Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Harga bateri kereta Viva elite

Harga bateri kereta viva elite. Berapakah anggaran bagi harga bateri kereta viva terutamanya bagi anda yang menggunakan spec viva elite ?

Dari tahun ke tahun setiap bateri kereta perlu ditukar kepada yang baru. Secara tepatnya bateri kereta viva akan bertahan lebih kurang 2 hingga 3 tahun penggunaan.

Jika anda jarang gunakan kereta viva tersebut, pasti ketahanan bateri kereta viva anda akan menjadi kurang. Itu belum termasuk lagi anda jarang start kereta viva anda.

Sudah tentu bateri kereta viva anda akan cepat habis dan kong. Akan tetapi kalau setiap tahun bateri kereta viva anda ditukar, berapakah harga bateri kereta viva elite sebenarnya ?

Adakah harga bateri kereta viva elite murah sehingga anda tidak akan merasa rugi sekiranya boleh dibeli dan diganti setiap tahun ?

harga bateri kereta viva elite
Harga bateri kereta Viva Elite

Berapa harga bateri kereta viva elite ?

Setiap bateri kereta viva perlu mengikut berapa kadar saiz yang diperlukannya. Seperti kereta perodua viva ini hanya memerlukan bateri kereta viva jenis saiz kecil.

Jika di negara kita akan terdapat saiz 40. Bila datang sahaja di kedai bateri kereta, anda cakap nak tukar bateri kereta viva.

Orang di kedai pasti sudah tahu dan akan membawa saiz yang diperlukan oleh kereta perodua viva anda.

Namun bagaimana dengan bateri kereta mengikut spec iaitu elite ? Sebenarnya bila sebut ja elite kita tahu enjinnya 1.0cc di bandingkan viva lain yang mempunyai 660cc dan 850cc.

Jadi, jenis dan harga bateri kereta viva elite ini adalah sama digunakan untuk kereta viva 660cc dan 850cc tadi.

Anggaran bagi harga bateri kereta viva anda adalah bermula dari RM180 hingga RM250 mengikut jenama dan jenis bateri yang dipilih sama ada kering atau basah.

Kenapa harga bateri kereta viva elite agak mahal ?

Sebenarnya harga bateri kereta viva elite ini merupakan harga yang paling rendah sesuai dengan saiznya.

Dalam banyak-banyak kereta, terdapat banyak kereta lain yang menggunakan saiz bateri bersaiz kecil sama seperti perodua viva ini.

Jadi, jika anda berasa ianya agak mahal mungkin dalam masa yang sama kerana anda menggunakan kereta yang lebih tinggi cc enjinnya tetapi hanya menggunakan saiz 40 untuk bateri kereta tersebut.

Oleh itu, anda tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan satu cara lain iaitu menggunakan bateri kereta yang kurang ternama.

Namun, perlu diingatkan pilihan jenama juga mampu memberikan kualiti dan jangka hayat lebih lama walaupun harga bateri kereta viva elite anda agak mahal.

Bagaimana cara dapatkan harga bateri kereta viva elite yang murah ?

Jika anda nak harga bateri kereta viva elite yang murah, anda perlu rajin buat perbandingan sendiri.

Perbandingan boleh dibuat melalui saiz yang sama namun berbeza jenamanya. Namun, setiap jenama bersaing bukan hanya dari segi harga.

Anda sangat tidak digalakkan untuk hanya memilih harga bateri kereta viva elite yang terlalu murah.

Hal ini kerana, untuk mengelakkan dari sebarang penipuan seperti membeli bateri kereta terpakai.

Perkara ini boleh terjadi sekiranya anda gagal mengetahui harga standard bateri kereta viva elite anda.

Jika anda dapati harga tersebut agak murah, buat perbandingan seterusnya iaitu apa yang ditawarkan oleh jenama bateri kereta tersebut.

Warrantly untuk setiap bateri kereta baru adalah wajib ditawarkan kepada pengguna. Jika tiada sebarang warrantly diberikan, sila skip bagi pemilihan bateri kereta tersebut.

Ada ke beza harga bateri kereta viva elite di perodua dengan kedai bateri kereta di luar ?

Ada orang suka membuat maintain dalam segala perkara tentang keretanya di pusat servis kereta. Jika anda menggunakan kereta perodua viva, maka pusat servis perodua dijadikan sebagai rujukan dari servis biasa hingga wear & tear.

Salah satu wear & tear atau barangan pakai buang adalah bateri kereta. Adakah terdapat beza harga bateri kereta viva elite di pusat servis dan kedai bateri kereta di luar ?

Jawapannya adalah ada. Namun, pilihan hanya terletak di tangan anda. Buat pilihan yang bijak. Jika harga terlalu jauh antaranya, maka pilih harga bateri kereta viva elite yang berpatutan mengikut harga standard di pasaran.

One thought on “Harga bateri kereta Viva elite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *