Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Saiz bateri kereta Viva

Saiz bateri kereta Viva. Apakah saiz sebenar bagi bateri kereta viva yang boleh anda gunakan sesuai dengan ketahanannya ?

Tempoh bagi setiap bateri kereta pasti akan tamat dengan cara ianya kehabisan atau dikenali sebagai kong.

Apabila tiba masa perlu untuk tukar bateri kereta, anda mempunyai pilihan untuk melakukannya sendiri secara diy atau lakukannya dengan membawa kereta ke kedai bateri kereta.

Namun, kedua pilihan ini akan menjadi berbeza mengikut situasi yang sedang anda lalui ketika menghadapi bateri kereta kong.

Di sini, pentingnya untuk mempunyai ilmu semasa anda membeli bateri kereta viva yang baru dengan mengetahui saiz bateri kereta bagi perodua viva dengan baik.

Apakah situasi yang boleh berlakunya bateri kereta viva anda habis atau kong ?

1. Bateri kereta viva masih belum kong

Situasi bagi bateri kereta viva yang belum habis boleh dikenal pasti dengan cara berikut :

  • Mempunyai tanda-tanda bateri kereta viva lemah.
  • Tempoh bateri kereta viva sudah melepasi jangka hayat sepatutnya, namun enjin kereta masih boleh dihidupkan.

saiz bateri kereta viva.png

2. Bateri kereta viva sudah kong

Manakala, bagi bateri kereta viva yang sudah kong sudah pasti akan tersadai di sesuatu tempat.

Antaranya tempat yang biasa berlaku kereta tersadai disebabkan bateri kereta kong adalah :

  • Di kediaman
  • Tempat kerja
  • Kawasan parking seperti kawasan kedai, stesen minyak, dan lain-lain lagi.

Kebanyakkan dari perkara di atas memberi kesan enjin tidak boleh dihidupkan.

Jadi, keputusan untuk membeli sendiri bateri kereta viva perlu dibuat dengan cara membuka dan memasang sendiri bateri kereta anda secara diy.

Apakah saiz bateri kereta viva yang sesuai anda pilih semasa pembelian ?

Apabila anda melakukan sendiri tukar bateri kereta viva, anda perlu mengambil tahu saiz bateri viva yang betul sebelum membeli bateri kereta viva yang baru.

Saiz bateri kereta viva boleh anda ketahui dengan merujuk kepada kod bateri kereta seperti :

  1. NS40
  2. NS40ZL
  3. 38B20L

Saiz bateri viva adalah berukuran kecil dan boleh dilihat pada nombor 40 tersebut. Ketika membeli anda boleh membuat semakkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesilapan berlaku.

Apakah jenama bateri kereta yang mempunyai saiz bateri kereta viva ?

Saiz bateri kereta viva antara yang paling mudah anda dapatkan di pasaran. Kebanyakkan kedai bateri kereta dan kedai menjual barangan sparepart kereta pasti akan memiliki saiz bateri kereta viva ini.

Oleh itu, jenama-jenama bateri kereta juga turut banyak menyediakan saiz bateri viva. Pilih sahaja jenama bateri kereta yang anda percayai sejak dari dahulu lagi.

Contoh jenama bateri kereta yang mempunyai saiz bateri kereta viva adalah seperti Amaron Go, Century, Yokohama dan juga Motolite.

Anda juga boleh membeli saiz bateri kereta viva secara online sekiranya anda mempunyai masa dan tidak tergesa untuk tukar bateri kereta viva.

2 thoughts on “Saiz bateri kereta Viva

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *