Bateri kereta Axia : Check perkara ini sebelum beli
Bateri kereta axia. Apakah kelebihan dari segi bateri kereta axia yang anda miliki atau bakal miliki yang wajib anda ketahui lebih awal ?
Kereta yang merupakan keluaran produk tempatan iaitu perodua axia merupakan antara pilihan yang berjaya menarik perhatian ramai.
Dengan kehadirannya bermula sejak tahun 2014 di negara kita, kereta axia menjadi idaman ramai oleh kerana ianya sungguh praktikal dalam penggunaan harian.
Ini menjadikan penambahan kepada koleksi bateri kereta perodua di kalangan adik-beradiknya.
Justeru, bermula dari mula ianya dibeli sehinggalah tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta axia dari lama kepada bateri kereta axia yang baru.
Bagaimana dengan maintainence kereta axia terutamanya dari segi bateri perodua axia ini ?
Bagi penjagaan atau nak maintain kereta axia ini terutamanya dari segi bateri kereta amatlah mudah.
Bateri perodua axia tidak serumit bateri kereta lain kerana tidak banyak menggunakan peralatan dalaman elektrik dan elektronik.
Namun, akan datang bagi generasi perodua axia ini pasti akan beralih sedikit demi sedikit setanding dengan feature kereta lain.
Ikuti pembacaan seterusnya bagi mengetahui berapa lama bateri kereta axia ini akan bertahan dan mempengaruhi kadar maintainnya yang berpatutan.
Apakah jenis bateri kereta axia yang boleh anda dapati ?
Terdapat tiga jenis bateri kereta axia yang boleh anda buat pilihan. Antaranya adalah seperti bateri kereta axia kering, bateri kereta axia basah dan juga EFB.
Ketiga jenis bateri kereta axia ini bergantung kepada cara bagaimana anda sendiri menjaganya.
Kebanyakkan di pasaran bateri kereta di negara kita telah banyak menjual ketiga jenis bateri kereta ini.
Jadi, tiada sebarang masalah walau di mana sekali pun untuk anda mendapatkan jenis bateri kereta axia yang sesuai.
Terdapat dua jenis bateri kereta axia yang boleh anda gunakan untuk bateri kereta axia anda.
Berikut merupakan jenis-jenis bateri kereta axia yang ada di pasaran di negara kita iaitu :
- Bateri sel kering kereta axia
- Bateri sel basah kereta axia
Hanya kedua jenis bateri kereta axia ini sahaja boleh digunakan oleh kereta axia anda. Selain dari kedua jenis bateri kereta axia ini adalah tidak boleh digunakan.
1. Bateri sel kering kereta axia
Gunakan bateri kereta axia kering sekiranya anda ingin mudah dalam urusan. Dengan hanya setiap hari start enjin dan terus ke tempat yang ingin dituju.
Anda tidak perlu risau dengan kerap kali membuka bonet kereta sendiri. Bila tiba masanya anda perlu tukar kepada bateri kereta axia yang baru.
2. Bateri sel basah kereta axia
Manakala, jika anda menggunakan bateri kereta axia basah, anda perlu rajin membuka bonet depan kereta bagi melakukan check air bateri kereta.
Proses check air bateri kereta tidak perlu setiap hari, paling kurang sebulan sekali. Kelebihannya adalah bateri kereta axia basah lebih tahan dibandingkan bateri kereta axia kering.
3. Bateri kereta axia jenis EFB
Keluaran axia yang baru telah pun membawa masuk teknologi eco-idle yang khasnya terdapat pada generasi kedua perodua axia.
Namun, bukan semua variant pada axia gen 2 ini dilengkapi kemudahan atau teknologi ini. Hanya perodua axia spec AV dan SE sahaja perlu menggunakan bateri jenis EFB ini.
Untuk anda yang memiliki spec X, G dan E (axia rahmah) tidak perlu menggunakan bateri jenis EFB kerana tidak mempunyai sistem start-stop eco idling ini.

Bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai digunakan ?
Jika diikutkan kedua jenis bateri kereta axia ini sesuai. Namun, yang menjadikan ianya berbeza adalah cara anda yang menggunakan sesebuah kereta axia tersebut.
Mengapa aku cakap begitu ? Mari kita perlihatkan bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai untuk anda sebagai pemilik yang menggunakan kereta itu.
Bateri sel kering kereta axia amat sesuai digunakan jika anda seorang yang bila dah beli bateri perodua axia yang baru, dan gunakan sehingga ianya habis cas elektrik dalam bateri kereta tersebut. Maksud mudahnya setiap hari hanya start terus jalan.
Manakala, bateri kereta axia jenis basah pula memerlukan penjagaan berkala. Jika anda seorang yang rajin membuka bonet hadapan kereta dan check air bateri kereta secara berkala, ianya sangat sesuai untuk anda.
Yang membezakan sesuai atau tidak bateri kereta axia basah atau kering ini digunakan adalah berbalik kepada pemilik yang bakal menggunakannya tidak kira harian, mingguan atau jarang-jarang.
1. Bateri sel kering kereta axia
Apakah kriteria bagi sesebuah bateri kereta axia untuk menggunakan bateri kereta kering ?
Ciri-ciri bagi anda yang ingin menggunakan bateri sel kering kereta axia antaranya adalah tiada had. Makna disebalik tiada had ini adalah bateri kereta axia anda boleh menerima bateri sel kering kereta axia dengan baik.
Memandangkan pihak pengilang perodua menyediakan bateri kereta jenis basah pada kereta perodua axia, keputusan untuk terus tukar kepada bateri kering juga antara keputusan yang bijak.
Ini lebih-lebih lagi anda seorang yang hanya gunakan kereta pergi dan balik kerja dan gunakan sesebuah bateri kereta hingga ianya habis.
2. Bateri sel basah kereta axia
Perkara perlu tahu sebelum tukar bateri kereta kering axia kepada bateri sel basah kereta axia
1. Penjagaan yang berbeza
Jika anda sudah biasa dengan menggunakan bateri jenis kering untuk kereta axia anda, maka penggunaan bateri sel basah kereta axia merupakan perkara baru dari segi cara penjagaannya.
Penjagaan terutamanya air bateri kereta axia perlu dijadualkan dengan baik agar takat air bateri kereta axia sentiasa berada di tahap optimum.
Dibandingkan bateri kering axia yang tidak memerlukan penjagaan air bateri kereta langsung dan digunakan sehingga habis.
2. Harga lebih rendah untuk bateri sel basah kereta axia
Walaupun tidak terlalu jauh harga bateri sel basah kereta axia dengan harga bateri sel kering kereta axia, ianya tetap membawa kepada penjimatan boleh mencapai RM50 termasuk harga menjual bateri kereta axia yang lama.

Adakah bateri sel basah kereta axia tahan lebih lama ?
Setiap ketahanan bateri kereta mampu memberikan kelebihan kepada pemilik kereta axia itu sendiri.
Bagi anda yang bakal atau sedang menggunakan bateri sel basah kereta axia, ketahanan bateri kereta axia mampu mencapai sehingga tahun ke 5 ianya digunakan.
Namun, ianya juga berbalik kepada beberapa faktor seperti penjagaan air bateri kereta axia yang baik.
Jika sebaliknya berlaku, maka boleh terjadi bateri kereta axia tidak tahan dan tempoh penggunaan bateri kereta axia di bawah 1 tahun sahaja.
Bagaimana nak maintain air bateri kereta axia jika anda gunakan bateri kereta axia basah ?
Air bateri kereta axia perlu dijaga oleh pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta axia jenis basah sahaja.
Langkah awal nak maintain air bateri kereta axia dimulakan dengan check air bateri kereta setiap 3 hingga 4 minggu sekali mengikut kekerapan anda melakukan pemanduan.
Dari check air bateri kereta axia itulah baru boleh anda tentukan sama ada perlu topup atau tambah air bateri kereta axia atau pun tidak.
Perlu diingatkan, langkah itu perlulah berterusan dilakukan agar anda dapat mengelakkan air bateri kereta axia kering dan merosakkan bateri kereta axia itu sendiri.
Keluaran kereta Axia baharu menggunakan bateri basah
Kebanyakan keluaran kereta Axia yang baharu datang dengan penggunaan bateri basah sebagai komponen standard dari kilang.
Bateri basah ini berfungsi dengan menggunakan air bateri sebagai medium untuk menghasilkan tindak balas kimia bagi menghidupkan enjin.
Oleh itu, tahap air bateri kereta Axia perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan prestasi kereta sentiasa optimum.
Penggunaan bateri basah juga lebih murah berbanding bateri kering, menjadikannya pilihan ekonomi bagi ramai pengguna Axia.
Namun begitu, penyelenggaraan yang konsisten diperlukan kerana bateri jenis ini mudah mengalami penyejatan air, terutama ketika cuaca panas.
Sekiranya air bateri kereta Axia dibiarkan pada paras rendah, ia boleh melemahkan kuasa bateri dan menyebabkan kereta gagal dihidupkan.

Cara penjagaan air bateri kereta Axia
Untuk memastikan air bateri kereta Axia berada dalam keadaan baik, pemilik perlu memeriksa paras air sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu.
Pemeriksaan bagi air bateri kereta ini boleh dilakukan dengan melihat tanda upper dan lower level pada sisi bateri kereta perodua axia.
Jika paras air berada di bawah paras minimum, anda perlu menambah air bateri yang khas untuk tujuan tersebut dan bukan sebarang jenis air.
Penjagaan air bateri kereta Axia juga melibatkan memastikan terminal bateri bebas daripada karat kerana karat boleh mengganggu aliran elektrik.
Selain itu, pemilik kereta perlu memastikan bateri tidak terlalu panas kerana suhu tinggi mempercepatkan penyejatan air.
Dengan penjagaan yang betul, air bateri kereta Axia dapat bertahan lebih lama dan mengurangkan risiko kerosakan mengejut.
Pemilik kereta Axia boleh memilih bateri kering
Bagi pemilik Axia yang merasakan penjagaan air bateri agak rumit, terutamanya golongan wanita yang kurang masa untuk memeriksa paras air bateri, mereka boleh memilih untuk menukar kepada bateri kering.
Bateri kering tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan air, menjadikannya lebih praktikal bagi mereka yang sentiasa sibuk.
Walaupun harganya sedikit lebih mahal, bateri ini menawarkan kemudahan kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang tahap air bateri kereta Axia.
Penggunaan bateri kering juga lebih bersih dan tidak mudah bocor, sesuai untuk mereka yang kurang mahir dalam penyelenggaraan kereta.
Tambahan pula, bateri kering lebih stabil dari segi prestasi walaupun digunakan untuk tempoh yang lama.
Ramai pengguna Axia yang sering memandu jarak dekat juga memilih bateri kering kerana lebih tahan lama dalam keadaan penggunaan seperti itu.
Oleh itu, bateri kering boleh menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan kurang penyelenggaraan.
Saiz bateri kereta axia yang betul untuk dijadikan rujukan ?
Saiz bateri axia tidak menjadi sebarang masalah dalam pemilihannya. Hal ini demikian, bila tanya saja di kedai bateri kereta yang anda mahukan saiz bateri kereta axia, mereka sudah pun tahu mana yang sesuai.
Namun, kesilapan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Disebabkan itulah penting untuk anda tahu saiz bateri axia yang sebenar bagi memastikan kod pada bateri kereta yang dibeli itu tepat.
Jika diperlihatkan pada bahagian permukaan bateri kereta axia anda, anda akan dapati tulisan seperti NS40 atau NS40ZL.
Kepastian juga dapat buat melalui anda akan dapati saiz bateri kereta axia yang tertera kod tersebut adalah sama seperti saiz bateri axia anda yang lama.
Jika mengikut kod ini agak susah untuk anda pastikan betul atau tidak dalam menentukan saiz battery axia.
Namun, bila anda ke kedai bateri kereta, anda bole dapati saiz bateri kereta axia yang boleh anda lihat sendiri secara depan mata berbentuk hampir segi petak empat sama (square).
Semakin besar saiz bateri kereta, semakin ianya tidak berbentuk square. Kalau kita lihat saiz bateri kereta lebih besar ia akan lebih berbentuk kepada segi petak empat tidak sama atau dikenali sebagai rectangle.
Perkara kedua untuk anda pastikan betulkan saiz bateri kereta axia ini adalah dengan melihat pada terminal bateri kereta tersebut.
Anda boleh lihat terminal positif dan negatif pada bateri kereta axia itu bersaiz kecil seperti saiz jari kelingking pada tangan anda.
Bentuk pada saiz bateri kereta axia
Seperti yang anda baca di atas, bentuk pada saiz bateri kereta axia adalah hampir berbentuk empat segi tepat.
Kepastian perlu dibuat oleh anda kerana kesilapan boleh berlaku. Walaupun kedai bateri kereta telah memberikan kod saiz bateri kereta yang anda minta.
Buat pengesahan melalui bentuk saiz bateri kereta axia anda sebelum membuat pembayaran agar tidak berlaku sebarang salah faham pada masa akan datang.
Di samping itu juga, terminal bateri kereta axia juga memain peranan. Jika anda dapati terminal positif dan negatif itu besar, maka minta pihak kedai bateri kereta itu. Tukar bateri kereta yang lain dengan mendapatkan terminal yang lebih kecil.
Ada juga terdapat saiz bateri kereta axia berbentuk petak mempunyai saiz terminal positif dan negatif besar. Jadi, elakkan dari perkara ini berlaku kepada anda.

Jika anda merujuk pada gambar di atas, gambar tersebut merupakan gambaran bentuk saiz bateri kereta axia anda dari pandangan atas.
Anda boleh dapati gambar di atas tidak sama bentuknya. Satu bentuk hampir segi empat tepat, satu lagi berbentuk empat segi tak sama.
Manakala, gambar di bawah pula, anda perhatikan pada bulatan yang terdapat dalam petak bateri kereta axia.
Bulatan di sebelah kanan lebih besar. Ini bermakna terminal positif dan negatif bateri kereta axia tidak boleh digunakan pada bateri tersebut.
Oleh itu, perhatikan pada terminal positif dan negatif yang kecil. Agar wayar bateri positif dan negatif anda boleh dipasang dengan baik.
Saiz bateri kereta axia gen 2 (D74A)
Perodua axia baru yang bermula keluarannya dari tahun 2023 dilengkapi dengan sistem eco idling. Namun, hanya untuk 2 variant atau spec sahaja dilengkapi teknologi ini iaitu axia Advance dan axia SE.
Saiz bateri kereta axia baru bagi kedua spec ini adalah jenis M42. Spec selain axia advance dan se hanya perlu menggunakan saiz biasa iaitu ns40zl.

Bateri kereta axia tahan berapa lama selepas ianya baru dibeli ?
Ada beberapa faktor bagi menentukan ketahanan bateri perodua axia. Contoh nak tahu bateri kereta axia tahan berapa lama adalah bergantung kepada :
- Kekerapan menggunakan kereta axia.
- Cara pemanduan kereta axia.
- Tambahan aksesori pada kereta axia.
- Cara penjagaan kereta axia (bateri kereta axia basah)
Bateri axia tahan berapa lama boleh dianggarkan selama 2 tahun 6 bulan untuk bateri sel kering kereta axia. Manakala, untuk bateri kereta axia basah pula mampu bertahan selama 3 hingga 4 tahun jika ianya dijaga dengan baik.
Bateri kereta yang digunakan oleh kereta perodua axia adalah mengikut saiz yang sepatutnya. Di mana setiap kereta yang berbeza cc enjin kereta akan memerlukan saiz bateri kereta yang juga turut berbeza.
Bagi bateri kereta axia tahan berapa lama yang sebenarnya ? Berdasarkan pengalaman, bateri kereta axia akan bertahan selama 24 bulan atau 2 tahun minima tempohnya.
Manakala, tempoh maksimum penggunaan bateri kereta axia akan bertahan paling lama selama 36 bulan atau 3 tahun. Namun, statistik ini bergantung kepada cara kegunaan kereta axia yang digunakan. Adakah hampir setiap hari pergi dan balik ke tempat kerja dari kediaman?
Tempoh maksimum ini juga akan dapat dicapai oleh semua pemilik kereta axia yang berdasarkan kepada penjagaan yang sederhana dan teratur.

Cara tukar bateri kereta axia
Check bateri kereta sebelum memulakan cara tukar bateri kereta axia
Pada peringkat awal, jika anda sudah dapati beberapa tanda bateri kereta axia lemah atau kong, maka check bateri kereta axia anda.
Pergi ke kedai bateri kereta yang berhampiran rumah anda dan minta untuk check bacaan bateri kereta axia anda pada waktu itu.
Check bateri kereta axia dibuat dihadapan anda sendiri dengan menggunakan peralatan seperti multimeter.
Pihak kedai bateri kereta anda memberikan beberapa nasihat sama ada bateri kereta axia yang anda gunakan itu masih dalam keadaan baik atau pun tidak.
Jika sudah tiba masanya untuk anda tukar bateri kereta axia tersebut, maka anda mempunyai 2 pilihan sama iaitu :
- Tukar bateri kereta axia di kedai bateri kereta.
- Tukar bateri kereta axia dilakukan secara sendiri di rumah.

Bagaimana cara tukar bateri kereta
Berikut merupakan langkah-langkah bagi cara tukar bateri kereta axia :
- Buka bonet hadapan kereta axia.
- Kenal pasti dimana bateri kereta axia anda berada.
- Pastikan bateri kereta axia yang baru telah dibeli sebelum melakukan cara tukar bateri axia secara sendiri di rumah anda.
- Pastikan wayar bateri kereta axia anda dicabut bermula dengan wayar hitam terlebih dahulu.
- Cabut wayar merah seterusnya.
- Keluarkan bateri kereta axia yang lama tadi.
- Ambil bateri kereta axia yang baru.
- Letakkan bateri kereta axia yang baru ke tempat yang sama dalam kedudukan terminal bateri kereta positif dan negatif yang betul.
- Pasang wayar merah terlebih dahulu.
- Kemudian pasang wayar hitam.
- Ikatkan skru kedua wayar merah dan hitam dengan kemas pada terminal bateri kereta anda.
- Hidupkan enjin kereta axia anda.
- Selesai.
Harga bateri kereta perodua axia
Harga bateri perodua axia amat berpatutan untuk dimiliki. Dengan saiz bateri kereta axia yang kecil sudah tentu harga bateri kereta axia menjadi agak murah.
Tambahan pula, jika anda mengeluarkan dan membayar harga bateri axia setiap 3 tahun sekali. Ianya amatlah berbaloi.
Bagi pendapat aku sendiri, harga bateri kering kereta axia masih berbaloi untuk dimiliki jika 2 tahun sekali ianya bertahan digunakan.
Dibandingkan pula bateri kereta axia harga untuk jenis bateri basah walaupun sama, ianya sangat bagus kerana penggunaan 3 hingga 4 tahun sekali baru diganti kepada yang baru.
Walaupun begitu, bukan sekadar bateri axia harga perlu diperhatikan, malah anda perlu rajin membuat sedikit survey dengan cara membandingkan jenama dan kelebihan setiap bateri kereta untuk kereta axia anda.
Harga bateri kereta axia 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021 boleh digunakan dengan bateri kereta axia yang sama iaitu berharga sebanyak RM190 hingga RM250 sahaja.
Harga bateri kereta axia jenis EFB
Untuk pengguna axia gen 2 yang terbaru perlu menggunakan bateri EFB yang harganya bermula sekitar RM280 hingga RM300 sahaja.
Sekiranya anda dapati harga ini terlalu mahal dan ingin menggunakan 2 jenis bateri sama ada kering (MF) atau basah (wet) juga dibolehkan.
Tetapi tahap ketahanannya adalah kurang dan dianggarkan sekitar 10 bulan hingga 1 tahun setengah sahaja paling lama boleh perodua axia gen2 digunakan bagi sesebuah bateri biasa.
Artikel terkait : Harga, jenis dan saiz bateri kereta
Harga bateri amaron axia
Mengikut bateri kereta amaron yang sesuai untuk kereta axia adalah merupakan Amaron Go.
Harga bateri amaron axia ini berjumlah RM265 sahaja. Harga ini adalah agak tinggi sedikit jika anda bandingkan dengan jenama bateri kereta axia lain.
Ada sebab dan kelebihan yang perlu anda ketahui sebelum anda bertukar ke jenama lain yang tidak menyediakan kelebihan yang sama.
Baca juga : Harga bateri amaron ns40zl
Apakah kelebihan bateri kereta amaron axia ?
Amaron Go bagi harga bateri amaron axia mungkin agak tinggi dan diluar budget anda. Namun, kelebihan yang disediakan adalah tiada tolok bandingnya.
Antara kelebihan besar yang diberikan di sebalik harga bateri amaron axia adalah perlindungan warrantly sehingga mencapai 36 bulan atau 3 tahun sepanjang ianya digunakan oleh kereta axia anda.

Jenama bateri kereta lain masih lagi mengekalkan perlindungan warrantly 12 bulan atau 1 tahun. Namun, bagi bateri kereta amaron untuk kereta axia anda diberikan sehingga 3 tahun.
Penjimatan sepanjang penggunaan juga merupakan satu perkara yang berharga agar anda tidak perlu kerap tukar bateri kereta setiap tahun jika ianya telah habis.
Sekiranya anda nak tahu maklumat lain tentang bateri kereta, boleh rujuk pada link tersebut bagi mendapat jawapan lebih spesifik.

Pingback: Bateri kereta axia tahan berapa lama ? - Mekanikakereta
Pingback: Harga bateri kereta perodua Axia - Mekanikakereta
Pingback: Bateri sel kering kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai ? - Mekanikakereta
Pingback: Bateri sel basah kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Jenis bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Saiz bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Cara tukar bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: Rujukan Penting Tentang Bateri Kereta Perodua - Mekanikakereta
Pingback: Air bateri kereta axia : Kesesuaian pilihan - Mekanikakereta