Jenis bateri kereta Bezza
Jenis bateri kereta Bezza. Apakah jenis bagi bateri kereta bezza yang sesuai digunakan tanpa sebarang masalah dan bertahan lebih lama ?
Beberapa faktor untuk ketahanan sesebuah bateri kereta itu ada banyak. Antaranya adalah seperti jenis bateri kereta yang digunakan.
Di artikel ini, anda boleh ketahui jenis bateri kereta bezza sebelum anda bertindak untuk menggantikan bateri kereta yang baru.
Pemilihan jenis bateri kereta bezza yang tepat mampu memberikan penjimatan untuk kerap kali membeli bateri kereta.
Apakah jenis bateri kereta bezza yang boleh anda gunakan
Jenis bateri kereta bezza terdiri daripada 3 jenis iaitu :
- Bateri kereta kering bezza
- Bateri kereta basah bezza
- Bateri kereta bezza EFB (Enhanced Flooded Battery)
Antara 3 senarai di atas, anda boleh memilih jenis bateri kereta bezza yang anda hendak gunakan seiring dengan kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza tersebut.
Sebelum anda membuat keputusan membeli bateri kereta bezza, ketahuilah kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza di atas supaya anda dapat memilih mengikut kesesuaian diri anda.
Apakah kelebihan setiap jenis bateri kereta bezza tersebut ?
Berikut merupakan kelebihan bagi setiap jenis bateri kereta untuk kereta bezza anda :
1. Bateri kereta sel kering bezza
Kelebihan bateri kereta jenis kering untuk kereta bezza ini adalah mudah untuk anda maintain atau selenggara.
Sebenarnya ianya tidak perlu diselenggara langsung. Beli dan pasang kemudian pakai hinggalah ianya habis.
2. Bateri kereta sel basah bezza
Selain itu, jenis bateri kereta bezza basah pula mempunyai kelebihan pada ketahanan bateri kereta tersebut.
Ianya mampu bertahan sehingga tempoh 4 hingga 5 tahun bagi setiap penggunaan.
3. Bateri kereta bezza EFB
Pengenalan kepada bateri kereta bezza jenis EFB adalah sangat baru. Namun, penggunaannya sudah meluas bagi keluaran kereta perodua bezza.
Kelebihan bateri kereta bezza EFB adalah memberi kesan kepada penjimatan minyak kereta sehingga 22km/liter .
Adakah semua jenis bateri kereta bezza ini boleh digunakan berdasarkan spec kereta bezza anda ?
Tidak semua jenis bateri kereta bezza yang disenaraikan di atas boleh digunakan mengikut spec kereta bezza anda.
Cara untuk mengetahui jenis bateri kereta sesuai adalah seperti berikut :
1. Bateri kereta kering bezza
Bateri kereta kering bezza adalah sesuai untuk anda yang tidak begitu kisah akan maintenance kereta bezza anda.
Bila tiba masa bateri kereta bezza anda kong, tukar kepada bateri kereta bezza baru. Selain itu, tidak mempunyai teknologi eco idle.
2. Bateri kereta basah bezza
Bateri kereta basah bezza pula sesuai untuk anda yang tahu sedikit tentang penjagaan bateri kereta. Hal ini demikian, ianya memerlukan pemantauan dari segi takat air bateri kereta.
Jika sudah kurang dari paras level sepatutnya, anda perlu menambah air bateri kereta. Ianya juga tidak sesuai digunakan oleh kereta bezza yang mempunyai eco idle.
3. Bateri kereta bezza EFB
Jenis bateri kereta bezza untuk EFB ini diwajibkan bagi kereta yang mempunyai teknologi eco idle.
Jika kereta yang mempunyai teknologi eco idle menggunakan bateri kereta kering atau bateri kereta basah, ianya masih boleh digunakan.
Namun, bateri kereta tersebut tidak akan tahan lama dan anggarannya adalah sekitar 1 tahun dan ke bawah sahaja.
Ianya juga bergantung kepada penggunaan auto start/stop juga. Jika anda tidak menggunakannya, anda boleh memilih untuk memadam butang ini.
Pingback: Bateri kereta bezza dan info penting - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta manakah yang sesuai ? - Mekanikakereta