Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Aruz

Saiz bateri kereta Aruz. Apakah saiz bagi bateri kereta aruz yang sesuai digunakan oleh kereta perodua Aruz itu sendiri ?

Pengalaman kehabisan bateri kereta pasti akan memberi peringatan kepada diri anda mahupun orang lain. Hal ini demikian, ada orang mempunyai pengalaman sehingga kereta tersadai oleh kereta bateri kereta telah kong.

Jika anda mengambil tindakan awal untuk tukar bateri kereta aruz lebih awal sudah pasti kereta tersadai tidak akan terjadi.

Namun, ia merupakan satu pengajaran paling berharga buat anda yang akan dapat dielakkan terjadi lagi pada masa akan datang.

Di artikel ini, anda akan mengetahui saiz bateri aruz yang sepatutnya anda pasang pada perodua aruz anda.

Apakah saiz bateri kereta Aruz yang sebenar ?

Saiz bateri kereta perodua aruz yang sebenar boleh digunakan oleh anda sebagai pemilik adalah berdasarkan kod bateri kereta iaitu M42R.

Jika sekadar semua orang dah tahu M42R, namun pilihan lain kod bateri kereta yang lebih jelas akan tertera pada bateri kereta yang bakal anda beli adalah 50B20R dan juga 60B20R.

Kedua kod ini menjadi rujukan penting untuk anda mendapatkan bateri kereta aruz yang tepat berdasarkan keadaan dan situasi. Nombor 50 dan 60 tersebut menandakan jumlah kuasa yang dibekalkan iaitu 50 mAh dan juga 60 mAh. Apa yang penting adalah nombor di belakang iaitu 20R yang menandakan saiz tapak bateri kereta aruz serta kedudukan R iaitu Right di sebelah kanan.

Anda wajib untuk mendapatkan saiz bateri kereta bagi aruz ini kerana ianya menyokong idling system atau sistem eco idle dimana kedua-dua model perodua aruz advance dan aruz spec X menggunakan sistem yang sama.

Bila anda perlukan rujukan saiz bateri aruz ini?

Ianya adalah semasa anda membeli bateri kereta aruz yang baru di kedai bateri kereta atau kedai menjual barangan sparepart. Ini adalah sekiranya anda ingin membeli sendiri dan memasang secara diy di rumah.

Walau bagaimanapun, rujukan saiz bateri kereta aruz ini tetap penting kepada anda yang pasang bateri kereta di kedai bateri kereta. Anda boleh membuat semakkan bateri kereta tersebut betul atau tidak.

Kesilapan dan kecuaian juga boleh datang dari pihak kedai bateri kereta. Oleh itu, tiada rugi pun jika anda membuat double check pada saiz bateri aruz yang baru dibeli sebelum ianya dipasang.

saiz bateri kereta aruz

Bolehkah bateri kereta aruz menggunakan selain dari bateri aruz M42R ?

Setakat ini belum ada lagi pilihan untuk saiz bateri perodua aruz ini. Hanya bateri aruz m42r sahaja yang sesuai digunakan oleh kereta perodua aruz anda.

Kebanyakkan tempat agak susah sedikit untuk mendapatkan saiz bateri aruz ini kerana ianya antara pilihan bateri yang agak lain dari yang lain.

Kedudukannya bateri kereta aruz yang terletak di sebelah kanan dari arah dalam kereta serta kedudukan terminat positif dan negatif pada bateri kereta itu sendiri mewajibkan bateri aruz m42r ini amat diperlukan.

Sekiranya anda membeli M42L, wayar untuk disambungkan ke terminal bateri kereta aruz anda akan menjadi tegang dan tidak boleh dipasang dengan kemas.

Apakah antara jenama bateri kereta sesuai dengan saiz bateri aruz ?

Bateri aruz m42r boleh anda miliki dengan beberapa jenama bateri kereta yang terdapat dipasaran online dan kedai bateri kereta seperti berikut :

  1. Amaron
  2. Varta
  3. Century
  4. Munster Robust
  5. Otopower
  6. Tachi
  7. Yokohama

Jenama-jenama bateri kereta di atas ada yang pernah anda tahu dan ada juga tidak. Pastikan di setiap pembelian secara online mahupun di kedai bateri kereta, anda perlu mendapatkan warrantly yang menandakan ianya adalah bateri kereta aruz yang baru.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Aruz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *