Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Cara tukar bateri kereta aruz

Cara tukar bateri kereta aruz. Bagaimanakah untuk anda yang memiliki sebuah kereta Perodua Aruz untuk mengendalikan tukar bateri kereta sebaiknya ?

Cara tukar untuk bateri kereta aruz adalah termasuk juga dalam kategori cara cabut bateri kereta aruz dan cara pasang bateri kereta aruz.

Sepanjang penggunaan bateri kereta aruz ini sudah pasti anda antara yang belum lagi pernah tukar bateri kereta.

Ini bermakna bateri kereta aruz yang sedang digunakan adalah bateri kereta aruz keluaran sejak dari kilang lagi.

Sudah tentu bukan sahaja anda, malah ramai lagi yang bertanyakan tentang cara tukar bateri kereta aruz ini.

Tidak ketinggalan juga bagi anda yang kali ke 2 dan seterusnya untuk tukar bateri kereta aruz boleh membuat rujukan disini sekiranya berasa kurang pasti.

Bacaan terkait : Jangka hayat bateri kereta aruz

Bagaimana cara tukar bateri kereta aruz ?

Mengikut susunan yang bakal diberi akan diberikan cara cabut bateri kereta aruz serta cara pasang bateri kereta aruz sebaik sahaja anda telah membeli bateri kereta aruz yang baru.

Kebanyakkan pemilik kereta perodua aruz memilih untuk pasang bateri kereta aruz sendiri dibandingkan tukar bateri kereta aruz di pusat servis atau di kedai bateri kereta.

Apa yang penting adalah anda mempunyai peralatan yang mencukupi bagi menampung aliran elektrik semula tukar bateri kereta aruz dilakukan.

Langkah-langkah bagi cara tukar bateri kereta aruz adalah seperti berikut :

  1. Buka bonet hadapan kereta perodua aruz anda.
  2. Jika dari arah pandangan menghadap kereta anda, anda dapati bahagian bateri kereta aruz terletak dibahagian sebelah kiri.
  3. Manakala, untuk bacaan kod bateri yang betul sebenarnya ianya adalah di sebelah kanan.
  4. Buka pengikat bateri kereta aruz anda.
  5. Ambil portable car battery bagi support elektrik yang akan mengalir.
  6. Sepitkan wayar hitam (negatif) dari portable car battery pada mana-mana bahagian besi dalam bonet kereta aruz anda.
  7. Tanggalkan wayar hitam pada bateri kereta aruz anda.
  8. Kemudian, sepitkan wayar merah (positif) portable car battery pada kepala wayar berwarna merah.
  9. Keluarkan wayar merah yang telah disepitkan tadi dari terminal bateri kereta aruz anda.
  10. Cabut keluar bateri kereta aruz anda yang lama.
  11. Pasang bateri kereta aruz anda yang baru dengan memastikan kedudukan terminal bateri kereta aruz yang baru itu adalah betul dan sama seperti kedudukan bateri kereta aruz yang lama tadi.
  12. Pasangkan wayar merah terlebih dahulu pada terminal bateri kereta aruz yang baru.
  13. Kemudian, pasangkan wayar hitam pada terminal bateri kereta aruz yang baru.
  14. Cabut wayar hitam dari portable car battery yang disepit pada bahagian besi dalam bonet kereta anda tadi.
  15. Kemudian, cabut wayar berwarna merah yang telah disepitkan pada wayar merah.
  16. Ikat skru pada kedua kepala bateri kereta merah dan hitam (positif dan negatif) dengan kemas.
  17. Pasang semula pengikat bateri kereta aruz anda dengan ketat.
  18. Start enjin kereta.
  19. Selesai.

Baca artikel berkaitan : Cara tukar bateri kereta

bateri kereta aruz
Bateri kereta aruz

Mengapa perlu menggunakan portable car battery dalam cara tukar bateri kereta aruz ?

Penggunakan tambahan seperti portable car battery atau battery jumper adalah supaya tidak berlaku sebarang short circuit pada komputer dalaman kereta anda.

Memandangkan setiap kereta sudah mempunyai teknologi canggih yang banyak bergantung kepada sistem berkomputer yang telah diset, adalah sangat disarankan melakukan perkara ini.

Cara tukar bateri kereta yang lama juga masih boleh dilakukan. Namun, sebarang risiko perlu anda tanggung sendiri lebih-lebih lagi anda melakukan cara pasang bateri kereta aruz ini secara sendiri atau diy di rumah.

cara tukar bateri kereta aruz
Cara tukar bateri kereta aruz

3 thoughts on “Cara tukar bateri kereta aruz

Comments are closed.