Bateri kereta kelisa : Jadi pengguna yang bijak
Bateri kereta kelisa. Apakah bateri kereta yang sesuai yang boleh digunakan oleh sebuah kereta perodua kelisa ?
Perodua kelisa merupakan sebuah kereta keluaran tempatan yang dihasilkan di negara kita.
Kereta kelisa menjadi pilihan ramai pada waktu ketika dahulu sehingga sekarang walaupun sudah tidak banyak di atas jalan raya, ianya masih terdapat lagi yang menggunakannya.
Bagusnya produk tempatan kita ini adalah dijadikan sebagai kereta untuk jarak dekat dan dalam masa sama memberikan penjimatan terbaik kepada setiap pemiliknya.
Sehingga sekarang, masih lagi yang mahu mencari dan ingin menggunakannya oleh kerana ketahanan enjinnya yang sangat bagus.
Di artikel ini, kita akan dapat ketahui sedikit sebanyak maklumat tentang bateri kereta kelisa yang di dalamnya mempunyai kalangan bateri kereta perodua yang lain. Manfaat ini patut diketahui oleh bakal atau pemilik terkini.

Bagaimana ingin tahu bilakah perlu anda tukar bateri kereta kelisa ?
Tidak semua orang tahu bilakah waktu yang sesuai untuk tukar bateri kereta terutamanya untuk kereta kelisa ini.
Jika anda sudah tahu, itu adalah bagus. Manakala, jika anda kurang pasti, maka boleh teruskan pembacaan ini.
Antara tanda-tanda bateri kereta kelisa anda perlu ditukar kepada bateri kereta baru adalah seperti berikut :
- Terdapat kesukaran untuk anda start enjin kereta kelisa pada waktu pagi sehingga memerlukan melebihi 2 kali dan ke atas untuk hidupkan enjin.
- Lampu kereta kelisa anda mula kelihatan malap ketika menggunakan lampu pada waktu malam.
- Kelihatan pada meter kereta kelisa anda timbul lambang bateri kereta berwarna merah ketika enjin telah dihidupkan.
- Tempoh penggunaan bateri kereta kelisa anda sudah melebihi 2 tahun dan ke atas.
Bateri kereta kelisa kong
Kereta perodua kelisa pada waktu sekarang banyak kes bateri kereta kong atau habis. Tidak mengira tempat dan tempoh ianya boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa ada duga pun.
Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda bateri kereta kelisa perlu ditukar seperti di atas. Boleh jadi juga bateri kereta kelisa anda kong terjadi walaupun penggunaan sesebuah bateri kereta itu baru hanya 1 tahun atau kurang daripada itu.
Sebab itu, perkara paling penting perlu anda lakukan ketika menghadapi kejadian bateri kereta kelisa kong perlu diketengahkan lebih-lebih lagi ianya berlaku bukan di rumah anda.
Tips menghadapi bateri kereta kelisa kong
1. Tidak panik
Bateri kereta kelisa yang kong semestinya alarm kunci kereta anda tidak dapat ditekan macam biasa. Jadi, buka kunci pintu kereta kelisa menggunakan kunci sedia ada.
2. Cuba hidupkan enjin kereta kelisa
Kebiasaannya bila anda masukkan kunci kereta kelisa dan putarkan kepada “ON”, tiada sebarang lampu yang akan keluar di panel meter kereta.
Namun, jika masih ada, kemungkinan besar peluang untuk enjin kereta kelisa untuk dihidupkan masih ada. Cuba lakukan start enjin untuk beberapa kali. Jika bunyi tik-tik-tik berlarutan, cuba ke cara seterusnya.
3. Buka bonet kereta kelisa
Sekiranya cara tadi masih tidak berjaya, ada alternatif lain yang boleh anda lakukan pada waktu getir ini. Buka bonet hadapan kereta kelisa dan cari pada bahagian bateri kereta kelisa iaitu terletak di sebelah kanan jika anda menghadap ke depan atau di sebelah kiri jika anda dari dalam kereta.
4. Check wayar di terminal bateri kelisa
Pastikan wayar merah (positif) dan wayar hitam (negatif) tidak longgar. Wayar yang diikat pada terminat bateri kelisa yang longgar boleh menjadikan ianya tidak terhubung dan aliran elektrik pun tidak berlaku dengan baik.
Ketatkan skru pada terminal dengan kemas dan cuba hidupkan enjin kereta kelisa.
5. Alternatif jika kereta kelisa menggunakan gear manual
Sekiranya masih gagal, gunakan alternatif sebagai pengguna kereta manual kelisa sebagai kelebihan dengan cara meminta bantuan untuk menolak kereta dan hidupkan enjin dengan melepaskan clutch pada gear 2.
Untuk kereta auto tidak boleh melakukan teknik ini.
6. Bantuan bateri kereta 24jam
Jika anda mempunyai budget ketika ini, anda boleh membuat panggilan perkhidmatan 24jam di sekitar kawasan anda. Tukar kepada bateri kereta kelisa yang baru dan cas bantuan ini termasuk dalam pembelian bateri kereta kelisa yang baru.
7. Jumper kereta kelisa dari kereta lain
Sekiranya anda mempunyai rakan atau ahli keluarga terdekat dan dalam masa yang sama mempunyai jumper cable, gunakan teknik ini sebagai bantuan sementara sehingga kereta kelisa anda dapat dibawa balik ke rumah sebelum menggantikan kepada bateri kereta kelisa yang baru.
8. Bantuan towing dari syarikat insurans
Sekiranya anda belum mempunyai budget pada waktu ini, bantuan towing dari syarikat insurans boleh digunakan untuk membawa kereta anda ke rumah. Namun, ianya mengikut terma dan syarat sesebuah syarikat insurans.
Bantuan towing ini juga bukan sahaja untuk kereta kelisa auto, tetapi juga untuk yang sudah menukar kepada bateri kereta baru tetapi masih gagal untuk menghidupkan enjin kereta kelisa.
Ada kemungkinan juga terdapat masalah lain seperti alternator kelisa yang bermasalah tetapi bukan pada bateri kereta kelisa.
Apakah saiz bateri kereta kelisa yang terbaik boleh anda gunakan ?
Perodua kelisa battery size amatlah mudah untuk dicari. Saiz bateri kelisa adalah berjumlah 40L sahaja iaitu antara saiz bateri 12V bateri kereta yang kecil.
Bagaimanapun, kod bateri kelisa ini boleh anda rujuk dengan contoh seperti NS40ZL merupakan kod yang paling sesuai digunakan oleh kereta kelisa ini.
Sebab perlu ketahui saiz bateri kereta kelisa
Namun, bagaimana sekiranya bateri kereta kelisa telah pun kong ? Bateri kereta kelisa perlulah ditukar secara sendiri ataupun diy.
Jadi, anda sebagai pemilik kereta kelisa perlulah mengetahui saiz bateri kelisa yang betul sebelum membeli sendiri di kedai bateri kereta.
Hal ini demikian bagi mengelakkan kerugian ketika bateri kereta kelisa yang dibeli anda telah pun ditandai bersama kad warrantly.
Kesilapan dari pihak kedai bateri kereta pun boleh berlaku akibat kecuaian mereka. Di sini juga apabila anda tahu bateri kereta yang anda inginkan mampu mengelakkan kecuaian berlaku dengan cara membuat semakan sebelum bersetuju membayar dan bawa pulang perodua kelisa battery size yang betul.
Saiz bateri kereta kelisa yang sesuai digunakan
Saiz bateri kelisa adalah berdasarkan kod yang menjadi rujukan penting pada bateri kereta kelisa yang hendak anda beli.
Antara saiz bateri kereta kelisa yang sangat sesuai digunakan oleh kereta perodua kelisa anda adalah :
- NS40
- NS40ZL
- 38B20L
Ketiga-tiga kod di atas merupakan perodua kelisa battery size yang mudah di dapati di pasaran atau tempat menjual bateri kereta.

Adakah terdapat jenama bateri kereta yang spesifik berdasarkan saiz bateri kelisa di atas ?
Jenama bateri kereta di pasaran mempunyai banyak pilihan. Namun, tiada sebarang spesifik jenama bateri kereta kelisa berdasarkan saiz bateri kereta kelisa.
Anda mampu peroleh pilihan jenama bateri kereta yang sangat banyak berdasarkan saiz bateri kelisa dan kod yang tertera di atas.
Pilihan adalah di atas tangan anda sendiri untuk membandingkan kualiti dan brand trusted yang digunakan sejak dari dahulu lagi.
Jenama bateri kereta tidak terlalu penting. Apa yang paling utama adalah kelisa battery size yang menepati keperluan kereta perodua kelisa anda.
Di manakah tempat untuk membeli bateri kereta kelisa ?
Car battery for perodua kelisa boleh anda dapatkan seperti tempat-tempat berikut :
- Kedai menjual bateri kereta. Terdapat kedai bateri kereta yang hanya menjual bateri kereta sahaja. Namun, ianya bergantung hanya kepada beberapa jenama bateri kereta sahaja.
- Kedai menjual barangan sparepart pakai buang atau dikenali sebagai wear & tear. Anda boleh membeli bateri kereta pelbagai jenama disini.
Kedua-dua tempat di atas boleh anda tukar secara terus di situ dengan bantuan pihak kedai membantu anda tukar bateri kereta kelisa lama kepada yang baru.
Anda juga boleh menjual bateri kereta lama sekiranya anda ingin tukar terus bateri kereta kelisa baru. Jika anda hanya membeli bateri kereta kelisa dan ingin tukar sendiri di rumah, bateri kereta kelisa yang lama boleh dijual kemudian hari di tempat yang sama.
Brand / Jenama bateri kereta yang sesuai digunakan oleh kereta perodua kelisa
Kelisa battery price sebenarnya berkait rapat dengan jenama bateri kereta yang anda bakal beli atau sedang gunakan.
Ada orang suka akan 1 jenama atau brand bateri kereta sahaja. Bila sudah minat dengan sesuatu brand, akan gunakan sampai bila-bila.
Malah, ada juga orang yang suka mencuba banyak jenama bateri kereta. Daripada ini, mereka akan mendapati bateri kereta manakah lebih murah untuk dibeli.
Antara jenama bateri kereta yang menjadi pilihan para pemilik kereta perodua kelisa adalah seperti berikut :
- Amaron
- Century
- Bosch
- Yokohama
- Motolite
Jenama bateri kereta di atas kerap kali digunakan oleh kereta kelisa kerana harga bateri kelisa yang berpatutan dan dalam masa yang sama mempunyai kualiti yang boleh dipercayai.
Berapakah harga bateri kereta kelisa yang berada di pasaran sekarang ?
Kelisa battery price tidaklah begitu mahal kerana masih banyak permintaan di pasaran dan stoknya banyak hampir setiap kedai bateri kereta memilikinya secara majoriti.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Ikuti harga bateri kereta kelisa dan bateri kereta kelisa harga jenis kering secara anggaran boleh anda rujuk di jadual di bawah :
| Jenama bateri kereta kelisa | Harga bateri kereta kelisa (Kering/Dry/MF) |
| Amaron | RM210 |
| Century | RM204 |
| Bosch | RM260 |
| Yokohama | RM187 |
| Motolite | RM185 |
Berapakah harga bateri kereta kelisa yang sepatutnya berdasarkan jenama bateri kereta bagi jenis basah ?
Bateri kereta kelisa harga yang murah menjadi antara pilihan utama sebelum pemilik kereta kelisa membuat keputusan untuk membeli.
Kadang-kadang kedai bateri kereta pandai dalam membuat promosi dengan cara membeli bateri kereta kelisa yang lama dengan harga yang tinggi.
Promosi juga turut diberikan sekiranya sesebuah kedai bateri kereta itu menjadi vendor utama kepada jenama bateri kereta.
Jika anda boleh lihat sesebuah kedai bateri kereta itu akan memasang papan tanda atau signboard mengikut majoriti jenama bateri kereta itulah tandanya ia merupakan vendor utama.
Berikut merupakan anggaran bagi harga bateri kereta kelisa jenis basah yang boleh anda bandingkan berdasarkan jenama bateri kereta di pasaran :
| Jenama bateri kereta | Harga bateri kereta kelisa (Basah/Wet) |
| Amaron | RM246 |
| Century | RM168 |
| Bosch | RM190 |
| Yokohama | RM194 |
| Motolite | RM167 |
Apakah perkara yang perlu diketahui selepas mendapatkan harga bateri kereta kelisa ?
1. Kualiti vs harga bateri kereta kelisa
Kualiti merupakan sesuatu yang susah untuk anda nilai sebelum membuat pembelian bateri kereta.
Namun, ada boleh bandingkan kualiti berdasarkan kelisa battery price. Sama ada ianya merupakan harga bateri kereta kelisa yang pertengahan atau terlalu murah.
Jika harga bateri kelisa terlalu murah, pastikan dahulu ianya bateri kereta baru atau pun bateri kereta secondhand.
Manakala, jika bateri kereta tersebut baru, pastikan sesuatu harga bateri kelisa adalah seiring dengan jenama bateri kereta yang dijual di pasaran terkini.

2. Jaminan atau warrantly vs harga bateri kereta kelisa
Warrantly pada bateri kereta merupakan perkara yang dititik beratkan oleh setiap pemilik kereta kelisa.
Jika anda ditawarkan dengan harga bateri kereta kelisa yang agak mahal, pastikan anda sudah tahu mengapa ianya mahal.
Untuk sesebuah jenama bateri kereta yang sama akan menyediakan beberapa pilihan seperti bateri kereta amaron Go dan bateri kereta amaron Hi Life.
Jika dahulunya bateri amaron Go menyediakan warrantly selama 12 bulan. Manakala, untuk bateri amaron Hi life mempunyai warrantly selama 18 bulan.
Namun, keduanya ini sudah ditawarkan dengan warrantly yang sama iaitu selama tempoh 15 bulan sahaja.
Bagaimanakah cara pasang bateri kereta kelisa yang sepatutnya ?
Sekiranya anda ingin menukar bateri kereta kelisa sendiri di rumah, anda boleh mengikut cara di bawah :
- Pastikan enjin kereta tidak hidup.
- Buka bonet hadapan kereta kelisa anda.
- Pastikan kedudukan bateri kereta kelisa.
- Buka skru pemegang bateri kereta kelisa (jika ada).
- Longgarkan skru pengikat wayar hitam dan merah yang menghubungkan kepada terminal bateri kereta kelisa.
- Tanggalkan wayar hitam/ negatif terlebih dahulu dituruti wayar merah/ positif.
- Angkat bateri kereta kelisa lama dan bawanya keluar.
- Ambil bateri kereta kelisa baru anda beli dan masukkan ke dalam tapat bateri kereta kelisa dengan kedudukan yang sama seperti bateri kereta lama tadi.
- Pastikan kedudukan positif dan negatif terminal bateri kereta kelisa adalah betul.
- Pasang wayar merah/positif terlebih dahulu kemudian wayar hitam/negatif.
- Ikat semua skru pada kedua wayar merah dan wayar hitam dengan kemas.
- Pasang semula pemegang bateri kereta (jika ada) dengan ketat bagi mengelakkan bateri kereta kelisa anda bergerak ketika melalui jalan berlubang atau bumper.
- Hidupkan enjin kereta.
- Selesai.
Pastikan peralatan seperti sarung tangan getah anda gunakan ketika penukaran bateri kereta kelisa ini dilakukan untuk keselamatan.
P/s : Segala permasalahan boleh anda dapati jalan penyelesaiannya dengan merujuk kepada bateri kereta dan komen di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang tidak dijumpai.

Pingback: Berapakah saiz bateri kereta kelisa ? - Mekanikakereta
Pingback: Berapakah harga bateri kereta kelisa ? - Mekanikakereta
Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri Kereta Perodua - Mekanikakereta