Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta basah boleh cas ?

Bateri kereta basah boleh cas? Adakah bagi sesebuah bateri kereta terutamanya bateri basah boleh anda cas bateri kereta ketika ianya sudah lemah atau hampir dengan situasi kehabisan tenaga elektriknya ?

Bateri kereta basah sudah tentu memerlukan bantuan dari air bateri kereta. Air bateri kereta ini membantu mengekalkan kuasa yang dimiliki oleh bateri kereta jenis basah.

Bantuan dari air bateri kereta inilah yang dapat menambahkan tempoh bateri kereta itu semakin lama ia akan bertahan dan boleh digunakan tanpa menghadapi sebarang masalah berkenaan bateri kereta.

Namun, persoalannya di sini, adakah keperluan bagi bateri kereta basah boleh cas ini boleh dilakukan? Ternyata mengecas bateri kereta turut memanjangkan lagi hayat sesebuah bateri kereta.

Adakah bateri kereta basah boleh cas ?

Dengan ringkas kita akan berikan disini bahawa bateri kereta basah sebenarnya boleh anda mengecasnya kembali. Anda boleh membuat pilihan untuk mengecasnya sendiri di rumah ataupun hantar bateri kereta di kedai untuk membuat pengecasan.

Pengecasan bateri kereta basah sebelum itu perlu turut melalui tanda-tanda bateri kereta sudah lemah. Tindakan mengecas bateri kereta tanpa mendapati tanda-tanda ini adalah tiada keperluan kecuali anda membuat cek bateri kereta menggunakan alatan mengukur yang betul.

Tahap keupayaan bateri kereta selepas di cas

Sememangnya kita tahu bateri kereta basah ini memang boleh bertahan dengan lama sehingga boleh mencapai 5 tahun penggunaan. Akan tetapi sekiranya sudah mencapai tahap ini, keupayaan dari pengecasan bateri kereta tidaklah begitu memberangsangkan.

Bateri kereta basah selepas anda menghantarnya untuk cas akan mendapatkan semula tenaga sebaiknya sekiranya tempoh penggunaan bateri kereta anda di antara 2 hingga 3 tahun.

Hal ini kita boleh lihat, bateri kereta basah yang terlalu lama tidak akan mampu menyimpan tenaga elektrik dengan baik sama seperti anda baru beli bateri kereta basah.

Apakah tidak perlu isi air bateri kereta sekiranya bateri kereta basah sudah di cas ?

Tidak benar sekali. Anda masih memerlukan air bateri kereta sebagai pelengkap bagi bateri kereta basah yang sudah dicas untuk menghidupkan enjin kereta.

Bahkan anda sendiri boleh mengalami masalah ini dalam masa yang sama sehinggakan proses start enjin kereta tidak boleh dibuat.

bateri kereta basah boleh cas
Bateri kereta basah boleh cas

One thought on “Bateri kereta basah boleh cas ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *