Bateri kereta bezza dan info penting
Bateri kereta bezza. Di artikel ini anda akan mengetahui maklumat tentang bateri kereta bagi setiap pemilik atau pengguna kereta bezza.
Anda boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan utama sekiranya mempunyai masalah tentang bateri kereta perodua ini.
Kebanyakkan dari anda semestinya ingin mengetahui tentang perkara seperti harga bateri kereta bezza, saiz bateri kereta bezza, jenis bateri kereta bezza sebelum nak tukar bateri kereta bezza ini.
Ada yang memilih untuk tukar bateri kereta bezza di kedai bateri kereta berhampiran kediaman. Malah, ada juga ingin membuat penukaran bateri kereta bezza sendiri di rumah.
Kedua-dua cara boleh anda gunakan tanpa sebarang masalah. Apa yang penting adalah anda mempunyai ilmu pengetahuan tentang bateri bezza sedikit sebanyak dari cara buka bateri, beli bateri hingga kepada pasang bateri kereta bezza yang baru.
Apakah spec bagi kereta bezza yang terdapat di pasaran ?
Jika dikira dari bermulanya pengenalan kereta perodua bezza, ada beberapa spec yang boleh anda kenali.
Spec kereta bezza berdasarkan bateri kereta bezza seperti berikut :
Bateri bezza 1.0
Bateri kereta bezza 1.0 mempunyai 1 spec sahaja iaitu spec G dimana ianya terdapat dua transmisi iaitu automatik dan manual.
Ada beza antara bateri bezza 1.0 ini dari segi ketahanan penggunaannya walaupun berasal dari yang sama.
Bateri bezza 1.3
Manakala, bateri kereta bezza 1.3 pula terdiri daripada bateri bezza 1.3 X atau dikenali sebagai bateri bezza premium X.
Selain itu, terdapat spec bagi kereta bezza yang paling tinggi iaitu bateri kereta bezza advance 1.3 .
Adakah bateri kereta jenis kering atau basah sesuai untuk digunakan oleh perodua bezza 1.3 X ?
Sebenarnya kedua jenis bateri kereta kering mahupun bateri kereta basah boleh dijadikan pilihan untuk bateri bezza 1.3 X anda.
Lebih mudah nak faham, pilih bateri kereta jenis kering untuk bateri bezza 1.3 X anda sekiranya anda jenis suka start kereta dan terus jalan setiap hari.
Manakala, sekiranya anda jenis sedikit rajin dan tahu untuk maintain bateri kereta, gunakan bateri kereta jenis basah. Ianya perlu diberi perhatian lebih kerana perlu mengisi air bateri kereta sekiranya sudah berkurangan.
Kedua jenis bateri kereta kering dan basah ini mempunyai kelebihan masing-masing. Pilih mengikut gaya hidup yang diberikan di atas bagi memudahkan untuk anda faham.
Kebanyakkannya akan memilih bateri kereta jenis kering untuk bateri bezza 1.3 X kerana ianya sangat mudah dan praktikal dan tidak perlu sentiasa buka bonet kereta untuk check baki air bateri kereta.
Perodua bezza original battery
Ada yang bertanyakan adalah bateri kereta original bezza adalah berbeza berdasarkan bezza battery model.
Bateri kereta perodua bezza adalah berbeza berdasarkan model disebabkan oleh kehadiran teknologi baru seperti eco idle.

Berapakah harga bateri kereta bezza ?
Harga bateri bezza akan berbeza mengikut spesifikasi yang diperlukan. Selain itu, harga bateri perodua bezza adalah berdasarkan seperti berikut :
- Jenama bateri kereta
- Jenis bateri kereta
Bezza car battery price boleh didapatkan dengan harga terendah sekiranya anda tidak memilih pada jenama bateri kereta.
Namun, jika harga bateri kereta perodua bezza terlalu mahal, ianya perlu dielakkan dari awal.
Harga bateri kereta bezza murah atau mahal adalah penting untuk anda bezakan supaya tidak mudah terpedaya oleh tempat menjual bateri kereta yang ingin mengambil kesempatan ke atas anda.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Harga bateri bezza 1.0
Bagi anda yang memiliki kereta bezza 1.0, anda boleh ketahui harga bateri bezza 1.0 berdasarkan jenis bateri kereta bezza anda.
Contohnya, anda memilih bateri kereta bezza basah, maka harga bateri bezza 1.0 anda adalah sekitar RM170 hingga RM210 sahaja.
Manakala, jika anda memilih bateri kereta kering bezza, anggaran bagi harga bateri bezza 1.0 anda dalam lingkungan RM190 hingga RM230.
Apa yang penting juga adalah saiz bateri kereta bezza yang betul akan memberikan harga bateri bezza 1.0 adalah antara RM170 hingga RM230 tersebut.
Harga bateri bezza 1.3
Untuk makluman, terdapat 2 harga bateri bezza 1.3 ini. Ianya adalah antara harga bateri bezza 1.3 x dan juga harga bateri kereta bezza advance 1.3 .
Keduanya mempunyai harga bateri bezza yang berbeza dan perlu diteliti dengan betul sebelum anda membeli jika anda memasangnya sendiri secara diy.
Harga bateri bezza 1.3 x
Untuk bateri bezza 1.3 x ini, anda boleh anggarkan harga bateri bezza 1.3 x di antara RM170 hingga RM230.
Jenis bateri kereta bezza bagi bateri bezza 1.3 x adalah sama seperti harga bateri bezza 1.0 kerana bergantung kepada pilihan antara 2 jenis bateri kereta.
Untuk pengetahuan anda, bateri bezza 1.3 X menggunakan bateri biasa. Hal ini kerana, ianya tidak mempunyai Start/Stop atau Eco idle sistem yang membantu mematikan enjin kereta sementara kereta dalam keadaan pegun/ tidak bergerak.
Harga bateri bezza 1.3 X jauh lebih jimat dibandingkan dengan bateri kereta bezza yang menggunakan eco idle.
Berikut merupakan jenama/brand bateri kereta jenis kering yang anda boleh gunakan dengan anggaran harga bateri bezza 1.3 X yang sangat berpatutan.
| Jenama/Brand bateri kereta | Harga bateri bezza 1.3 X |
| Century | RM190 |
| Amaron | RM265 |
| Yokohama | RM175 |
| Bosch | RM183 |
| Motolite | RM150 |
| Excel | RM120 |
Harga bateri kereta bezza advance 1.3
Manakala, untuk bateri kereta bezza advance 1.3 pula berbeza. Harga bateri bezza advance sebenarnya agak mahal sedikit.
Hal ini disebabkan oleh kehadiran idle system yang membuatkan fungsi bateri kereta bezza ditambah baik.
Jadi, harga bateri kereta bezza advance akan menjadi tinggi sedikit dan sekitar anggaran RM280 hingga RM320 sahaja.

Harga bateri kereta bezza di perodua
Harga bateri kereta perodua bezza di pusat servis perodua sebenarnya bergantung kepada kehadiran anda.
Jika anda datang untuk melakukan servis di perodua dan dalam masa yang sama ingin tukar bateri kereta bezza, maka harga bateri perodua bezza akan menjadi sedikit murah oleh kerana kos upah telah dimasukkan sekali.
Manakala, sebaliknya terjadi sekiranya anda ingin datang untuk tukar bateri kereta bezza sahaja di perodua, maka harga bateri kereta bezza di perodua akan terasa mahal kerana kos upah.
Sebenarnya ianya sama dengan harga di kedai bateri kereta di luar dan bergantung kepada anda yang ingin dilakukan di mana.
Berapakah harga bateri amaron bezza di pasaran ?
Ada pelbagai tawaran harga bateri amaron bezza yang dijual di tempat-tempat yang dinyatakan. Jadi, secara anggarannya anda perlu mengetahui harga bateri amaron bezza yang tidak terlalu murah dan tidak juga terlalu berlebihan mengikut kategorinya.
| Kategori bateri Amaron | Harga bateri amaron bezza |
| Amaron GO | RM190-RM220 |
| Amaron Hi-Life | RM240-RM260 |
| Amaron GO (EFB) | RM290-RM340 |
Harga bateri amaron bezza di atas merupakan harga bateri sahaja tidak termasuk tawaran seperti menjual semula bateri kereta lama anda kepada kedai bateri kereta.
Hal ini kerana, setiap kedai berbeza tawaran menjual balik bateri lama antaranya ada yang RM5, RM15 dan RM25.
Malah, pilihan dalam memilih tempoh warrantly untuk bateri kereta amaron juga berbeza seiring dengan apa yang anda perlukan.
Jika lama tempoh warrantly, maka harga bateri amaron bezza anda semakin rendah potongan harganya.
Di manakah tempat yang sesuai untuk anda beli bateri kereta amaron bezza ?
Antara tempat yang boleh anda tuju untuk tukar bateri kereta bezza yang baru adalah seperti berikut :
- Pusat service perodua (Service centre perodua)
- Kedai bateri kereta
- Kedai menjual sparepart
- Khidmat bateri kereta online
Tempat-tempat nombor 1 hingga 3 di atas antara tempat yang memberikan sekali khidmat terus tukar bateri anda secara terus.
Bawa sahaja kereta bezza anda ke tempat di atas, bayar harga bateri amaron bezza yang anda inginkan, dan pemasangan terus dibuat.
Namun, ada juga kes yang bateri kereta bezza telah pun kong atau habis dan tersadai di sesebuah tempat seperti rumah, tempat kerja dan tepi jalan.
Anda mempunyai pilihan iaitu dengan membeli bateri kereta amaron bezza dan buat pemasangan sendiri.
Sekiranya anda boleh membuka dan memasangan sendiri bateri kereta bezza anda, maka pilihan tempat seperti nombor 2 dan 3 sesuai dengan anda.
Bahkan, jika anda tidak pandai untuk membuat pemasangan sendiri, anda boleh menggunakan khidmat bateri kereta online seperti nombor 4 yang sudah banyak dijalankan oleh kedai bateri kereta.

Apakah pilihan bateri kereta amaron yang sesuai untuk kereta bezza anda gunakan ?
Pilihan bagi bateri kereta amaron untuk kereta bezza adalah seperti berikut :
- Bateri Amaron GO
- Bateri Amaron Hi-Life
- Bateri Amaron EFB (enhanced flooded battery) – Eco idle system
Ketiga kategori bateri amaron ini boleh digunakan berdasarkan keperluan anda perlukan. Ketiganya bagus dan salah satu yang membezakannya adalah dari segi harga bateri kereta bezza yang perlu dibelanjakan oleh anda sendiri.
Apakah jenis bateri kereta bezza ?
Perodua bezza battery type mampu anda bezakan dengan melihat beberapa ciri ketika anda hendak membeli bateri kereta bezza.
Bezza battery spec yang betul akan memberikan manfaat sebaiknya kepada kereta bezza anda.
Buat keputusan berdasarkan jenis bateri kereta bezza yang benar dengan mengetahui beberapa perkara tersebut.
Ketahui ciri-ciri jenis bateri kereta bezza yang sangat penting berdasarkan kereta perodua bezza anda.
Apakah jenis bateri kereta bezza yang boleh anda gunakan
Jenis bateri kereta bezza terdiri daripada 3 jenis iaitu :
- Bateri kereta kering bezza
- Bateri kereta basah bezza
- Bateri kereta bezza EFB (Enhanced Flooded Battery)
Antara 3 senarai di atas, anda boleh memilih jenis bateri kereta bezza yang anda hendak gunakan seiring dengan kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza tersebut.
Sebelum anda membuat keputusan membeli bateri kereta bezza, ketahuilah kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza di atas supaya anda dapat memilih mengikut kesesuaian diri anda.

Apakah kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza tersebut ?
Berikut merupakan kelebihan bagi setiap jenis bateri kereta untuk kereta bezza anda :
1. Bateri kereta sel kering bezza
Kelebihan bateri kereta jenis kering untuk kereta bezza ini adalah mudah untuk anda maintain atau selenggara.
Sebenarnya ianya tidak perlu diselenggara langsung. Beli dan pasang kemudian pakai hinggalah ianya habis.
2. Bateri kereta sel basah bezza
Selain itu, jenis bateri kereta bezza basah pula mempunyai kelebihan pada ketahanan bateri kereta tersebut.
Ianya mampu bertahan sehingga tempoh 4 hingga 5 tahun bagi setiap penggunaan.
3. Bateri kereta bezza EFB
Pengenalan kepada bateri kereta bezza jenis EFB adalah sangat baru. Namun, penggunaannya sudah meluas bagi keluaran kereta perodua bezza.
Kelebihan bateri kereta bezza EFB adalah memberi kesan kepada penjimatan minyak kereta sehingga 22km/liter .
Adakah semua jenis bateri kereta bezza ini boleh digunakan berdasarkan spec kereta bezza anda ?
Tidak semua jenis bateri kereta bezza yang disenaraikan di atas boleh digunakan mengikut spec kereta bezza anda.
Cara untuk mengetahui jenis bateri kereta sesuai adalah seperti berikut :
1. Bateri kereta kering bezza
Bateri kereta kering bezza adalah sesuai untuk anda yang tidak begitu kisah akan maintenance kereta bezza anda.
Bila tiba masa bateri kereta bezza anda kong, tukar kepada bateri kereta bezza baru. Selain itu, tidak mempunyai teknologi eco idle.
2. Bateri kereta basah bezza
Bateri kereta basah bezza pula sesuai untuk anda yang tahu sedikit tentang penjagaan bateri kereta. Hal ini demikian, ianya memerlukan pemantauan dari segi takat air bateri kereta.
Jika sudah kurang dari paras level sepatutnya, anda perlu menambah air bateri kereta. Ianya juga tidak sesuai digunakan oleh kereta bezza yang mempunyai eco idle.
3. Bateri kereta bezza EFB
Jenis bateri kereta bezza untuk EFB ini diwajibkan bagi kereta yang mempunyai teknologi eco idle.
Jika kereta yang mempunyai teknologi eco idle menggunakan bateri kereta kering atau bateri kereta basah, ianya masih boleh digunakan.
Namun, bateri kereta tersebut tidak akan tahan lama dan anggarannya adalah sekitar 1 tahun dan ke bawah sahaja.
Ianya juga bergantung kepada penggunaan auto start/stop juga. Jika anda tidak menggunakannya, anda boleh memilih untuk memadam butang ini.
Apakah saiz bateri kereta bezza ?
Bezza battery size adalah merupakan bacaan kod bateri kereta sebelum anda bersetuju dengan sesebuah saiz bateri kereta bezza yang baru.
Teknologi yang terdapat pada kereta bezza akan memberitahu bateri kereta bezza manakah yang sesuai anda gunakan berdasarkan saiz battery bezza.
Terdapat 2 saiz bateri bezza iaitu bateri biasa dan juga bezza start stop battery.
Pastikan anda memilih perodua bezza battery size yang tepat supaya tidak merugikan duit poket anda sekiranya anda membeli bateri bezza dan memasangnya sendiri di rumah.
Kenapa perlu mengetahui saiz bateri kereta bezza ?
Apabila anda berhasrat untuk tukar bateri kereta bezza yang baru, anda perlulah mengetahui saiz bateri bezza dengan baik.
Langkah untuk mengetahui saiz bateri kereta adalah lebih kepada tidak membuat kesilapan walaupun anda pergi ke kedai bateri kereta.
Pihak kedai bateri kereta pun tidak terlepas dari melakukan kesilapan tanpa sengaja memberikan bateri kereta bezza yang salah.
Jadi, tugas anda semasa membeli bateri bezza yang baru adalah membuat double check lebih-lebih lagi kepada saiz bateri kereta bezza.
Saiz bateri bezza apakah yang boleh kereta perodua bezza anda gunakan ?
Bacaan kod bateri kereta adalah merujuk kepada saiz battery bezza anda. Rujuk kepada tulisan yang tertera pada badan bateri kereta yang anda beli.
Berikut merupakan 5 saiz bateri kereta bezza yang boleh anda digunakan iaitu :
- NS40
- 42B20L
- NS40ZL
- 38B20L
- M42
Untuk anda yang memiliki kereta perodua bezza tanpa teknologi eco idle, anda boleh membeli saiz bateri bezza NS40, NS40ZL, 38B20L dan juga 42B20L.
Manakala, untuk kereta perodua bezza yang mempunyai eco idle seperti bezza advance hanya menggunakan bateri kereta m42.

Apakah jenama bateri kereta yang mempunyai saiz battery bezza ?
Anda mempunyai banyak pilihan jenama bateri kereta kerana saiz bateri kereta bezza dijual hampir di semua tempat menjual bateri kereta.
Antara jenama bateri kereta yang menyediakan saiz bateri bezza adalah seperti berikut :
- Amaron
- Century
- Motolite
- Yokohama
- Camel
- Varta
Pilihan-pilihan ini memang dipercayai sejak dari dahulu lagi. Jika anda ingin menukar bateri bezza dari jenama lain ke jenama lain perlu memastikan saiz bateri bezza tetap sesuai digunakan kepada kereta bezza anda.
Tempat untuk beli dengan saiz bateri kereta bezza yang betul
1. Pusat servis perodua
Untuk anda yang ingin tukar bateri kereta bezza di pusat servis perodua, anda tidak perlu risaukan tentang saiz bateri kereta bezza.
Pihak pusat servis perodua akan menguruskan dari a ke z dari cabut bateri hingga pasang bateri bezza yang baru dengan saiz bateri bezza yang tepat.
2. Kedai bateri kereta
Kebanyakkan anda yang ke kedai bateri kereta akan terus membuat tukar bateri kereta di sana.
Orang di kedai bateri kereta akan lakukan proses buka dan pasang bateri kereta bezza sama seperti di pusat servis perodua.
Cuma saiz bateri kereta bezza perlu anda pastikan terlebih dahulu sebelum bersetuju memasang bateri baru tersebut.
Waktu nak pastikan tersebut anda boleh rujuk pada kod bateri kereta bezza yang betul dan berpuas hati dengan pilihan tersebut.
3. Kedai sparepart barangan kereta
Kebanyakkan kedai menjual barangan sparepart kereta tidak menyediakan khidmat pemasangan. Namun, masih ada juga kedai ini boleh bantu anda terus pasang bateri kereta bezza yang baru.
Jika anda membuat pemasangan sendiri secara diy di rumah, anda hanya membeli bateri bezza dan bawa pulang ke rumah.
Ketika membeli bateri bezza tersebut, minta untuk check saiz battery bezza anda untuk kepastian.
Setelah anda membawa balik bateri bezza tersebut sudah tidak boleh lagi dipulangkan kepada kedai sparepart tersebut.
Saiz & Kapasiti Bateri Bezza Advance
Secara umum, spesifikasi bateri Bezza Advance adalah seperti berikut:
- Voltan: 12V
- Kapasiti: sekitar 45Ah – 50Ah
- Jenis: Bateri kering (Maintenance Free) atau bateri basah
- Terminal: Standard Asia (JIS)
Pemilihan kapasiti bateri yang betul sangat penting. Jika kapasiti terlalu rendah, bateri akan cepat lemah. Jika terlalu tinggi pula, ia tidak memberi kelebihan besar dan hanya meningkatkan kos.
Apakah saiz terbaik yang patut anda beli bagi menggantikan bateri kereta lama kepada bateri kereta baru perodua bezza 1.3 X ini ?
Bila bercakap mengenai saiz bateri kereta bezza, ianya merujuk kepada kod (code) yang tertera pada bateri kereta.
Nak mudah, anda boleh rujuk pada bateri kereta lama yang ingin anda tukar kepada bateri kereta baru.
Disitu, akan tertulis kod yang memberitahu anda tentang saiz bateri kereta bezza anda.
Untuk saiz bateri bezza 1.3 X sangat sesuai untuk menggunakan saiz bateri kereta NS40 atau NS40ZL. Salah satu kod bateri kereta ini boleh digunakan pada kereta bezza anda.
Anda tidak perlu begitu risau kerana berkenaan saiz bateri kereta bezza ini sudah diketahui oleh pihak kedai bateri kereta.
Tukar bateri kereta bezza
Bila nak tukar bateri kereta bezza ? Ketahui waktu yang betul sebelum anda bertindak untuk tukar bateri kereta bezza yang baru.
Anda perlu ketahui tempoh dan juga jumlah baki bateri bezza anda yang boleh dilakukan sendiri atau check di kedai bateri kereta.
Bila dah check baki bateri kereta, barulah anda membuat keputusan sama ada ingin tukar bateri kereta bezza baru atau pilihan lain seperti cas bateri kereta.
Check baki bateri kereta ini penting. Lakukan setiap setahun bagi mengelakkan bateri kereta kong secara tiba-tiba.
Bateri kereta bezza tahan berapa lama ?
Ketahanan bateri kereta bezza tidak sama untuk semua orang. Hal ini demikian, ianya bergantung kepada banyak faktor.
Namun, jika anda ingin mengetahui jangka hayat bateri kereta bezza secara anggaran adalah selama 2 tahun hingga 2 tahun setengah.
Tempoh ini adalah secara anggaran kasar sahaja. Ianya adalah dalam lingkungan tersebut.
Malah, ianya juga mampu bertahan jauh lebih lama sekiranya anda melakukan beberapa teknik bagi mendapatkan bateri kereta bezza tahan berapa lama yang mungkin.
Berapa lamakah tempoh bagi sebuah bateri bezza 1.3 X mampu bertahan ?
Jawapan kepada persoalan tempoh jangka hayat bateri kereta bezza lebih-lebih lagi bateri bezza 1.3 X ini sangatlah subjektif.
Hal ini demikian, bergantung kepada perkara berikut :
- Kekerapan penggunaan kereta seperti harian, mingguan atau bulanan.
- Adakah anda suka melenjan kereta bezza atau pun suka membawa secara berhemah.
- Adakah terdapat penambahan aksesori yang melibatkan wiring tambahan secara berlebihan.
Ketiga point di atas merupakan antara penyebab bateri kereta bezza anda tahan ataupun sebaliknya.
Bagaimana jika jangka hayat bateri kereta bezza kurang dari 2 tahun ?
Situasi jangka hayat bateri kereta bezza di bawah 2 tahun adalah bukan kebiasaan. Jika anda mengalami perkara ini, jangan biarkan ianya berlarutan.
Ada kemungkinan terdapat masalah yang berkait rapat dengan bateri kereta anda. Contohnya seperti alternator. Rujuk kepada bengkel kereta yang boleh anda percayai untuk check alternator adakah ianya masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
Bukan sekadar itu, kita lihat juga pengalaman yang pernah berlaku semasa menggunakan bateri kereta bezza. Ada yang pernah terjadi kes terbuka lampu kereta tanpa disedari semasa kereta ditinggalkan.
Ada juga kes yang suka membuat tambahan aksesori kereta. Jangan hairan kerana ianya memberi kesan terhadap jangka hayat bateri kereta bezza anda.
Hal ini kerana, jika membuat tambahan aksesori yang berkait rapat dengan wiring dan bateri kereta anda secara berlebihan pasti akan ada perubahan kepada situasi ini.
Mengapa jangka hayat bateri kereta bezza boleh melebihi 3 tahun penggunaan ?
1. Cara anda menggunakan kereta
Jika diikutkan, kekerapan anda menggunakan kereta tersebut akan menyebabkan bateri kereta bezza itu bertahan lebih lama dibandingkan dengan kereta hanya parking sahaja di rumah.
2. Penjagaan servis kereta bezza
Sekiranya anda sering terlepas waktu servis kereta bezza ini, maka penggunaan bateri kereta anda adalah di tahap optimum. Jadi, jangka hayat bateri kereta bezza akan turut berkurangan.
Manakala, jika anda menjaga servis kereta terutamanya minyak enjin atau minyak hitam dengan baik. Pasti bateri kereta bezza anda akan digunakan dengan cermat dan sederhana.
Jangka hayat bateri kereta bezza akan turut memberi kesan iaitu lebih bertahan lama sehingga mampu mencapai lebih 3 tahun.
Bagaimanakah ingin check baki elektrik untuk sebuah bateri bezza 1.3 X ?
Check baki elektrik dalam bateri kereta amat sesuai dibuat sekiranya anda sudah melepasi 2 tahun penggunaan bateri bezza 1.3 X tersebut.
Anda boleh ke kedai bateri kereta terdekat untuk membuat bacaan Volt dan dapatkan nasihat dari pihak kedai bateri kereta tersebut.
Jika masih berada tahap optimum, anda masih boleh gunakan bateri kereta tersebut untuk tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.
Manakala, jika sudah berada pada tahap lemah, maka digalakkan untuk tukar bateri kereta baru. Selain itu, anda boleh gunakan initiatif seperti mengecas bateri kereta dan ianya boleh memanjangkan umur bateri kereta bezza sehingga 6 bulan.

Untuk rujukan yang lebih terperinci tentang segala permasalahan, boleh rujuk di bateri kereta.

Pingback: Jangka hayat bateri kereta bezza - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Bezza 1.3 - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta Bezza - Mekanikakereta
Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta Bezza - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri kereta bezza - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Bezza Advance: Spesifikasi, Harga & Panduan Pilih Yang Sesuai - Mekanikakereta