Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Mengapakah lampu amaran cas bateri masih menyala ?

Lampu amaran cas bateri masih menyala. Apakah penyebab kepada lampu amaran cas bateri akan menyala dalam beberapa keadaan ?

Kemajuan teknologi dari semasa ke semasa memberikan kemudahan kepada setiap pemilik mahupun pengguna kereta.

Antara kemudahannya adalah mempunyai lampu amaran cas bateri. Fungsi lampu amaran cas bateri ini memberikan kebaikan sebelum sesebuah bateri kereta itu kehabisan tenaga elektrik dalamnya.

Hal ini demikian, memberikan amaran sebelum anda tanda tanda bateri kereta kong itu akan berlaku.

Apakah punca lampu amaran bateri kereta menyala ?

Seperti yang kita tahu lampu amaran bateri kereta menyala dengan beberapa sebab iaitu seperti berikut :

  1. Cas dalam bateri kereta sudah berada dalam keadaan lemah.
  2. Jika bateri kereta anda baru ditukar, maka boleh diketahui ianya adalah disebabkan alternator yang tidak berfungsi dengan baik.

Kedua punca lampu amaran bateri menyala ini adalah tidak asing lagi sekiranya ianya timbul sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta.

Bacaan lanjut : Lampu bateri menyala

Mengapakah lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan

Kebiasaannya lampu amaran cas bateri akan menyala sebelum anda nak melakukan start enjin kereta.

Ada 2 step ketika anda memasuki kunci iaitu dengan membuka “Unlock” kemudian accessories atau ACC dan seterusnya “ON”.

lampu amaran cas bateri masih menyala

Bila kunci kereta anda pada kedudukan “ON”, ada beberapa lampu pada meter kereta anda akan menyala termasukan lampu amaran bateri kereta.

Itu adalah perkara biasa yang berlaku sebelum enjin kereta anda dihidupkan. Apabila anda memutarkan kunci pada “Start” dan enjin telah dihidupkan, maka kunci akan kembali kepada kedudukan “ON” semula.

Namun, terdapat lampu amaran cas bateri yang masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan berlaku kepada anda ketika itu. Apakah tanda disebalik lampu amaran cas bateri masih menyala tersebut ?

Terdapat 2 situasi mengapa lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan iaitu :

1. Penyambungan antara wayar dari kereta kepada bateri kereta

Perkara ini sangat jarang berlaku, namun ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekiranya jarang sekali check penyambungan bateri kereta.

Boleh jadi penyambungi wayar kepada bateri kereta anda telah pun longgar. Ketika menghidupkan enjin tiada masalah, namun ketika sedang melakukan pergerakkan nyalaan lampu bateri boleh berlaku.

Hal ini kerana, penyambungan wayar kepada bateri kereta anda telah pun tertanggal dalam keadaan yang lama.

Sehinggakan lampu amaran bateri kereta masih menyala kerana ianya menggunakan tenaga tanpa kehadiran bateri kereta.

2. Alternator telah pun kong

Fungsi alternator adalah membantu aliran elektrik dalam kereta supaya berterusan berlaku dan akan menjimatkan penggunaan bateri kereta.

Sekiranya lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan, ianya membawa tanda bahawa penggunaan bateri kereta secara sepenuhnya tanpa kehadiran alternator.

Untuk jangka masa singkat, kereta anda masih boleh digunakan seperti biasa. Jika perkara ini diteruskan untuk hari ke 2 dan seterusnya, maka dinasihatkan untuk anda rujuk bengkel kedai kereta atau pusat servis.

Penggunaan secara berterusan akan menyebabkan bateri kereta anda akan kehabisan tidak mengira waktu walaupun ianya bateri kereta yang baru saja anda beli.

One thought on “Mengapakah lampu amaran cas bateri masih menyala ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *