Rujukan Penting Tentang Bateri untuk Kereta Perodua
Bateri kereta perodua. Apakah perkara yang penting untuk anda ketahui tentang bateri kereta terutamanya kereta yang anda gunakan itu merupakan jenama terkemuka di negara kita iaitu Perodua.
Semestinya kita perlu amat prihatin tentang penjagaan kereta perodua kita. Lebih-lebih lagi bila bercakap soal bateri kereta. Sudah tentu untuk maintain bateri kereta perodua dengan baik memerlukan ilmu pengetahuan.
Contohnya mengambil tahu tentang warrantly bateri kereta perodua yang anda gunakan.
Di artikel inilah serba sedikit pengetahuan boleh anda dapati tentang bateri kereta bagi kereta perodua yang anda gunakan. Namun, ianya bukan tentang bateri kereta jenama perodua.
Anda boleh ketahui beberapa maklumat seperti perodua car battery price.
Antara bateri kereta perodua di artikel ini akan kita rungkaikan adalah bateri kereta myvi, bateri perodua axia, bateri perodua alza, bateri perodua bezza, bateri perodua aruz, bateri kereta kancil, bateri perodua viva, bateri kereta kenari, bateri kereta kelisa dan juga bateri kereta kembara.
Kita akan membahagikan mengikut bahagian bateri perodua apakah yang anda gunakan supaya mudah untuk anda membuat rujukan tentang bateri kereta perodua anda.

Bateri perodua myvi
Bateri perodua myvi merupakan antara pilihan ramai setiap tahun ianya ditukar. Hal ini kerana, kereta perodua myvi itu sendiri merupakan kereta paling tertinggi sekali pembelinya di negara kita.
Tidak mengira generasi, bateri myvi akan terjual dengan jayanya disebabkan oleh pemilikkan yang sangat ramai.
Bateri kereta myvi lama mahupun bateri kereta myvi baru, ianya tetap mempunyai stok di mana-mana sahaja kedai menjualnya.
Menjadi persoalan sekarang, apakah bateri kereta myvi terbaik perlu digunakan oleh anda ? Mari kita lihat secara keseluruhan tentang myvi bateri seterusnya.
Ikuti artikel penuh dengan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci : Bateri kereta myvi
Bateri perodua axia
Untuk anda yang memiliki sebuah kereta perodua axia, anda perlu tahu bateri perodua axia dikategorikan sebagai antara bateri yang jimat digunakan.
Hal ini kerana, dengan saiznya itu memberikan kecukupan terhadap keperluan penggunaan yang agak lama dari kereta-kereta lain.
Saiz bateri kereta axia
Saiz bateri kereta axia yang anda boleh gunakan adalah 40. Memang anda tidak akan risau akan kehabisan stok bagi saiz bateri axia ini kerana ianya banyak digunakan oleh kereta-kereta lain.
Harga bateri perodua axia
Dari segi harga bateri perodua axia pula, anda boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu bateri kereta axia kering dan bateri kereta axia basah.
Harga bateri kereta axia kering berharga RM190. Manakala, bagi harga bateri kereta axia basah pula berjumlah RM175.
Harga bateri kereta axia di atas adalah berdasarkan satu jenama bateri kereta sahaja dan bagi jenama bateri kereta axia yang lain pasti anggarannya akan tidak jauh dari harga-harga yang diberikan.
Ada juga yang bertanyakan adakah harga bateri perodua axia ini akan berbeza mengikut tahun kereta axia itu ?
Harga bateri perodua axia adalah sama dengan model-modelnya yang lain. Ianya tertakluk kepada perubahan semasa berdasarkan generasi yang akan datang.
Contohnya, harga bateri axia 2018 adalah sama dengan tahun bateri kereta axia yang terkini.
Bateri perodua alza
Seterusnya bagi kereta perodua alza yang menjadi pilihan keluarga di negara kita. Untuk bateri alza ini juga amat mudah untuk ianya didapati.
Semestinya untuk kereta baru alza, anda boleh beli bateri perodua alza ini di pusat servis. Atau anda boleh beli sendiri bateri alza ini di mana-mana kedai bateri kereta yang sudah anda biasa.
Saiz bateri perodua alza
Bagi anda yang pertama kali baru nak tukar bateri kereta alza ini, anda perlu ketahui saiz bateri alza manakah yang sesuai.
Lebih-lebih lagi jika anda ingin pasang bateri kereta alza sendiri. Namun, cara yang paling mudah untuk anda ketahui saiz bateri kereta alza adalah dengan melihat pada bateri kereta alza yang sedang anda gunakan itu(bateri lama).
Di situ ada tertulis saiz bateri perodua alza anda yang bersesuaian. Jika anda nakkan kepastian, saiz bateri kereta alza adalah 60. Contoh bateri alza yang biasa digunakan adalah NS60.
Bateri perodua bezza
Selain itu, bagi kereta perodua bezza pula, bateri kereta bezza ini juga turut antara bateri yang tahan lasak untuk digunakan.
Mengikut pengalaman rakan, walaupun sudah mencecah 3 tahun penggunaan, bateri perodua bezza ini masih lagi tidak menandakan tanda ianya bakal lemah.
Namun, ianya juga bergantung kepada beberapa faktor penjagaan dan cara guna kereta bezza anda seharian.
Saiz bateri kereta bezza
Saiz bateri bezza yang betul akan melancarkan proses tukar bateri kereta bezza anda. Jika anda kurang pasti untuk bateri bezza 1.0 dan bateri bezza 1.3 adalah sama iaitu bersaiz 40.
Begitu juga dengan bateri kereta bezza advance dan bateri kereta bezza advance 1.3, saiz bateri kereta bezza kedua ini mempunyai kod yang sama iaitu NS40.
Harga bateri kereta perodua bezza
Jika kesemua saiz bateri kereta bezza adalah sama, maka harga bateri perodua bezza termasuk harga bateri bezza 1.3,harga bateri kereta bezza advance, harga bateri kereta bezza advance 1.3 adalah sama iaitu berjumlah sebanyak RM175 hingga RM190 sahaja.
Harga bateri bezza spec biasa dan harga bateri bezza advance sebenarnya juga turut tiada beza. Anggaran harga bateri bezza yang diberikan di atas merupakan range harga mengikut tempat anda.
Namun, jika anda tanyakan harga bateri kereta bezza di perodua iaitu pusat servis adalah terdapat sedikit tambahan kos perkhidmatan sahaja dari harga asal yang diberikan.
Bateri perodua aruz
Tambahan pula, bagi bateri kereta aruz, saiz yang paling sesuai digunakan adalah jenis m42. Hal ini kerana, bateri perodua aruz ini menggunakan sistem eco idle atau start/stop.
Penggunaan bateri biasa bagi menggantikan bateri aruz akan menyebabkan ketahanannya berkurang dari kebiasaan.
Bateri perodua kenari
Jika anda menggunakan kereta perodua kenari, ianya amat beruntung kerana dijaga oleh anda dengan baik walaupun ianya sudah lama berada di negara kita.
Bila bercakap mengenai bateri kereta kenari ini, anda boleh dapatkan saiz 40 sebagai bateri kenari. Atau kod mudahnya iaitu NS40 di kedai bateri kereta atau NS40ZL.
Harga bateri kereta kenari
Seperti biasa bila sudah tahu saiz yang betul, anda pasti boleh dapat anggaran harga bateri kenari dengan baik. Harga bateri kenari hanyalah berjumlah RM175 sahaja.
Bateri perodua kembara
Turut juga untuk bateri kereta kembara pula menggunakan saiz bateri 40 atau kod yang bersesuaian yang digunakan adalah NS40ZL.
Ketahanan bateri kereta kembara adalah bergantung kepada kerajinan anda untuk menggunakannya dengan baik. Jika terlalu lasak ianya juga tidak bagus untuk ketahanan bateri kereta kembara ini.
Hal ini kerana, kereta kembara sudah lama dikeluarkan dan penjagaan seperti minyak hitam yang baik akan memberi kesan kepada ketahanan bateri kereta kembara.
Bateri perodua kelisa
Siapa yang tidak kenal kereta perodua kelisa ini. Yang dahulu hingga kita menjadi kereta pilihan kerana ruangnya yang kecil dan mudah untuk di bawa kemana-mana.
Bagi bateri perodua kelisa sehingga kini tidaklah susah untuk ianya dicari. Pergi saja ke kedai bateri kereta dan bertanyakan bateri kelisa pasti sudah diketahui manakah saiz bateri kelisa yang sesuai.
Saiz bateri kereta kelisa
Oleh kerana ianya mudah didapati, saiz bateri kelisa adalah bersaiz 40. Memandangkan saiz ini merupakan saiz bateri kereta kelisa dan kebanyakkan kereta, ianya juga tidak terlepas sekiranya harga menjadi sedikit naik dibandingkan jika anda gunakan 10 tahun yang lepas.
Harga bateri kereta kelisa
Walaupun harga bateri kelisa meningkat naik seiring dengan permintaannya, bateri kereta kelisa harga tidaklah begitu mahal.
Hal ini demikian, bateri kelisa harga boleh didapati sama dengan banyak kereta perodua yang lain yang masih digunakan di atas jalan raya.
Jadi, harga bateri kelisa berjumlah sebanyak RM170 hingga RM190 sahaja untuk bateri jenis kering. Manakala, untuk bateri jenis basah boleh didapati bermula dari RM160 sahaja.
Bateri perodua viva
Perodua viva mempunyai beberapa variant atau spec antaranya adalah viva 660, viva 850, viva 1.0 dan juga viva elite.
Untuk bateri perodua viva ini, kesemua variant sesuai digunakan untuk bateri viva yang sama. Contohnya bateri viva 1.0 boleh digunakan bagi bateri kereta viva elite tanpa sebarang masalah.
Jenis bateri perodua viva
Terdapat 2 jenis bateri kereta perodua viva yang boleh anda dapati iaitu bateri jenis kering serta bateri jenis basah.
Keduanya jenis bateri kereta viva ini sesuai anda gunakan mengikut kesesuaian dan kegunaan anda sehari-harian.
Saiz bateri perodua viva
Manakala, bagi saiz bateri kereta perodua viva pula adalah sama bagi semua variantnya iaitu bersaiz 40. Begitu juga ianya amat mudah untuk didapati di kedai bateri kereta atau kedai hardware barangan yang menjual bateri kereta.
Harga bateri kereta perodua viva
Untuk harga bateri perodua viva ini, anda hanya perlu belanjakan lebih kurang RM160 hingga RM200 sahaja bagi 2 tahun sekali.
Jika melebihi 2 tahun penggunaan bateri perodua viva ini adalah lebih bagus dan menjimatkan. Namun ianya perlu dijaga dengan baik barulah bateri kereta viva anda mampu bertahan jauh lebih lama tanpa anda sangka.
Harga bateri kereta viva elite walaupun ianya mempunyai enjin 1.0, ianya tetap perlu dibelanjakan dalam anggaran seperti di atas.
Cara tukar bateri kereta viva
Mudah sahaja untuk anda tukar bateri kereta viva. Cara tukar bateri kereta viva adalah seperti berikut:
- Buka bonet kereta viva anda.
- Tanggalkan wayar hitam, kemudian wayar merah pada bateri kereta anda.
- Bawa keluar bateri kereta yang telah kehabisan tadi.
- Bawa masuk bateri kereta viva yang baru anda beli.
- Pasang semula wayar merah terlebih dahulu, kemudian wayar hitam pada bateri kereta baru.
- Mulakan start enjin kereta viva anda.
- Selesai.
Bateri perodua kancil
Perodua kancil dari dahulu hingga sekarang masih digunakan oleh orang ramai. Antara kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pemanduan harian dalam masa yang sama mudah untuk selit dalam mencari parking.
Berkenaan bateri kereta kancil ini ada terdapat dua model iaitu bateri kereta kancil 660 dan bateri kereta kancil 850.
Adakah terdapat beza terhadap kedua bateri kancil 660 dan bateri kancil 850 ini ? Mari kita lihat pendekatan tentang bateri kancil yang digunakan oleh anda.
Saiz bateri kereta kancil
Hanya terdapat 1 saiz bateri kancil yang boleh dipakai untuk kereta kancil anda iaitu saiz 40. Tentunya saiz 40 ini merupakan saiz paling kecil dalam segmen bateri kereta dan ianya boleh digunakan oleh saiz bateri kancil 850 mahupun 660.
Harga bateri kereta kancil
Bila anda sudah tahu saiz bateri kancil, maka mudahlah untuk anda membuat anggaran bagi harga bateri kancil.
Ada yang bertanyakan adakah terdapat beza bagi harga bateri kereta kancil 660 dan harga bateri kereta kancil 850 ?
Jawapannya adalah tiada perbezaan pun harga bateri kancil 660 dan harga bateri kancil 850 ini. Hal ini kerana, anda sudah tahu saiz yang sama digunakan oleh kedua model ini.
Turut bertanyakan adakah harga bateri kereta kancil terkini merupakan bateri kancil murah dalam pasaran ?
Ianya bergantung kepada harga pasaran berkait rapat dengan saiz bateri kereta kancil itu sendiri serta jenama bateri kereta kancil harga yang anda pilih.
Anggaran bagi harga battery kancil adalah sekitar RM160 hingga RM190. Namun, jika anda jual semula bateri kancil harga yang lama pasti akan dapat lebih murah.
Contohnya harga bateri kereta kancil 2019 mengikut tahun tersebut berjumlah RM160, dan ditolak battery kancil harga yang lama sebanyak RM25, maka total yang perlu dibayar hanyalah RM135 sahaja.
Namun, bila bercakap tentang bateri amaron kancil dan bateri kancil yokohama, harga bateri kereta kancil ini akan berbeza.
Contohnya battery kancil harga untuk bateri amaron kancil berjumlah RM180 dan bateri kancil yokohama pula berjumlah RM190 mengikut anggaran.
Anda boleh buat pilihan yang bijak tentang kedua bateri kereta perodua ini melalui kelebihan yang diberikan antaranya seperti warrantly dapat berapa lama.
Bateri perodua Ativa
Pemilihan terhadap bateri kereta ativa memerlukan penelitian yang baik. Ianya bersangkut paut dengan saiz bateri kereta ativa dan juga jenis bateri kereta ativa yang sebenar sebelum anda berhasrat ingin tukar bateri kereta ativa yang baru.
Begitu juga dengan harga bateri kereta ativa juga turut menjadikan anda perlu berhati-hati kerana jika sudah membeli bateri kereta baru, kemungkinan besar ianya tidak boleh dikembalikan lagi.

Pingback: Bateri kereta kelisa yang perlu pemilik tahu - Mekanikakereta
Pingback: Benda Wajib Kena Tahu Bateri Kereta Viva - Mekanikakereta
Pingback: Maklumat tambahan tentang bateri kereta axia - Mekanikakereta
Pingback: 5 Ciri-ciri tentang Bateri kereta Alza - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta bezza dan info penting - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Aruz dan ciri-ciri penting - Mekanikakereta
Pingback: Apa yang perlu anda fokus tentang Bateri kereta Ativa - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Kancil dan info lengkap - Mekanikakereta
Pingback: Bateri Kereta untuk Model Kereta Anda : Pilihan Paling Sesuai - Mekanikakereta
Pingback: Bateri kereta Myvi : Info Sangat Penting Kepada Owner - Mekanikakereta