Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Bezza

Saiz bateri kereta bezza. Apakah saiz bagi bateri kereta bezza yang sesuai anda pilih bagi menggantikan bateri lama kepada bateri baru ?

Bateri kereta pasti akan mempunyai tempoh akhirnya. Tempoh ini akan tiba jika anda sudah mendapat tanda-tanda bateri kereta lemah.

Jika anda tidak mempunyai tanda tersebut, anda pasti terlepas beberapa tanda lain yang menandakan anda perlu menukar bateri kereta bezza.

Sekiranya bateri kereta anda sudah habis, maka tindakan seterusnya adalah anda perlu melakukan pembelian bateri kereta bezza.

Kenapa perlu mengetahui saiz bateri kereta bezza ?

Apabila anda berhasrat untuk tukar bateri kereta bezza yang baru, anda perlulah mengetahui saiz bateri bezza dengan baik.

Langkah untuk mengetahui saiz bateri kereta adalah lebih kepada tidak membuat kesilapan walaupun anda pergi ke kedai bateri kereta.

Pihak kedai bateri kereta pun tidak terlepas dari melakukan kesilapan tanpa sengaja memberikan bateri kereta bezza yang salah.

Jadi, tugas anda semasa membeli bateri bezza yang baru adalah membuat double check lebih-lebih lagi kepada saiz bateri kereta bezza.

Saiz bateri bezza apakah yang boleh kereta perodua bezza anda gunakan ?

Bacaan kod bateri kereta adalah merujuk kepada saiz battery bezza anda. Rujuk kepada tulisan yang tertera pada badan bateri kereta yang anda beli.

Berikut merupakan 5 saiz bateri kereta bezza yang boleh anda digunakan iaitu :

  1. NS40
  2. 42B20L
  3. NS40ZL
  4. 38B20L
  5. M42

Untuk anda yang memiliki kereta perodua bezza tanpa teknologi eco idle, anda boleh membeli saiz bateri bezza NS40, NS40ZL, 38B20L dan juga 42B20L.

Manakala, untuk kereta perodua bezza yang mempunyai eco idle seperti bezza advance hanya menggunakan bateri kereta m42.

saiz bateri kereta bezza

Apakah jenama bateri kereta yang mempunyai saiz battery bezza ?

Anda mempunyai banyak pilihan jenama bateri kereta kerana saiz bateri kereta bezza dijual hampir di semua tempat menjual bateri kereta.

Antara jenama bateri kereta yang menyediakan saiz bateri bezza adalah seperti berikut :

  1. Amaron
  2. Century
  3. Motolite
  4. Yokohama
  5. Camel
  6. Varta

Pilihan-pilihan ini memang dipercayai sejak dari dahulu lagi. Jika anda ingin menukar bateri bezza dari jenama lain ke jenama lain perlu memastikan saiz bateri bezza tetap sesuai digunakan kepada kereta bezza anda.

Tempat untuk beli dengan saiz bateri kereta bezza yang betul

1. Pusat servis perodua

Untuk anda yang ingin tukar bateri kereta bezza di pusat servis perodua, anda tidak perlu risaukan tentang saiz bateri kereta bezza.

Pihak pusat servis perodua akan menguruskan dari a ke z dari cabut bateri hingga pasang bateri bezza yang baru dengan saiz bateri bezza yang tepat.

2. Kedai bateri kereta

Kebanyakkan anda yang ke kedai bateri kereta akan terus membuat tukar bateri kereta di sana.

Orang di kedai bateri kereta akan lakukan proses buka dan pasang bateri kereta bezza sama seperti di pusat servis perodua.

Cuma saiz bateri kereta bezza perlu anda pastikan terlebih dahulu sebelum bersetuju memasang bateri baru tersebut.

Waktu nak pastikan tersebut anda boleh rujuk pada kod bateri kereta bezza yang betul dan berpuas hati dengan pilihan tersebut.

3. Kedai sparepart barangan kereta

Kebanyakkan kedai menjual barangan sparepart kereta tidak menyediakan khidmat pemasangan. Namun, masih ada juga kedai ini boleh bantu anda terus pasang bateri kereta bezza yang baru.

Jika anda membuat pemasangan sendiri secara diy di rumah, anda hanya membeli bateri bezza dan bawa pulang ke rumah.

Ketika membeli bateri bezza tersebut, minta untuk check saiz battery bezza anda untuk kepastian.

Setelah anda membawa balik bateri bezza tersebut sudah tidak boleh lagi dipulangkan kepada kedai sparepart tersebut.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Bezza

Comments are closed.