Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta Aruz

Harga bateri kereta Aruz. Berapakah sepatutnya harga untuk bateri kereta aruz sekiranya anda ingin tukar kepada bateri kereta baru ?

Kereta perodua aruz dibekalkan dengan sebuah bateri kereta yang mampu bertahan untuk beberapa tahun jangka hayatnya.

Kebanyakkan dari anda pasti ingin mengetahui harga bateri kereta aruz kerana ini merupakan pertama kali anda nak tukar bateri kereta.

Jika anda belum lagi melihat pada dalam bonet hadapan kereta aruz anda, pastikan anda berbuat demikian dahulu.

Hal ini demikian, bagi memastikan jenis bateri kereta aruz apakah yang sedang anda gunakan pada waktu itu.

harga bateri kereta aruz

Bateri kereta aruz dari kilang

Jika diikutikan, keluaran kereta perodua aruz merupakan model keluaran baru yang kebanyakkannya menggunakan bateri kereta dari kilang.

Untuk anda yang nak tukar bateri kereta sama dengan jenis bateri kereta aruz yang lama, anda sewajarnya mengetahui terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

Untuk pengetahuan anda, bateri kereta aruz dari kilang merupakan bateri kereta EFB jenis basah.

Jika anda nak tukar bateri kereta sendiri di rumah, pastikan anda membeli bateri kereta aruz EFB jenis basah tersebut dengan saiz bateri kereta aruz 60.

Atau dengan mudahnya anda membeli bateri kereta M42R yang sesuai digunakan untuk bateri kereta aruz anda.

Rujukan berkaitan : Jenis bateri kereta aruz

Berapa harga bateri kereta aruz mengikut jenama bateri kereta ?

Harga bateri kereta aruz di bawah merupakan harga dalam anggaran yang terkini. Jika terdapat sedikit perbezaan ia adalah merupakan perubahan harga bateri kereta aruz dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan harga bateri kereta aruz mengikut jenama bateri kereta :

Jenama bateri keretaHarga bateri kereta Aruz
AmaronRM325
CenturyRM345
YuasaRM325
VartaRM330
Harga bateri kereta Aruz

Bolehkah membeli bateri harga bateri kereta aruz yang biasa bukan EFB ?

Bagi yang ingin berjimat dan ingin beli pada harga bateri kereta aruz lebih murah boleh membeli bateri kereta biasa seperti bateri kereta aruz jenis kering atau bateri kereta aruz jenis basah yang biasa.

Kedua pilihan di atas merupakan bukan kategori EFB, namun masih boleh digunakan oleh bateri kereta aruz anda.

Namun, ada sedikit syarat iaitu anda tidak digalakkan supaya menghidupkan sistem eco idle atau auto start/stop.

Hal ini kerana, sistem eco idle ini memerlukan bateri kereta jenis EFB yang akan menyokong sistem tersebut.

Disamping itu juga, jika anda masih menggunakan bateri kereta selain EFB pada bateri kereta aruz anda, dan dalam masa sama anda menghidupkan sistem eco idle, bateri kereta aruz yang biasa tersebut akan cepat kong.

2 thoughts on “Harga bateri kereta Aruz

Comments are closed.