Mekanikakereta

Blog ini adalah semua tentang mekanisma kereta dan motor.

Uncategorized

Panduan Harga, Jenis & Saiz Bateri Kereta 2026

Harga, jenis & saiz bateri kereta merupakan perkara yang sangat penting dalam dijadikan panduan ketika anda ingin mencari pengganti kepada bateri kereta yang baru. Ini kerana, bateri kereta dibeli secara anggaran 2 hingga ke 3 tahun sekali.

Jadi, sememangnya kita akan berasa kurang pasti akan apakah jenis,saiz bateri kereta dan juga harga yang terdekat agar ianya mencapai budget poket anda sebelum terus ke kedai bateri kereta.

Jadual di bawah merupakan senarai harga, jenis dan saiz bateri kereta terkini yang mudah dirujuk berdasarkan model dan jenama kereta serta jenama bateri kereta itu sendiri.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Perodua

Model PeroduaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
MyviNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Myvi
AxiaNS40ZLKering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Axia
BezzaNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Bezza
AlzaNS40ZL, M42Kering, Basah dan EFBRM150-RM300Bateri kereta Alza
AtivaM42EFBRM280-RM300Bateri kereta Ativa

Senarai harga di atas merupakan anggaran yang paling hampir boleh anda dapatkan di pasaran sesuai dengan pelbagai model kereta yang digunakan oleh kereta perodua kini.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Proton

Model ProtonSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
SagaNS60, M42Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Saga
PersonaNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Persona
S70DIN55L, DIN60LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton S70
X50DIN55L, DIN60LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X50
X70DIN55L, DIN66LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X70
X90DIN55L, DIN66LKering,Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Proton X90
WiraNS60Kering dan BasahRM170-RM220Bateri kereta Wira
WajaNS60, NS70Kering dan BasahRM170-RM280Bateri kereta Waja

Harga bateri senarai model kereta proton di atas merupakan anggaran terhampir boleh dirujuk setiap pemilik kereta. Gunakan saiz yang lebih besar yang bersesuaian supaya dapat menampung dari segi ketahanan penggunaan bateri pada kereta anda.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Honda

Model HondaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
JazzNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda Jazz
CityNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda City
BrvNS40ZLKering dan BasahRM150-RM200Bateri kereta Honda Brv
HrvNS60, DIN55Kering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Hrv
CivicNS60, DIN60LKering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Civic
CrvNS60, DIN60LKering, Basah dan EFBRM170-RM300Bateri kereta Honda Crv

Senarai di atas merupakan harga anggaran dari beberapa generasi mengikut model kereta honda anda. Nak lebih terperinci boleh klik di pautan mengikut model kereta yang sedang anda cari.

Harga, jenis & saiz bateri kereta jenama Toyota

Model ToyotaSaizJenisHargaPautan lebih terperinci
ViosNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Vios
Corolla/Corolla AltisNS60Kering dan BasahRM150-RM220Bateri kereta Corolla
Corolla CrossDIN45LKering dan BasahRM250-RM350Bateri kereta Corolla Cross
Camry55D23L, Q85Kering, Basah dan EFBRM200-RM400Bateri kereta Camry
HiluxN70ZKering dan BasahRM275-RM350Bateri kereta Hilux

Penggunaan saiz dan jenis bateri kereta untuk model kereta toyota yang minima sangat penting. Lepas dah tahu harga anggarannya, barulah senang anda nak buat pilihan dengan mendapatkan saiz yang lebih besar sesuai dengan kehendak dan juga ketahanan bateri kereta anda.

Pesanan: Kandungan dalam artikel ini sedang dikemas kini secara berperingkat. Model kereta lain akan ditambah dalam masa terdekat.

2 thoughts on “Panduan Harga, Jenis & Saiz Bateri Kereta 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *