Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Bateri kereta

Lampu bateri kereta viva menyala

Lampu bateri kereta viva menyala. Mengapakah lampu bateri kereta viva menyala boleh terjadi kepada anda ?

Logo atau lambang bateri kereta merupakan satu petunjuk bahawa perhatian perlu diberikan kepada bahagian bateri kereta anda.

Ianya juga berkait rapat dengan komponen-komponen berhampiran bateri kereta perodua viva yang anda gunakan.

Oleh itu, simbol bateri viva menyala merupakan tanda awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku kepada kereta viva anda.

Apakah punca simbol bateri menyala kepada kereta perodua viva anda ?

1. Bateri kereta viva sudah kekurangan cas elektrik

Kekurangan cas elektrik dalam bateri kereta boleh anda ketahui melalui lambang bateri menyala viva.

Cas bateri kereta yang sedikit boleh menyebabkan masalah ketika anda hendak menghidupkan enjin kereta viva.

Namun, ianya masih boleh digunakan semasa pemanduan. Anda digalakkan untuk mengecas bateri kereta viva tersebut sekiranya ingin menggunakannya untuk jangka masa lebih lama.

Bacaan lanjut : Lampu bateri menyala

2. Cas bateri kereta telah pun hampir habis

Pada situasi ini anda boleh perasan sebelum hendak start enjin kereta viva anda semua nyalaan pada panel kereta akan menyala seperti biasa.

Apabila ingin start enjin kereta viva tersebut, ianya gagal dilakukan kerana bateri kereta anda telah pun berada dalam keadaan hampir habis ataupun kong.

Jika anda perasan sebelum ini pasti terdapat lambang bateri menyala viva akan naik selepas enjin dihidupkan sekitar 2 hingga 3 saat.

Jika anda tidak perasan perkara ini, maka ianya telah pun tiba masa untuk anda tukar kepada bateri kereta yang baru.

lampu bateri kereta viva menyala

Ke manakah tempat terbaik untuk anda baiki sekiranya lampu bateri kereta viva menyala ?

Untuk menyelesaikan masalah lambang bateri menyala viva ini adalah mudah. Namun, pastikan dahulu bateri kereta viva anda telah pun digunakan 2 tahun dan ke atas.

Antara tempat untuk baiki simbol bateri viva menyala ini adalah pada kedai yang menjual bateri kereta. Di kedai bateri kereta akan menentukan sama ada bateri kereta anda masih lagi boleh dicas ataupun tukar kepada bateri kereta baru.

Disarankan untuk tukar bateri kereta baru kerana penggunaan sesebuah bateri kereta viva untuk 2 tahun dan ke atas adalah sudah mencukupi tempohnya.

Jika baru setahun anda gunakan bateri kereta viva anda, perkara ini perlu dirujuk kepada bengkel kereta yang membaiki enjin kereta. Ada kemungkinan punca simbol bateri menyala disebabkan oleh alternator, bukan dari bateri kereta yang baru anda beli.

One thought on “Lampu bateri kereta viva menyala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *