Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Jenis bateri kereta Aruz

Jenis bateri kereta Aruz. Apakah jenis bagi bateri kereta aruz yang sesuai digunakan oleh sebuah kereta perodua Aruz ?

Bateri kereta mempunyai beberapa kategori. Tidak semua kategori bersesuaian digunakan oleh kereta aruz anda.

Bahkan, jika diteruskan akan membawa beberapa kesan yang sepatutnya tidak berlaku sekiranya anda menggunakan bateri kereta aruz yang betul.

Di artikel inilah, anda boleh dapati jenis jenis bateri kereta aruz yang boleh anda dapati di pasaran dalam negara kita.

Sudah pasti dengan kehadiran sebuah kereta mpv keluarga ini mempunyai marketnya tersendiri terutamanya dalam sektor wear & tear.

Malah, bateri kereta aruz juga amat mudah didapati bukan saja di pusat servis, tetapi juga di kedai bateri kereta atau kedai hardware sparepart barang kereta.

Rujukan terkait : Cara tukar bateri kereta aruz

Apakah jenis bateri kereta aruz yang terdapat di pasaran dalam negara kita ?

Antara berikut merupakan jenis bateri kereta bagi kereta perodua aruz :

1. Bateri kereta jenis kering

Dari dahulu hingga sekarang amat terkenal penggunaan bateri kereta jenis kering ini diguna pakai oleh kebanyakkan kereta.

Untuk kereta aruz ini, penggunaan bateri kereta jenis kering ini boleh digunakan. Namun ianya kurang sesuai dan boleh mengakibatkan bateri kereta aruz anda cepat habis.

2. Bateri kereta jenis basah

Begitu juga, pilihan lain pada suatu ketika dahulu hingga sekarang iaitu bateri kereta jenis basah juga boleh digunakan oleh kereta perodua aruz anda.

Namun, atas sebab ianya kurang bersesuain digunakan oleh kereta aruz anda adalah tidak digalakkan kecuali hanya untuk sementara penggunaan sahaja.

3. Bateri kereta EFB

Pengenalan kepada bateri kereta EFB adalah merupakan bateri kereta yang terdiri daripada :

  1. Bateri kereta EFB jenis kering
  2. Bateri kereta EFB jenis basah.

Ianya terdapat penambahbaikkan iaitu sesuai digunakan oleh kebanyakkan kereta sekarang yang mempunyai teknologi eco idle.

Sistem atau teknologi eco idle memainkan peranan sebagai menjimatkan minyak kereta lebih-lebih lagi sewaktu menghadapi trafik yang tinggi.

Ianya juga mampu bertahan lama sama seperti anda menggunakan bateri kereta jenis kering dan bateri kereta jenis basah yang biasa.

jenis bateri kereta aruz
Jenis bateri kereta Aruz

Kenapa tidak menggunakan saja bateri kereta jenis kering dan bateri kereta jenis basah yang biasa untuk bateri kereta perodua aruz ?

Perbezaannya adalah terhadap teknologi atau sistem eco idle tadi. Jika kereta aruz anda tidak menghidupkan eco idle ini, maka juga boleh menggunakan antara kedua jenis bateri kereta aruz yang biasa tadi.

Manakala, jika anda menginginkan penjimatan minyak, penggunaan eco idle perlu dihidupkan sentiasa bagi ianya melakukan mematikan enjin kereta ketika brek dan start semula enjin kereta ketika brek dilepaskan.

Sekiranya anda menggunakan bateri kereta jenis kering dan bateri kereta jenis basah yang biasa, namun dalam masa yang sama menghidupkan eco idle, kesannya adalah kepada ketahanan bateri aruz anda.

Jangka hayat bateri kereta aruz yang lebih pendek bakal diterima oleh anda kerana tidak menggunakan bateri kereta aruz bersesuaian seperti EFB.

Disebabkan itulah pengenalan kepada bateri kereta jenis EFB sangat membantu bagi mengekalkan ketahanan bateri kereta anda justeru memanjangkan jangka hayat bateri kereta aruz anda.

3 thoughts on “Jenis bateri kereta Aruz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *