Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta axia tahan berapa lama ?

Bateri kereta axia tahan berapa lama. Apakah ciri-ciri yang diperlukan sekiranya anda nakkan bateri kereta axia anda untuk tahan dalam masa yang lebih lama ?

Adakah punca sebenar bateri kereta axia anda tidak akan bertahan lama dalam tempoh dari kebiasaannya ?

Bagaimana kesan sekiranya anda tidak mengambil berat dan tukar bateri kereta yang baru setiap kali ianya habis walaupun dalam tempoh yang singkat ?

Pemilihan jenis bateri kereta untuk kereta perodua axia sama ada basah atau kering terletak di tangan anda sebagai pemilik kereta.

Namun, ada juga yang tidak tahu jenis bateri kereta apakah yang digunakan kereta axia kerana ini sebelum ini baru sahaja beli kereta.

Baca juga : Jenis bateri kereta axia

Bateri kereta axia tahan berapa lama sepatutnya ?

Bateri kereta yang digunakan oleh kereta perodua axia adalah mengikut saiz yang sepatutnya. Di mana setiap kereta yang berbeza cc enjin kereta akan memerlukan saiz bateri kereta yang juga turut berbeza.

Bagi bateri kereta axia tahan berapa lama yang sebenarnya ? Berdasarkan pengalaman, bateri kereta axia akan bertahan selama 24 bulan atau 2 tahun minima tempohnya.

Manakala, tempoh maksimum penggunaan bateri kereta axia akan bertahan paling lama selama 36 bulan atau 3 tahun. Namun, statistik ini bergantung kepada cara kegunaan kereta axia yang digunakan. Adakah hampir setiap hari pergi dan balik ke tempat kerja dari kediaman?

Tempoh maksimum ini juga akan dapat dicapai oleh semua pemilik kereta axia yang berdasarkan kepada penjagaan yang baik dan teratur.

Baca selanjutnya : Saiz bateri kereta axia

bateri kereta axia tahan berapa lama
Bateri kereta axia tahan berapa lama

Bateri kereta axia basah atau kering yang sesuai digunakan ?

Sebenarnya kedua-dua jenis bateri kereta axia sama ada basah atau kering sangat sesuai digunakan oleh anda. Namun, jika anda nakkan jawapan salah satu ini, maka berbalik kepada diri anda sendiri.

Sekiranya anda jenis hari-hari gunakan kereta tersebut dan langsung tidak sempat untuk buat cek air bateri kereta, maka pilihlah bateri kereta kering. Bateri sel kering kereta axia sangat sesuai bagi anda yang sering sibuk bekerja.

Manakala, jika anda suka akan membuat check dan maintain sendiri secara berkala bateri kereta anda terutamanya pada takat level air bateri kereta, maka bolehlah anda pilihlah bateri kereta jenis basah.

Keduanya mempunyai manfaat tersendiri. Jika anda pilih bateri kereta basah, tempoh kegunaan adalah lebih lama dibandingkan bateri kereta kering untuk kereta axia anda. Cuma itulah, perlu menjaga air bateri kereta axia dengan berjadual.

Begitu juga, jika anda menggunakan bateri kereta kering untuk kereta axia anda, ia pasti tidak akan memberi sebarang masalah sejak dari ia mula digunakan sehinggalah bateri kereta tersebut tamat tempoh.

Baca juga : Bateri kereta axia basah atau kering

Punca mengapa bateri kereta axia tahan lebih lama

Jika anda nak bateri kereta yang tahan lama untuk kereta axia anda, pilihan jenis bateri kereta basah atau kering bukanlah penentunya secara keseluruhan.

Bahkan, bukan juga pilihan jenama bateri kereta atau cara tukar bateri kereta axia tertentu yang membuatkan bateri kereta yang bakal anda gunakan itu akan boleh mencapai 3 hingga 4 tahun.

Ianya adalah terletak di tangan anda sendiri. Bateri kereta axia tahan berapa lama adalah menurut kepada penjagaan dalam beberapa aspek yang mungkin anda sendiri memandang rendah dari dulu lagi.

Antara punca bateri kereta axia anda akan menjadi tahan lasak adalah seperti berikut :

  1. Kadar kekerapan penggunaan kereta axia anda.
  2. Servis kereta perodua axia anda mengikut jadual yang betul.
  3. Tidak melakukan sebarang kecuaian seperti membiarkan lampu kereta axia terbuka ketika meninggalkan kereta dalam masa yang lama.
  4. Tidak start enjin kereta walaupun kereta axia anda tidak digunakan dalam waktu yang lama.
  5. Membuat cek bacaan baki bateri kereta selepas 2 tahun penggunaan. Jika ada dapati bacaan kurang, anda boleh cas bateri kereta tanpa perlu menunggu bateri kereta axia tersebut menjadi lemah.

Kesan sekiranya menukar bateri kereta baru setiap kali ianya habis lebih awal dari biasa

Secara pandangan kasarnya pasti anda akan menjangka kereta axia anda adalah kuat menggunakan bateri kereta. Walaupun hanya menggunakan kereta axia tersebut untuk perjalanan yang sederhana, ia tetap menggunakan bateri kereta di bawah 2 tahun.

Tak sampai pun 2 tahun penggunaan bateri kereta axia, dah nak kena tukar bateri kereta axia yang baru. Tanpa menimbulkan syak wasangka terus tukar bateri kereta baru.

Walaupun saiz bateri kereta axia ini mampu untuk anda tukar bateri kereta setiap tahun, anda perlu juga berjaga-jaga.

Tahun berikutnya berlaku lagi masalah bateri kereta axia mula menjadi lemah. Sudah pasti akan memberi kesan kepada anda dari segi kewangan. Jika anda cek bacaan meter pada bateri kereta axia anda di kedai bateri kereta pasti jawapannya adalah perlu tukar bateri kereta baru.

Maka, hendaklah anda mencari puncanya sebelum terus menukar bateri kereta yang baru dengan melihat balik cara penggunaan kereta axia anda di atas.

Padahal sebenarnya, terdapat masalah lain yang menyebabkan bateri kereta anda akan cepat habis. Jika semuanya telah dijaga, maka rujuk bengkel kereta atau rujuk pusat servis perodua supaya masalah bateri kereta axia anda yang cepat habis boleh ditangani.

2 thoughts on “Bateri kereta axia tahan berapa lama ?

Comments are closed.