaupun baru sekali sahaja bateri kereta anda dihantar untuk pengecasan.

Langkah yang perlu diambil sebaik sahaja cas bateri kereta kering telah dilakukan

Sebaiknya bateri sel kering boleh cas hanya untuk sekali sahaja. Bila pengecasan sudah dibuat, maka selepas itu anda sudah boleh bersedia untuk ganti dan beli bateri kereta baru.

Hal ini kerana, cas bateri kereta hanya akan membantu menambah tempoh masa buat seketika sahaja. Namun, cara cas bateri kereta sel kering bukan setiap kali bateri kereta lemah anda boleh cas.

Apakah keburukan jika hanya bergantung pada bateri kereta kering boleh cas ini?

Walaupun bateri kering boleh cas dan anda sudah kerap kali buat pengecasan pada bateri kereta yang sama, namun ianya tidak akan bertahan lama.

Lebih-lebih lagi jika anda hendak gunakan kereta bagi perjalanan yang jauh. Perjalanan yang jauh akan bergantung kepada bateri kereta yang mempunyai cas elektrik yang agak banyak dan optimum.

Jika masih anda teruskan, ada kemungkinan besar kereta anda akan berlaku kerosakan yang akan memberi masalah kepada anda sendiri.

Adakah bateri kereta basah boleh cas ?

Dengan ringkas kita akan berikan disini bahawa bateri kereta basah sebenarnya boleh anda mengecasnya kembali. Anda boleh membuat pilihan untuk mengecasnya sendiri di rumah ataupun hantar bateri kereta di kedai untuk membuat pengecasan.

Pengecasan bateri kereta basah sebelum itu perlu turut melalui tanda-tanda bateri kereta sudah lemah. Tindakan mengecas bateri kereta tanpa mendapati tanda-tanda ini adalah tiada keperluan kecuali anda membuat cek bateri kereta menggunakan alatan mengukur yang betul.

Tahap keupayaan bateri kereta basah selepas di cas

Sememangnya kita tahu bateri kereta basah ini memang boleh bertahan dengan lama sehingga boleh mencapai 5 tahun penggunaan. Akan tetapi sekiranya sudah mencapai tahap ini, keupayaan dari pengecasan bateri kereta tidaklah begitu memberangsangkan.

Bateri kereta basah selepas anda menghantarnya untuk cas akan mendapatkan semula tenaga sebaiknya sekiranya tempoh penggunaan bateri kereta anda di antara 2 hingga 3 tahun.

Hal ini kita boleh lihat, bateri kereta basah yang terlalu lama tidak akan mampu menyimpan tenaga elektrik dengan baik sama seperti anda baru beli bateri kereta basah.

Apakah tidak perlu isi air bateri kereta sekiranya bateri kereta basah sudah di cas ?

Tidak benar sekali. Anda masih memerlukan air bateri kereta sebagai pelengkap bagi bateri kereta basah yang sudah dicas untuk menghidupkan enjin kereta.

Bahkan anda sendiri boleh mengalami masalah ini dalam masa yang sama sehinggakan proses start enjin kereta tidak boleh dibuat.

bateri kereta basah boleh cas
Bateri kereta basah boleh cas

Di manakah tempat cas bateri kereta yang mudah untuk anda rujuk ?

Terdapat beberapa tempat pengecasan bateri kereta yang boleh anda pergi. Namun, tidak semua tempat di bawah menyediakan khidmat cas bateri kereta ini.

Anda digalakkan untuk bertanya di kedai cas bateri kereta satu persatu sebelum ianya di terima untuk melakukannya. Antara tempat cas bateri kereta yang boleh anda hantar adalah :

  1. Kedai menjual bateri kereta
  2. Kedai hardware menjual barangan kereta termasuk bateri kereta
  3. Bengkel membaiki kereta

Jika anda tidak mahu tanya dari satu kedai ke satu kedai, anda boleh membuat panggilan ke senarai kedai di atas bagi membuat kepastian.

Taip saja di internet kedai cas bateri kereta near me, kemudian tersenarai kedai-kedai yang menyediakan khidmat cas bateri kereta di sekitar kawasan anda.

Cas Bateri Kereta di Kedai

Apabila bateri kereta anda berada dalam keadaan yang kritikal dan memerlukan diagnosis serta pengecasan profesional, kedai alat ganti atau bengkel membaiki kereta adalah tempat cas bateri kereta yang paling biasa dituju.

Kedai-kedai ini dilengkapi dengan pengecas bateri gred industri yang jauh lebih berkuasa dan canggih berbanding model yang digunakan di rumah.

Kelebihan utama memilih tempat cas bateri kereta di bengkel ialah mekanik mahir dapat menilai keadaan bateri dan sistem pengecasan kereta anda secara keseluruhan, termasuk alternator.

Selain pengecasan, mereka juga boleh menjalankan ujian beban (load test) untuk menentukan sama ada bateri perlu diganti sepenuhnya atau masih boleh diselamatkan.

Oleh itu, mendapatkan perkhidmatan cas bateri di kedai menawarkan ketenangan fikiran kerana proses pengecasan dilakukan mengikut prosedur yang betul.

Kebiasaannya, proses pengecasan ini memerlukan masa beberapa jam bergantung pada tahap kehabisan bateri.

Ini menjadikan kedai sebagai tempat cas bateri kereta yang ideal untuk situasi kecemasan atau pengecasan penyelenggaraan yang mendalam.

tempat cas bateri kereta

Cas Bateri Kereta di Rumah

Pilihan yang semakin popular dan menawarkan kemudahan maksimum adalah menjadikan rumah anda sebagai tempat cas bateri kereta sendiri, terutamanya untuk tujuan penyelenggaraan.

Melakukan pengecasan di rumah hanya memerlukan pelaburan awal untuk membeli pengecas bateri automatik yang moden, yang kini mudah didapati di pasaran.

Pengecas moden ini selalunya mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti perlindungan daripada cas berlebihan (overcharge protection) dan polariti terbalik, menjadikannya selamat untuk digunakan oleh pengguna biasa.

Walaupun proses cas di rumah mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding di kedai, ia membolehkan anda mengekalkan tahap cas bateri secara proaktif, mengelakkan kerosakan yang tidak dijangka.

Ini merupakan penyelesaian yang bijak bagi pemilik kereta yang jarang memandu atau menyimpan kereta untuk jangka masa panjang, kerana ia membantu memanjangkan jangka hayat bateri secara keseluruhan.

Dengan adanya pengecas peribadi, anda tidak perlu lagi mencari tempat cas bateri kereta lain untuk pengecasan rutin.

Bolehkah anda nak cas bateri kereta di rumah ?

Cas bateri kereta di rumah boleh anda lakukan sekiranya anda mempunyai alatan. Alatan bagi mengecas bateri kereta boleh anda dapati dan beli di kedai hardware atau aksesori.

Malah sekarang sudah banyak jualan secara dalam talian atau online. Taip sahaja alatan yang anda perlukan bagi menjayakan cas bateri kereta di rumah.

Sekiranya anda membeli alatan yang salah, maka proses pengecasan tidak dapat dilakukan dari awal lagi.

Apatah lagi bagi mendapatkan keputusan pengecasan yang bagus setelah melakukan cas bateri kereta di rumah dalam jangka masa yang agak lama.

Apakah alatan bagi melakukan cara cas bateri kereta di rumah ?

Alatan yang penting untuk anda beli bagi melakukan cara cas bateri kereta di rumah adalah portable car battery charger.

Portable car battery charger ini sangat mudah dilakukan walaupun anda nak cas bateri kereta di rumah.

Malah, anda boleh membawa portable car battery charger ini ke mana-mana sahaja tanpa sebarang masalah.

Jika berlaku kereta tidak boleh start kereta bateri kereta pun boleh menggunakan alatan ini bagi menambah aliran elektrik sewaktu ingin menghidupkan enjin kereta.

Cara nak cas bateri kereta

Pengecasan bateri kereta memerlukan cara cas bateri kereta yang betul dan benar. Jika anda tidak mengikut turutan cara cas bateri kereta dengan baik, maka ada bateri kereta tersebut tidak akan menerima cas elektrik ke dalam bateri kereta anda.

Berikut merupakan susunan cara nak cas bateri kereta yang boleh anda rujuk semasa melakukan cas bateri kereta :

  1. Buka bonet kereta anda.
  2. Buka skru pada kepala wayar berwarna hitam (negatif) menggunakan spanar hidup.
  3. Kemudian, bukan skru pada kepala wayar yang berwarna merah (positif).
  4. Cabut dan tanggalkan kedua wayar merah dan hitam dari terminal bateri kereta anda.
  5. Angkat dan bawa keluar bateri kereta anda.
  6. Bawa bateri kereta anda ke kedai bateri kereta terdekat.
  7. Pihak kedai bateri kereta akan membuat pengesahan dengan check bacaan bateri kereta anda.
  8. Tinggalkan bateri kereta anda di kedai bateri kereta tersebut bagi melakukan cas bateri kereta di kedai.
  9. Selesai.

Bagaimanakah cara cas bateri kereta di rumah ?

Cara cas bateri kereta di rumah adalah mudah. Dengan adanya alatan seperti portable car battery charger, anda tidak perlu banyak langkah bagi melakukan pengecasan bateri kereta.

Salah satu kelebihan bagi anda yang mempunyai alatan ini adalah anda tidak perlu mencabut bateri kereta keluar dari bonet kereta anda.

Namun, langkah bagi melaksanakan cara cas bateri kereta di rumah ini perlulah betul. Jika anda salah lakukannya, maka perkara seperti litar pintas dalaman wiring kereta boleh berlaku.

Ikuti cara cas bateri kereta di rumah seperti berikut :

  1. Buka bonet hadapan kereta anda.
  2. Pastikan anda mulakan dengan keadaan enjin kereta tidak dihidupkan.
  3. Kenal pasti kedudukan bateri kereta anda di mana.
  4. Cabut atau tanggalkan wayar merah dan wayar hitam iaitu wayar positif dan negatif yang diikat pada terminal bateri kereta.
  5. Ambil portable car battery charger anda.
  6. Terdapat dua wayar iaitu wayar merah dan wayar hitam yang disediakan dari portable car battery charger.
  7. Ambil wayar merah portable car battery charger dan dikepitkan pada terminal positif bateri kereta anda.
  8. Kemudian, wayar hitam pula dikepitkan kepada terminal negatif bateri kereta.
  9. Biarkan pengecasan dilakukan selama 6 jam hingga 12 jam.

Semakin lama pengecasan dibuat semakin bagus. Ada juga yang melakukan pengecasan selama seharian atau semalaman.

Namun, yang penting keesokannya anda perlu segera monitor dan selesaikan pengecasan bagi mengelakkan over limit charging.

Apa yang perlu anda lakukan setelah pengecasan bateri kereta siap di lakukan ?

Sudah tentu anda tidak sabar untuk start enjin kereta anda selepas membuat pengecasan bateri kereta. Namun, ikuti langkah di bawah setelah anda selesai dalam cara cas bateri kereta di rumah dilakukan.

  1. Pastikan anda cabut wayar bateri kereta portable car battery charger dengan cara reverse dari semasa anda memasangnya.
  2. Setelah selesai pengecasan dilakukan, cabut wayar hitam terlebih dahulu, kemudian wayar merah.
  3. Pasang semula wayar positif yang berwarna merah dari kereta anda kepada terminal bateri kereta positif anda.
  4. Manakala, begitu juga wayar negatif berwarna hitam dari kereta perlu dipasang semula pada terminal negatif bateri kereta anda.
  5. Pastikan kedua wayar tadi diikat dengan kemas dan rapi.
  6. Mulakan start enjin kereta anda.
  7. Jika enjin kereta berjaya dihidupkan, maka bateri kereta anda mampu bertahan dalam jangka masa 1 bulan hingga 3 bulan.
  8. Jika enjin kereta tidak boleh di start, ada kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar kepada yang baru.
  9. Manakala, jika sudah menukar bateri kereta baru, tetapi enjin kereta tidak juga dapat dihidupkan, maka rujuk bengkel kereta berhampiran supaya mereka dapat cek apakah masalah sebenar kereta anda tidak dapat start.

Cara cas bateri kereta sel basah

Bateri kereta basah boleh cas? Sebenarnya bateri kereta basah juga boleh anda cas. Namun, ada terdapat sedikit tambahan dalam cara cas bateri kereta sel basah ini.

Antara cara cas bateri kereta sel basah adalah seperti berikut :

  1. Buka bonet hadapan kereta anda.
  2. Buka semua penutup di tempat isi air bateri kereta pada bateri kereta basah anda.
  3. Isikan air bateri kereta sehingga ianya mencapai tahap maximum kesemuanya.
  4. Longgarkan skru kepala wayar negatif dan positif yang mengikut pada terminal bateri kereta anda.
  5. Cabut kedua wayar psotif dan negatif tadi.
  6. Ambil power bank cas bateri kereta anda.
  7. Kepilkan wayar merah pada terminal bateri kereta positif anda.
  8. Kemudian, kepilkan mula wayar hitam pada terminal bateri negatif.
  9. Cas bateri kereta untuk tempoh 12 jam pengecasan.
  10. Selesai.

Berapakah harga cas bateri kereta di kedai ?

Alternatif lain selain cas di rumah adalah menghantar bateri ke kedai tempat yang menerima cas bateri. Harga cas bateri kereta tidaklah mahal. Namun, setiap harga cas bateri kereta di kedai adalah berlainan satu sama lain.

Standard bagi harga cas bateri kereta adalah berjumlah RM5 hingga RM15. Ianya bergantung juga kepada tempoh cas bateri kereta yang anda lakukan itu.

Walaupun anda dikenakan harga cas bateri kereta di kedai sebanyak RM20 sekalipun, ianya masih murah dan berbaloi sekiranya bateri kereta anda kembali boleh digunakan tanpa masalah.

Tips sebelum anda membayar harga cas bateri di kedai

  1. Pastikan kedai bateri menunjukkan bacaan volt bateri kereta anda ketika sebelum cas dilakukan
  2. Ambil gambar bacaan serta bateri kereta anda
  3. Tanya terlebih dahulu jumlah bayaran yang sebenar mengikut tawaran sesebuah kedai bateri/bengkel kereta buat.
  4. Ada yang cas pagi hingga petang dan ada yang cas seharian hantar hari ini dan ambil keesokkan harininya dengan harga yang berbeza.
  5. Ketika dah siap cas, pastikan pihak kedai menunjukkan bacaan setelah dicas sama ada meningkat atau tidak.
  6. Kemudian barulah anda membuat bayaran kepada pihak kedai dengan meminta resit sebagai bukti anda melakukan cas bateri di kedai tersebut.
harga cas bateri kereta di kedai
Harga cas bateri kereta di kedai

Cas bateri kereta tahan berapa lama ?

Untuk sekali pengecasan perlu dilihat dan dipertimbangkan daripada beberapa aspek seperti

  1. Berapa lama anda mengecas bateri kereta tersebut?
  2. Berapa baki elektrik dalam bateri sebelum anda melakukan pengecasan bateri kereta?
  3. Adakah alat cas bateri kereta yang digunakan cukup atau kurang bacaan untuk mengalirkan arus elektrik kepada bateri kereta?

Daripada sini anda boleh menilai cas bateri kereta tahan berapa lama dengan cara membuat bacaan selepas pengecasan.

Jika alat pengecasan bateri kereta yang anda gunakan itu bagus, maka tinggi cas bateri kereta yang dialihkan dan ketahanan bateri kereta mampu bertahan dengan lama.

Kebaikan disebalik mengecas bateri kereta

Secara asasnya kita dapat menjimatkan duit dari perlu membeli bateri kereta yang baru buat seketika. Namun, kita perlu lihat kebaikan ini juga perlu selari dengan tempoh penggunaan bateri kereta.

Bukan semua keadaan sesuai untuk bateri kereta anda buat pengecasan. Apa yang penting bila masuk sahaja tahun kedua anda menggunakan bateri kereta ini, dan dalam masa yang sama sudah mempunyai tanda bateri kereta lemah atau nak kong, anda bolehlah menghantar cas bateri kereta tersebut.

Selain itu, tempoh penggunaan bateri kereta akan bertahan lebih lama dari yang anda sangka. Namun, pengecasan bateri kereta perlu mengikut spesifikasi kepada cas bateri kereta. Teruskan pembacaan anda di bawah.

Apakah faktor kepada cas bateri kereta tahan berapa lama ?

1. Berapa lama bateri itu dicas

Bagi anda yang mengecas bateri kereta sendiri mahupun cas bateri kereta di kedai, tempoh pengecasan yang cukup perlu dibuat sehinggalah bacaan multimeter itu menunjukkan perbezaan sebelum cas bateri kereta dan selepas cas bateri kereta dibuat.

Jika tidak cukup tempoh pengecasan, maka cas bateri kereta tersebut tidak akan bertahan lama.

2. Tempoh penggunaan bateri kereta sebelum di cas

Keadaan ini juga perlu anda ambil kira. Jika bateri kereta adalah baru dibeli, ada kemungkinan bukan faktor masalah bateri kereta anda yang menyebabkan elektrik di dalam bateri itu cepat habis.

Kenal pasti terlebih dahulu masalah sebenar mengapa bateri kereta anda cepat habis sebelum pengecasan dibuat.

Seterusnya, jika bateri kereta yang anda gunakan melebihi 4 tahun ke atas, pengecasan bateri kereta adalah tidak digalakkan kerana bateri kereta tersebut sudah sampai limit maksimum ianya digunakan walaupun pengecasan dibuat.

Tempoh bateri kereta yang paling sesuai untuk anda hantar cas adalah antara 2 tahun hingga 3 tahun setengah penggunaan.

cas bateri kereta tahan berapa lama
Cas bateri kereta tahan berapa lama

3. Kekerapan menggunakan kereta selepas di cas

Sekiranya kereta anda hanya parking sahaja, berkemungkinan ketahanan bateri kereta tersebut walaupun selepas cas dibuat tidak akan berlanjutan lama.

Hal ini kerana, aliran elektrik dalam bateri kereta akan diserap ke bumi sebagai proses aliran neutral atau semula jadi.

4. Penjagaan servis kereta yang baik

Faktor yang agak memainkan peranan dalam cas bateri kereta tahan antaranya adalah penjagaan minyak enjin dengan baik.

Walaupun kereta anda kerap digunakan, punca dari minyak hitam yang telah pekat mengakibatkan tarikan tenaga elektrik lebih kuat berbanding kebiasaan kereta dijaga servisnya.

5. Bergantung kepada nasib jika di atas sudah dijaga namun bateri kereta tetap cepat lemah

Jika faktor di atas sudah dijaga, namun pengecasan bateri kereta tetap tidak bertahan, disarankan supaya tukar saja bateri kereta yang baru.

Hal ini kerana, sekiranya anda bergantung kepada cas bateri kereta tadi, takut akan menjadi masalah kehabisan bateri kereta bila-bila saja akan tanpa anda sendiri duga.

Cas bateri kereta tahan berapa lama secara logiknya ?

Untuk anda yang nak tahu berapa lama bateri kereta akan bertahan selepas anda mengecas bateri kereta, perlu mengikuti faktor di atas dulu supaya anda tahu kelebihan cas bateri kereta atau sebaiknya terus beli bateri yang baru.

Bateri kereta selepas anda membuat pengecasan akan bertahan selama 1 bulan hingga 6 bulan dari tempoh mulanya anda menghantar cas.

Sebaik sahaja bateri kereta tersebut kong selepas itu, anda digalakkan untuk tidak mengecasnya lagi dan membeli bateri kereta yang baru.

Cas bateri kereta perlukan masa berapa lama ?

Ada beberapa persoalan terhadap berapa jam cas bateri kereta perlu dilakukan. Antaranya ada yang mengatakan adalah hanya 2 hingga 3 jam sahaja bagi tempoh masa cas bateri kereta.

Namun, menjadi persoalan berapa lama masa untuk cas bateri kereta sehingga ianya kembali penuh ?

Tempoh cas bateri kereta 2 hingga 3 jam sebenarnya adalah tidak mencukupi bagi mengembalikan keadaan bateri kereta untuk mampu ianya digunakan semula.

Ianya hanya sekadar sesuai sekiranya bateri kereta itu lemah dan memerlukan cas bateri kereta berapa jam sahaja. Jika bateri kereta tersebut telah kong, maka tempoh 2 hingga 3 jam itu tidaklah sesuai.

Oleh itu, berapa lama untuk cas bateri kereta yang sesuai untuk kereta anda ? Standard bagi anda yang menggunakan bateri kereta jenis kering dan basah iaitu 12V itu adalah selama 8 hingga 12 jam pengecasan.

Untuk kereta yang menggunakan bateri kereta 12V ke atas memelukan berapa lama cas bateri kereta pula ?

Jika jumlah voltan yang bateri kereta anda gunakan itu lebih tinggi, maka lebih lama pengecasan perlu dibuat. Ia boleh mencapai sehingga 2 hari bagi tempoh cas bateri kereta semaksimum mungkin.

Berapa lama nak cas bateri kereta sekiranya bateri sudah kong sepenuhnya ?

Bateri kereta yang langsung tidak memberi sebarang respon ketika start enjin malah paparan pada meter tiada satu pun lampu menyala adalah kita boleh kategorikan segai ianya sudah kong. Jika anda hanya mempunyai powerbank untuk cas bateri kereta, lakukan pengecasan selama 12 jam sebaiknya.

Selepas 12 jam pengecasan dibuat pada bateri kereta, cabut powerbank tersebut. Kemudian, mulakan start enjin kereta anda. Jika sebelum anda start enjin, terdapat nyalaan lampu pada paparan meter kereta ketika kunci pada “ON”, maka itu adalah satu petanda baik.

Bagaimana sekiranya bateri kereta tak masuk cas ?

Sekiranya anda telah menghantar bateri kereta untuk pengecasan di sesebuah kedai, namun bateri kereta tak masuk cas, bagaimana perlu buat ?

Cadangan aku sendiri yang pernah melalui keadaan begini adalah dengan menghantar cas bateri kereta di tempat lain pula untuk kali kedua.

Jika bateri kereta tak masuk cas juga, maka betul pasti bateri kereta tersebut tidak boleh lagi digunakan.

Hal ini kerana, ada tempat cas bateri kereta malas nak layan anda dan terus suruh anda beli bateri kereta baru.

Jika kali kedua sudah dipastikan, maka keputusan beli bateri kereta baru amat digalakkan.

Apakah faktor yang menyebabkan bateri kereta tak masuk cas ?

1. Bateri kereta telah pun lama digunakan

Bagi setiap bateri kereta, ada limit maksimum yang ditetapkan penggunaannya. Sekiranya melebihi dari tempoh waktu yang ditetapkan, ianya adalah bonus kepada anda sendiri.

Gunakan sebaiknya selagi mana bateri kereta tersebut masih berfungsi dengan baik sebelum ia menimbulkan tanda bateri kereta kong.

Apabila bateri kereta tersebut contohnya dah kong selama 4 tahun penggunaan, maka bateri kereta tak masuk cas itu adalah mengikut logik sebenarnya.

Malah, sekiranya anda baru gunakan 1 tahun, bateri kereta tak masuk cas adalah amat jarang sekali berlaku melainkan seperti perkara di bawah.

2. Tidak menjaga bateri kereta dengan baik terutamanya bateri kereta basah

Bagaimana cara nak jaga bateri kereta dengan baik? Sebenarnya tidak perlu setiap bulan untuk anda buka bonet hadapan dan check pada bateri kereta tersebut.

Cukup sekadar sudah setahun penggunaan bateri kereta tersebut, anda membersihkan kawasan terminal bateri kereta yang menghubungkan wayar positif dan negatif itu.

Proses ini turut memastikan ikatan skru wayar positif dan negatif pada terminal bateri kereta anda itu kemas dan tidak longgar. Begitu juga kepada anda yang menggunakan bateri kereta basah.

Penjagaan air bateri boleh memberi kesan kepada bateri kereta tak boleh cas ini berlaku. Air bateri kereta sangat memainkan peranan. Isikan air bateri kereta terlebih dahulu, kemudian cuba kembali cas bateri kereta tersebut untuk melihat hasilnya.

3. Kedai bateri kereta tidak mahu layan, cuba kedai bateri kereta yang berbeza

Ada benar situasi ini pernah juga berlaku kepada rakan aku. Bawa bateri kereta di kedai bateri kereta untuk minta ianya di cas.

Namun, tidak dilayan dan dikatakan bateri kereta sudah kong dan tidak boleh buat apa-apa kecuali beli baru.

Padahal, bukan sebab bateri kereta tak boleh cas. Malah, bateri kereta baru digunakan di bawah 2 tahun. Jika berlaku kes begini, anda diminta bawa bateri kereta tersebut ke kedai bateri kereta lain untuk diminta cas untuk seharian.

Bila sudah di cas, kereta pun boleh start dan masih boleh diguna pakai selama 2 bulan. Walaupun tidak lama, ia sedikit sebanyak membantu dikala kita hendak jimat pada bulan tersebut.

Apakah kesan terhadap bateri kereta tak masuk cas kepada pemilik kereta ?

Sudah tentu satu kerugian kerana tidak dapat memanfaatkan kelebihan dari segi penjimatan kerana bateri kereta masih lagi boleh digunakan selepas ianya di cas.

Namun, perlu diingatkan, bateri kereta tak masuk cas adalah bergantung kepada waktunya ia telah digunakan. Perhatikan jadual di bawah bagi kemudahan anda untuk memahami :

Tempoh penggunaan bateri keretaBateri kereta tak masuk cas
2 tahun ke bawahRugi
2 tahun hingga 3 tahunNormal
4 tahun dan ke atasMasih berbaloi
Bateri kereta tak masuk cas

Adakah bateri kereta tak masuk cas masih boleh lagi digunakan lagi ?

Sudah tentu ianya tidak boleh diselamatkan lagi. Walaupun anda menggunakan jumper bateri kereta buat seketika, jika ingin menggunakan kereta tersebut secara kecemasan, pasti akan mendatangkan masalah lain kelak.

Kejadian ini yang perlu kita elakkan. Ambil langkah awal supaya anda menjadi pengguna yang bijak.

Biar rugi beli bateri kereta yang baru sekarang, namun tidak rugi akan masalah lain mendatang tanpa kita tahu bila ianya akan berlaku.

Apakah langkah sebaiknya bagi mengatasi bateri kereta tak masuk cas pada masa akan datang ?

Berdasarkan jadual di atas, jika bateri kereta tak masuk cas terjadi kepada anda yang menggunakan bateri kereta di bawah 2 tahun, disarankan untuk tukar kepada bateri kereta yang baru.

Tidak semua bateri kereta yang kita beli akan bertahan mengikut tempoh masa yang sama. Ada juga nasib kurang baik.

Maka, jawapannya adalah tukar kepada bateri kereta baru adalah lebih baik supaya tidak berlaku sebarang kejadian kereta breakdown disebabkan bateri kereta anda sudah kehabisan.

bateri kereta tak masuk cas
Bateri kereta tak masuk cas

9 thoughts on “Cas bateri kereta perlu atau tidak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *