Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Bateri kereta tahan berapa lama ?

Bateri kereta tahan berapa lama. Apakah faktor kepada sesebuah bateri kereta itu betahan lebih lama ? Berikut merupakan beberapa kategori berdasarkan apakah yang menyebabkan bateri kereta bertahan.

Ada orang ingin mengetahui ketahanan jika sesebuah bateri kereta berdasarkan kereta yang mereka gunakan. Malah, ada juga ingin tahu dari segi jangka hayat bateri kereta untuk sesebuah jenama bateri kereta itu tahan atau tidak.

Jadi, dalam artikel ini faktor yang menjadikan battery kereta tahan berapa lama itu akan dibahagikan kepada 3 perkara iaitu mengikut kereta apa yang anda gunakan dan juga jenis bateri kereta apakah yang tahan lebih lama.

Tambahan lagi, berdasarkan jenama bateri kereta juga akan turut memainkan peranan dan akan dijelaskan berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah menggunakan pelbagai jenama bateri kereta.

Ketahanan bateri kereta berdasarkan kereta yang anda gunakan

bateri kereta tahan berapa lama


1. Bateri kereta myvi tahan berapa lama

Sebuah kereta perodua myvi mampu bertahan sehingga mencapai tempoh 3 tahun berdasarkan kadar kekerapan menggunakan kereta setiap hari bagi urusan kerja.

Baca lebih lanjut : Bateri kereta myvi tahan berapa lama

2. Bateri kereta bezza tahan berapa lama

Manakala, untuk kereta perodua bezza juga turut mengikut hingga mampu bertahan untuk tempoh 3 tahun penggunaan bagi setiap bateri kereta.

3. Bateri kereta axia tahan berapa lama

Selain itu, bateri axia tahan berapa lama adalah bergantung kepada jenis bateri apakah yang anda gunakan. Jika bateri kering mampu bertahan hingga 2 tahun setengah. Manakala, jika bateri basah pula boleh mencapai sehingga 4 tahun penggunaan.

Baca lebih teliti : Bateri kereta axia tahan berapa lama

4. Bateri kereta viva tahan berapa lama

Untuk kereta perodua viva pula, bagi setiap bateri kereta yang digunakan seperti bateri kering akan memudahkan anda kerana ianya dalam kategori maintainence free (MF) dan boleh tahan hingga 3 tahun penggunaan.

5. Bateri kereta persona tahan berapa lama

Proton persona mempunyai dua model iaitu proton persona lama dan proton persona vvt (baru) yang digunakan diatas jalan raya. Kedua-dua generasi kereta proton persona ini boleh menggunakan bateri kereta yang sama. Namun, yang membezakan adalah teknologi pada proton persona vvt yang menggunakan peralatan elektronik yang lebih dibandingkan proton persona lama. Oleh itu, ketahanan proton persona lama dijangka boleh mencapai sehingga 3 tahun dan proton persona vvt mencapai 2 tahun setengah jika menggunakan bateri kereta dengan jumlah aH yang sama.

6. Bateri kereta X50 tahan berapa lama

Bagi sebuah kereta proton x50 yang merupakan sebuah suv menggunakan jenis bateri EFB secara minimum dan AGM untuk kuasa yang lebih optimum dan tahan lebih lama. Namun, kita rujuk pada pemilihan bateri efb untuk kereta proton x50 juga mampu bertahan sekitar 2 tahun setengah.

7. Bateri kereta honda city tahan berapa lama

Kebanyakkan pemilik kereta honda city pasti akan menggunakan bateri kering yang memudahkan setiap pemilik dalam urusan harian. Namun, jika anda memilih bateri yang mempunya bacaan (aH) rendah), ketahanan bateri kereta honda city hanya boleh mencapai hingga 2 tahun.

8. Bateri kereta toyota vios tahan berapa lama

Segala asasnya kereta toyota vios merupakan sebuah kereta yang agak menjimatkan terutamanya darisegi penggunaan bahan elektroniknya yang tidak serabut dan banyak. Maka, jangka hayat bateri kereta vios mampu bertahan sehingga tahun ke 3 penggunaan khusus kepada anda yang menggunakan kereta ini setiap hari.

Ketahanan bateri kereta berdasarkan jenis bateri kereta


1. Bateri kereta kering tahan berapa lama

Pemilihan bateri kereta kering sudah pasti tidak perlu lagi anda sebagai pemilik untuk risau menggunakan bateri kereta. Hanya guna hinggalah bateri kereta kering itu habis. Ketahanan bateri kereta kering sebenarnya adalah standard bermula dari tahun ke 2 hingga 2 tahun setengah penggunaan.

Baca juga : Bateri kereta kering tahan berapa lama

2. Bateri kereta basah tahan berapa lama

Manakala, berbeza pula dengan bateri kereta basah, ketahanan bateri ini adalah bermula dari tahun ke 3 hinggalah 5 tahun. Namun, ianya bergantung kepada bagaimana cara pemilik kereta menjaganya.

Baca juga : Bateri kereta basah tahan berapa lama

3. Bateri kereta EFB tahan berapa lama

Pengenalan kepada bateri kereta EFB (Enhanced Flooded Battery) adalah khas digunakan untuk kereta yang mempunyai start/stop system atau dikenali sebagai eco idle system. Namun, ketahanan bateri kereta EFB ini adalah sekitar 2 hingga 3 tahun penggunaan sahaja.

4. Bateri kereta AGM tahan berapa lama

Pilihan lain untuk kereta yang mempunyai eco idle system adalah bateri kereta AGM. Bateri kereta AGM menawarkan ketahanan yang lebih tinggi. Namun, tidak semua mampu setelah mengetahui harganya yang agak mahal.

Ketahanan bateri kereta berdasarkan jenama bateri kereta


1. Bateri kereta amaron tahan berapa lama

Pelbagai pilihan daripada jenama bateri kereta amaron yang boleh anda miliki dari murah hinggalah mahal. Namun, pemilihan bateri amaron yang betul pasti memberikan ketahanan yang lebih lama pada kereta anda. Contohnya, bateri amaron Hi-life.

Baca lebih lanjut : Bateri kereta amaron tahan berapa lama

2. Bateri yokohama tahan berapa lama

Seterusnya, bateri kereta yokohama sudah memang lama bertapak di negara kita. Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan orang ramai kerana jenama. Namun, ketahanan bateri yokohama juga adalah sekitar 2 hingga 3 tahun penggunaan.

Baca lebih lanjut : Bateri yokohama tahan berapa lama


3. Bateri kereta century tahan berapa lama

Menjadi pesaing kepada jenama-jenama kuat di atas turut menjadi pilihan adalah bateri kereta century. Berdasarkan pengalaman aku menggunakan bateri kereta century ini, ianya sangat tahan dan ianya mampu mencapai hingga ke 3 tahun setengah penggunaan.

Baca lebih lanjut : Bateri kereta century tahan berapa lama

4. Bateri kereta yokobatt tahan berapa lama

Bateri kereta yokobatt merupakan di bawah jenama bateri kereta yokohama yang memberikan persaingan secara sihat dengan jenama-jenama bateri kereta lain termasuklah bateri kereta yokohama itu sendiri.

Maklumat lanjut : Bateri kereta yokobatt tahan berapa lama

5. Bateri kereta Varta tahan berapa lama

Jenama bateri kereta meningkat naik iaitu varta banyak digunakan oleh kereta-kereta yang lebih besar cc enjin. Bekalan bateri kereta varta untuk kategori EFB dan AGM adalah keutamaannya sesuai dengan permintaan ramai. Jangka hayat bateri kereta varta ini mampu bertahan sehingga 4 hingga 5 tahun secara anggaran.

6. Bateri kereta Camel tahan berapa lama

Begitu juga dengan bateri kereta camel yang kebanyakkannya menawarkan kepada kereta-kereta yang berteknologi tinggi sesuai dengan pelbagai alat elektronik yang canggih disediakan untuk keluaran kereta baru. Jangka hayat bateri kereta camel adalah sekitar 4 hingga 5 tahun sekiranya anda memilih jumlah aH yang sesuai dengan kereta anda gunakan. Nak lebih tahan lama menggunakan bateri kereta camel ianya perlu kepada cara pemanduan yang sederhana setiap perjalanan yang lebih tenang dan tenteram.